Hai kawan-kawan semua ! *sambil lambai-lambai tangan
Seharian tak dapat mengonlinekan diri dek kerana kurang sihat serta kekangan masa dalam menyelesaikan dua tiga jenis perkara sebelum mendaftar ke UITM nanti. Rindunya nak berblogging, blogwalking serta melepak di blog kawan-kawan semua tidak dapat dibendung lagi. Padahal baru sehari. Haisy, macam mana lah kalau sampai minggu-minggu yang seterusnya kan?
Kelmarin (bersamaan hari Selasa), pagi-pagi lagi Mieya dah menapak ke sekolah bagi meminta Sijil asal SPM dan seterusnya cop pengesahan salinan sijil. Tapi malangnya, terdapat banyak benda yang Mieya tertinggal seperti sijil asal,dan juga salinan sijil-sijil yang lain. Borang-borang UITM yang baru di print semalam pon belum diisi lagi.
Jadi, nak tak nak. Mieya terpaksa mendapatkan bantuan abang Mieya untuk ke kedai photostat. Dalam pada masa yang sama, Mieya menggunakan masa yang ada untuk mengisi borang-borang tersebut. Sejurus siap, terus je Mieya hantar ke semuanya ke pejabat sekolah bagi mendapatkan cop pengesahan sekolah.
Penat betul melayan kerenah kerani yang kekwat nie. Sekejap nak sampul lah, sekejap itu dan sekejap ini.
Bila ditanya, bila boleh siap? Jawapannya senang, esok datang pukul 2 petang. Hmmm, nak buat macam mana, dah terdesak nak siapkan kesemuanya segera. Redha je lah.
Dan semalam, seperti yang dijanjikan (tepat pukul 2 petang) Mieya dah terpacak di hadapan pejabat sekolah. Dengan badan yang kurang sihat, pening kepala, selsema, batuk, sakit tekak atau senang cerita demam. Keadaan cuaca yang tidak menentu, (pagi panas terik dan petang pula hujan) menyebabkan Mieya tewas juga kepada demam.
Bertemu muka dengan kerani yang sama. Mieya hanya tunjukkan muka sahaja dan salinan sijil-sijil yang telah siap dicop dikembalikan semula kepada Mieya. Selesai sudah satu masalah.
Selepas itu, Mieya ditemani abang Mieya ke klinik kerajaan yang berhampiran. Terus je Mieya meluru masuk ke kaunter untuk bertanyakan sama ada boleh ke tak nak buat medical check-up disitu. Alhamdulillah, boleh dengan kos bayaran sebanyak RM20 sahaja. Murah je kan?
Untuk pengetahuan semua, sepanjang klinik kerajaan itu beroperasi, ini adalah kali pertama Mieya menjejakkan kaki ke sana. Padahal bukannya jauh pon, dekat je. Cuma, Mieya nie tak suka sangat ke klinik. Selalu kalau demam pun, Mieya cuma akan ke farmasi sahaja untuk membeli ubat.
Terpaksa tebalkan muka bertanya kepada akak-akak di kaunter. Nak pergi ke bilik nombor berapa, lepas tu bilik mana? Macam mana nombor kita akan dipanggil? Terpaksa lah akak tu terangkan satu persatu. Rupa-rupanya kena letakkan kad di depan setiap bilik yang kita nak masuk. (nampak tak betapa blurrr Mieya disitu?)
Ada kahak yang kelihatan disitu. Maklumlah batuk daan selsema. |
Hampir 2 jam juga lah Mieya disitu. Biasalah, hari Rabu kan? Kebanyakan ibu-ibu yang mengandung kan sibuk nak buat pemeriksaan pada hari ini. Jadi, secara tak langsung, Mieya pon join sama. hekhek segan nya !
P/s : Jika dikira-kira, lagi 16 hari Mieya akan meninggalkan rumah yang tercinta, yakni tempat lahir Mieya. huhu Padahal buku bank pon tak buat lagi. Barang-barang, semuanya tak berkemas lagi. (Ada hati nak tinggalkan rumah konon-kononnya)
54 comments:
good luck then
selamat menjalani orentasi di uitm:)
mieya apa pun all the best for you sayang ;) sorry na baru bace etry2 mieya bz bercuti ritu hehehe
MISYOU!
Semoga cepat sembuh. Jangan lupa makan ubat :)
Lebih kurang 2minggu je lagi ye? Mesti sibuk nnti tak update.. xpe.. take ur time.. hidup kene succes dulu.. blog jadik penghibur.. ye? =
dah hidup jauh dari family tu..jaga diri baik-baik tau :)
Tahniah. Selamat kembali ke sekolah. Belajar rajin2 yer ☺☺
selamat maju jaya
saya dah grad dri uitm.hehehe
melakukan persiapan yg seterusnya...pasni check barang2x nk dibawak pulak... :)
wah..mesti xsabarkan nk sambung stdy
Wah,dia dah buat preparation dah...hehe..=D
lega kalau buat semua ni awal2kan..lepas ni byk lagi persiapan yg mieya kena buat..
berbaki lagi 16 hari ye.. dup..dap..dup..dap..tak mieya..
dapat sambung belajar yer....
Dpt UiTM di mana?
ena malu tau nk tunjuk xray tu masa masuk Uni dulu... boleh nampak kitanya tutt tu.. hahaha.. MasyaAllah.. Alhamdulillah tiada sebarang masalah penyakit, boleh lah belajar dengan gigih lepas ni
salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)
wahh bestnyer mieya....belajar rerajin nanti tau,,pastikan segala keperluan mencukupi mnjelang harinya..;)
x per belasah jer...hehe!
lagi 2minggu jek kan ..
lepas ni msti kak mieya dah start buzy kan . Happy Always !
Tahniah uncle ucapkan.
semoga dipermudahkan segala urusan ya
Amiinnnn
:)
tahiah yer. study elok2.
cepat2 sihat ye dik :)
Salam Mia. Biasalaa procedure nk masuk U macam tu la, memenatkan, tp xpe, penat kejap je, nnt dh masuk insyaAllah baik2 je. btw Good luck ye sweetie. :)
@najihahfara Thank you :)
@Nurfara Hani Terima kasih :)
@Jna marcello Terima kasih na. Takpe, Mieya tak kisah. Lagipun, kita semua kat dunia penulisan maya nie pon berblogging bukannya sebagai kerjaya tetap.
@myu Terima kasih. Mieya tengah berusaha mendapatkan kecergasan diri Mieya balik.
@::EIDA:: hehe. Yup, mungkin akan sibuk nanti. Tapi insyaallah, kalau ada masa terluang, blog akan beroperasi seperti biasa.
@Suara Hati Insyaallah. Doakan yang terbaik buat Mieya ye :)
@fiza hihi sekolah? Universiti lah kak. Baru nampak macam dah besar sikit. heheh
@dayteenlea Terima kasih. Saya pula baru je nak masuk mendaftar sebagai pelajar baru.
@ayut Yup. satu-satu kena check lepas nie. Takut ada yang tertinggal nanti. Lagipun, Penang bukannya dekat. huhu
@dya bunga Ya, of course lah sis. Tapi dalam masa yang sama, rasa berdebar-debar.
@MarliaMarble Baru sikit. Banyak lagi yang belum di settle kan lagi.
@Cik Nur Mahunya tak berdebar-debar Cik Nur. 2 minggu bukannya lama lagi.
@Masya Ya kak :)
@Ain Zuhairi UITM Bukit Mertajam, Pulau Pinang je.
@✿Lady Ainaa✿ Crop lah sikit-sikit Sis ena oi. Takde lah nampak kan? Insyaallah.
@saifudin abu izzudin Terima kasih. Akan dibalas kunjungannya nanti okey?
@dhiashahida Baik sis :)
@LelakiSemalam Nasib baik lah, Mieya pandai kawal emosi sendiri kan. Kalau tak, memang lunyai kerani tu. hakhak ada gaya macam gangster tak?
@cikeyrah Ye sis, Pejam celik pejam celik sekejap je dah nak pergi.
@Atira Ameer Ya, mesti lah. Btw, kalau ada masa, sis Mieya akan tetap disini.
@Abd Rashid TQ uncle :)
@Evagurl Izma Amin. Mudah-mudahan sis.
@محمد رازيق Terima kasih :)
@Nurul Husna Mohd Hassan Okey kak.
@Seneorita Baharin Terima kasih sis :)
gud luck dear :)
goodluck!!! selamat belajar yer mieya :)
@sHaRiNa eLyaNa Terima kasih :)
@Sue PeLik Thanks sis.
salam, tumpang tnye,, klau nak msuk uitm pp tu , sijil2 pon kne photostat ek?? sijil spm kne ade x?
Post a Comment