Tajuk entri tu sepatutnya ialah Jauh perjalanan luas pemandangan. Tapi telah ditukar mengikut sesuka hati Mieya. hihi jangan ditanya kenapa, layan je ~
Diikutkan hati, sepatutnya semalam lagi Mieya dah up-kan entri nie (publish terus). Tapi disebabkan rasa penat kemain di samping lenguh-lenguh yang melanda diri ini. Lantas, menyebabkan niat untuk menghupdate blog tersayang terus terbantut.
Jika dikira-kira, hari ini bersamaan dengan hari Isnin, iaitu 19 November 2012. Ini bermakna, kurang dari 5 hari lagi Mieya bakal merantau jauh di negeri orang. Nak kata jauh, sebenarnya takde lah jauh sangat pun. Still berada dalam Malaysia lagi, tetapi di lain negeri.
Sudah semestinya, di minggu-minggu terakhir inilah menjadi hari yang paling sibuk bagi Mieya seorang. Mana nak kemas barang, mana nak cari barang-barang keperluan, mana nak tunggu geran wang pendahuluan PTPTN lagi, mana yang nak berurusan di bank lagi serta bermacam-macam lagi lah.
Kelmarin (Sabtu), hampir 4 jam Mieya membazirkan masa serta mengerah otot-otot kaki dan tangan supaya bekerja lebih kuat daripada hari biasanya. Mieya sambil ditemani oleh adik Mieya, telah merendek (jalan-jalan) ke Sunway Pyramid.
tak sempat nak berphotoshoot bagai sebab terkejar-kejar nak cari itu dan ini.
And then, di sebelah petangnya.. Sekali lagi Mieya dan adik, telah diajak keluar berjalan-jalan di sekitar ibu kota, Kuala Lumpur oleh abang Mieya. Hmmm.. rasanya, ini merupakan kali keempat Mieya menjejakkan kaki di Kuala Lumpur.
Kali pertama, Mieya bergerak dari KL Sentral ke Muzium Negara bersama dengan kawan-kawan sebab nak siapkan kerja khusus Tingkatan 3. Itu pon sebab nak siapkan Folio, kalau tak jangan mimpilah Mieya akan menjejakkan ke sana.
Kali kedua, semasa berlangsungnya pesta buku di PWTC pada tahun 2011. Masa tu, Mieya berada di Tingkatan 4 dan bergerak ke sana dengan kawan-kawan. Di mana ada satu peristiwa tragis yang telah berlaku, iaitu peristiwa Mieya kehilangan handphone Sony Ericsson tersayang. wuwuwu~
terus merajuk tak nak ke sana lagi dah -.-"
Rasanya, dah 5 tahun, Mieya menggunakan khidmat beliau dan akhirnya beliau hilang tercicir begitu sahaja. Putih mata Mieya masa tu. Pulang ke rumah dengan muka yang penuh masam mencuka. Bebudak yang konon-kononnya nak mengorat, terus tak jadi mengorat. Sebab takut punya pasal !
Manakala, kali yang ketiga adalah pada tahun lepas semasa Mieya berada di Tingkatan 5. Di mana Mieya bersama rakan-rakan sekelas mengadakan lawatan khas ke PetroSains dan juga Aquaria. First time dapat tengok Menara KLCC betul-betul di depan mata, dapat masuk pulak tu.
Padahal jarak di antara Petaling Jaya dengan Kuala Lumpur, hanya menjangkau masa beberapa minit sahaja. Tapi itu lah, Mieya nie kan buta jalan, buta arah tuju atau senang cerita, buta KL. haha baru terserlah sikit kejakunannya bila dapat menjejakkan kaki lagi di Kuala Lumpur.
Kali nie, Mieya dan adik telah dibawa ke Jalan Masjid India oleh abang Mieya. Baru lah kenal nama-nama jalan sekaligus kenal tempatnya sekali. Selalunya dengar cerita daripada mulut-mulut orang je. Dapat bayangkan macam gitu-gitu je. At last, dapat juga merasa pergi ke sana.
Serius, memang best. Kebanyakan barangan yang dijual sangat-sangat murah. Kalau biasa beli tudung sarung kat pasar 10 ringgit sehelai. tapi kat sana, 10 ringgit boleh dapat 3-4 helai tudung. Gila murah dan berbaloi-baloi harganya !
And then, pergi ke Kamdar sebab nak cari kain hitam dan putih untuk dibuat baju kurung semasa hari orientasi nanti. Mana lah tahu, kalau-kalau baju ini diperlukan nanti. Kang tak pasal-pasal nak pusing keliling Penang semata-mata nak cari baju nie je. Haihh, naya je !
Okey lah, Mieya rasa, sampai disini sahaja dulu entri untuk kali nie. Sebenarnya ada lagi sambungan ceritanya. Cuma takut korang yang tak larat nak baca entri yang meleret-leret nanti.
P/s : Maaf, kerana terpaksa membiarkan korang membaca entri non-stop gara-gara terlebih panjang. Maklum sahaja lah, terlampau banyak cerita yang nak Mieya kongsikan sampai tak tahu nak mulakan dari celah mana.
27 comments:
all the best ye dik!
slmt merantau dear..hehehe
cik nur lagilah, duk taiping, mmg jarang ke KL..
mieya, 5 hari lagi ye.. kejap je masa berlalu...
wonderful momenttttt ;D
waktu skolah kan MIEYA ;)
after this mieya nak pegi manaaa?
jauh berjalan, memang la luas pemandangan... tapi, hehe..malas la. :P
tengs dear atas komen~~~ (^___^)
jenuh nak membacanya.. hehe
merasai perjalanan cerita tu dengan penuh kesabaran (^___^)
mmg pnt bjlan luas pandangan..hihihi..jap.PJ?area mne ni Mieya?
wahhh dah cendikiawan la ni eh hehe
betul2...memang best lau dapat merantau ke tempat lain.. cari pengalaman.. ena sejak form 4, pergi merantau belajar di tempat lain, memang mcm2 pengalaman yg ena dpt
seronoknya mieya dapat berjalan :))
seronoknya mieya dapat berjalan :))
wahhh..jalan tar..*pengsan jap* hehe
dya kalau g jln tar cri tudung je..sbb murah..haha..
Dah lama tak jalan2 cari barang kat jln Masjid India..dulu suka sgt shopping time raya kat situ
huhu. teringat pulak dulu berorentasi dgn baju putih kain hitam. :)
boleh juga cuci mata :)
bestnyakan kalau dapat beli benda murah
adakalanya dengan berjalan dapat menambahkan ilmu pngetahuan ^_^
@umialya Terima kasih kak :)
@Kesuma Angsana Thanks KA :)
@are_lin@yu Thank you sis :)
@Cik Nur Yup, sekejap je masa berlalu. Betapa pantasnya masa bergerak.
@Jna marcello Yup. zaman persekolahan memang zaman yang paling best dan penuh dengan kenangan terindah
@ainraus Lepas nie, Mieya nak sambung belajar kat negeri orang.
sbb tulah org kata lagi banyak jalan lagi banyak pengalaman.betullah tuh..tahniah tau mia=)
@wan nurul hezrina Terima kasih kak.
Post a Comment