Ketahuilah.. Di saat entri ini ditaip, Mieya sedang mengalami sedikit kepeningan kepala dek kerana stress dan terlalu banyak berfikir soal itu dan ini.
Tapi, untuk tidak menghampakan rakan-rakan blogger sekalian yang sering kali berkunjung ke sini, mengambil berat pasa Mieya dan sering memberikan sokongan padu serta kata-kata perangsang kepada Mieya di kala Mieya sedih, kecewa, gemuruh, gelak tawa dan semuanya. Terima kasih kalian semua !!
Mieya gagahi juga diri Mieya, terutamanya jari-jemari dan kepala otak untuk selari bekerjasama bagi menyiapkan entri nie.
Umumnya, mesti korang semua dah tahu kan bahawa keputusan permohonan ke UITM second intake 2012/2013 telah pon diumumkan semalam. Nak tahu tak macam mana perasaannya bila Mieya terpaksa online through phone (itupun, setelah membeli internet dengan bayaran sebanyak RM2) kerana hujan lebat semalam dengan kilat yang sambar-menyambar sana sini. Sampai nak online pon takut-takut.
Dari pukul 2.00 petang, Mieya setia melekat bersama smartphone Samsung cikai Mieya di tangan kanan. Sambil-sambil tu scroll up dan scroll down timeline twitter bagi menghilangkan rasa gugup. And at last, Mieya dapat tahu result ditunda ke jam 5.00 petang. Haish, sabar Mieya sabar.
Dan alhamdulillah. Dalam jam 4 petang tu, hujan mulai reda. Masa itulah Mieya gunakan untuk mengadap lappy kesayangan Mieya nie. Online-online je, Mieya terus buka laman web UITM dengan rakusnya.
Dan dalam pada masa yang sama, Along Mieya telah menghubungi Mieya. Lalu bertanyakan soalan itu dan ini. Banyak juga lah perkara yang dibualkan oleh kitaorang berdua. Daripada soal jawab dapat ke tak, sehingga lah menerbang jauh memikirkan soal masa depan Mieya nanti.
Maka, keputusannya ialah :
Alhamdulillah, syukur ya Allah ! Terima kasih abah. Terima kasih emak. Terima kasih abang-abang, adik-adik serta kawan-kawan blogger semua kerana mendoakan kejayaan ini. Dan kepada emak dan abah inilah hadiah dariku untuk kalian. Terima kasih, akan Mieya berusaha lagi demi kejayaan di masa depan :)
Akhirnya, Mieya dapat juga tawaran belajar yang Mieya pinta selama ini. Lagi-lagi, bidang yang sangat-sangat Mieya idam-idamkan sejak dari dulu lagi. Walaupun keputusan SPM bagi subjek Kimia dulu setakat cukup-cukup makan sahaja (Lulus Atas), permohonan Mieya berjaya juga diterima. Alhamdulillah.
Dengan tanpa memandang ke belakang lagi, Mieya terus menekan button Terima sebagai tanda persetujuan untuk mengikuti program yang ditawarkan.
Serius, Mieya masih lagi speechless sekarang nie. Masih lagi terpinga-pinga, tak tahu nak cakap apa lagi. Padahal diri sendiri tak perasan, entri dah berjela-jela panjangnya. Siap boleh dijadikan sebagai mukadimah novel, yang dibaca sekerat demi sekerat. -,-"
Btw, Mieya dah pernah ke Pulau Pinang dua tahun lepas. Itupon rombongan sekolah sebab dapat result gempak masa PMR dulu. Walaupun tak sempat nak merasa pasembur masa tu, tapi takpe. Asalkan dapat pengalaman yang paling bermakna dan penuh dengan kenangan indah disana. Dan kali nie, Mieya akan ke sana lagi. Yeayyy !
Tapi, dengar cerita.. Kampus kat Pulau Pinang tu sementara je. Kampus tetap, di Pasir Gudang, Johor nun jauh kat ceruk sana. hukhuk
P/s : perasan tak, dah berapa kali "dan" yang Mieya perkatakan sejak dari awal entri tadi? Habis failed kertas BM kalau time SPM tulis macam nie. Btw, doakan yang terbaik untuk Mieya ye semua :)
57 comments:
ehem2.
dah dekat dah dengan kolej chemay tuu.
nanti boleh la kite gi datingg
weewittttt
<3
Tahniah Mieya....berbaloi penantian mieya..!
tahniah..lepas ni jaranglah mieya update blogkan..
nur pasti merindui mieya nanti..
belajar rajin2..
tahniah mieya. blaja rajin rajin ye. :)
alhamdulillah. tahniah ! welcome to uitm penang ! :)
congratz mieya... kampus pasir gudang belum siap lagi. wah, bestnye jadi batch pertama duduk kampus pasir gudang. gud luck:)
congrats , kak mieya :))
wahhh tahniah!! i told ya before, u will get it.. hehe.. berkat doa ur parents and also doa sis juga.. chemical engin tuuu.. perghhhhh tahniah!
tehniah dik! alhamdulillah... belajar rajin2 ya ;)
Wah tahniah :) Good luck ;)
tahniah2.... hehe :)
saya dah update :) jom check
tahniah syg~..semoga tabah menghadapi dugaan di U nnti yer...
eca BW sambil ajak join GA & Contest...
http://www.ecadwinkyasha.com/2012/11/year-end-giveaway-2.html
http://www.ecadwinkyasha.com/2012/10/eca-year-end-contest.html
wah..
tahniah Mieya...^__^
selamat memasuki alam universiti..
bila mieya mula mendaftar?=)
waa . .tahniah :)
Yeahhh ! BERJAYA ! TAHNIAH ! Study elok elok ye.. =)
Wah,congrat mieya..! kampus uitm penang best..moden tau..eh,baru tau ada kampus dekat pasir gudang..-_-
tahniah dik..
tahniah akak :)
congratz mieya....pasni study molek2 ek =)
engineering student to be....!!blh jd geng.hahaha..tahniah!
tahinah..ain ada latest entri sesuai untuk new student :)
thniah dear..selamat belajar kembali ya ;-)
@chemay erk, ye ke chemay? Boleh lah jadi teman tunjuk jalan kat Mieya nanti :)
@Cik Nur Terima kasih Cik Nur. Rasanya, macam tu lah Cik Nur. Tapi sayangnya nak tinggalkan blog macam tu je. Bukan senang nak upkan blog. huhu sedih
@9n0L4 Terima kasih kak. Insyaallah, i will do my best !
@AlyaaIBH Terima kasih *terharu
@Nurfara Hani Terima kasih. Oh, betul ke kampus UITM kat Pasir gudang tu masih baru? Aww, sukanya...
@Atira Ameer Thanks adik.
@✿Lady Ainaa✿ Terima kasih kerana sentiasa menyokong Mieya.
@deno Terima kasih. Insyaallah, Mieya akan berusaha for my next future
@myu Terima kasih Myu :)
wahh...tahniah tahniahh..
@Nizam Ijam Terima kasih bro. Okey, nanti Mieya singgah ke sana ye :)
@Eca Dwinky Asha Terima kasih sis eca :)
@Herma Julianny Terima kasih kak. Mieya mula mendaftar ke U 24 hb nie.
@cikeyrah Terima kasih sis :)
@::EIDA:: Terima kasih. Insyaallah. Doakan kejayaan Mieya ye :)
@MarliaMarble Terima kasih kak. Ye ke? Alhamdulillah kalau begitu :)
@Lyaa Suriany Thanks kak :)
@Mya Abdullah Terima kasih :)
@lee delaila Thanks kak. Insyaallah :)
@ayut Sis pon sama ke? hikhik yeah, ada geng !
@Ain Dzaya Terima kasih. Okey, nanti Mieya baca :)
@are_lin@yu Terima kasih kak :)
@NoEn Terima kasih kak. Insyaallah, Mieya akan belajar rajin2 :)
tahniah meiya
CONGRATSSSSS SEE YG DITGGU TU X MERUGIKAN KAN?
@Suara Hati Terima kasih :)
@dya bunga Thank you sis :)
@Jna marcello Terima kasih na. Ya, betul tu. Alhamdulillah.
congrats dik! :)
@Nurul Husna Mohd Hassan Thanks kak :)
wah tahniah..:) slmt dtg ke uitm..sha kat sbh :)
@sHaRiNa eLyaNa Terima kasih. Wah, jauhnya dapat ke Sabah.
tahniah!
@RazFiRa Thanks sis :)
uitmpp rupanya, done follow u, hope follow mw back
Rumah untuk disewa di apartment vista seri alam. Fully furnished. Call 012-7690459.
Post a Comment