3 idiots

Assalamualaikum wbt :)

Sudahkah korang menikmati filem hindustan ini? Kelmarin dan semalam merupakan kali kelima Mieya mengulang mata menonton filem ini. best okey, siap hafal jalan ceritanya lagi ^,^ hehe.

Walaupun cerita ini dah lama. dah lapuk, dah lemau untuk dibahaskan. tapi, pedulikan itu semua. Mieya tak kira, hari nie Mieya nak jugak review sikit-sikit mengenai filem nie.

Filem nie mengisahkan tiga pelajar kejuruteraan, iaitu Raju, Farhan dan Rancho yang berkongsi sebuah bilik di kediaman ICE. Rancho percaya bahawa kejayaan dalam pelajaran tidak akan tercapai semata-mata dengan menghafal bahan-bahan dan definisi-definisi yang diberikan oleh buku-buku teks atau profesor, tetapi dengan memahami dan menggunakan konsep-konsep. Malangnya, pendapat Rancho disangkal oleh dekan kolejnya, iaitu Virus.

Sementara itu, Rancho jatuh cinta dengan anak perempuan Virus, iaitu Pia (Kareena Kapoor). Virus label Rancho dan kawan-kawannya sebagai "bodoh" dan cuba untuk memecahkan persahabatan Rancho dengan Farhan dan Raju. Tapi tak berhasil.


ehh, sebenarnya ada lagi cerita selanjutnya. Tapi, malas pulak nak taip panjang berjela-jela. Korang tengoklah sendiri sama ada dekat google ataupun dekat Youtube. Siyes, korang takkan menyesal punya. sebagai halwa mata menunggu detik ketibaan tahun baru kan?


Sepanjang Mieya menonton filem ini, Mieya mula berfikir banyak benda (drama queen dah mula dah)


  • Mieya nak kawan baik, yang mana sentiasa berada di sisi Mieya tak kira sama ada di waktu senang mahupun di waktu sesak. Yang sentiasa menahan telinga untuk mendengar bebelan Mieya yang kurang bermanfaat. dan yang sudi meminjamkan bahu untuk Mieya mencurahkan hati dan perasaan.

Setakat nie, Mieya dah ada dua tiga orang kawan baik, yang mana sekejap timbul dan sekejap tenggelam. Entah di mana entah dia menghilang. hmmm, sebetulnya Mieya dah lama tak berjumpa dengan mereka. Maklum lah masing-masing sibuk dengan urusan duniawi dalam mencari duit untuk berjoli sakan. hikhik~

  • Kalau nak cari pasangan, carilah seseorang yang boleh menerima kelebihan dan kekurangan diri kita seadanya. tak nak yang macam dalam cerita nie, dapat pakwe yang bersikap materialistik. Hilang barang berharga dah macam hilang anak. Agaknya kalau hilang isteri, macam mana pulak ye? Apakah dia akan kisah?

  • belajar dengan memahami serta menggunakan konsep-konsep tertentu. dan bukannya sekadar mengerah keringat otak untuk menghafal itu dan ini semata-mata kerana menghadapi peperiksaan. Blogging pon lebih kurang macam tu jugak lah.

  • belajar berdasarkan minat sendiri. Jangan paksa diri sendiri untuk mempelajari sesuatu mengikut kehendak orang lain sekiranya diri sendiri tak boleh nak catch up. Seelok-eloknya, sebelum membuat sesuatu keputusan. Berbincanglah dengan keluarga, tanya pendapat mereka dan berfikir sehabis mungkin mengenai keputusan yang telah dibuat.

Okey, mengikut pandangan Mieya sebagai juri jalanan filem ini, Mieya bagi semua bintang yang ada di dalam laci Hello Kitty. haaa.. banyak tuu. sesuai dengan cerita ini, membuatkan Mieya sekeluarga tak kering gusi dan dalam pada masa yang sama memperoleh banyak pengajaran yang dapat kita teladani dalam kehidupan seharian.

Sekian, laporan filem yang mengakhiri musim cuti sekolah pada tahun ini daripada Mieya Atiera pada frekuensi siaran 666. Semoga kita berjumpa lagi di laporan filem pada tahun yang akan datang. 

wat lek wat peace wat kool :)

Cara Mendidik Kanak-kanak Menabung

Assalamualaikum wbt kalian :)

Semua orang sedia maklum bahawasanya, kanak-kanak dan tabiat menabung merupakan satu perkara yang sukar untuk digabungkan. Tambahan pula, pada zaman moden dan canggih seperti sekarang nie. dengan gelang yang berwarna-warni, dengan rantai yang bermacam rupa, serta wallet yang murah-murah.

dah nama pon budak kecil separa tak matang. Biar bermacam cara yang cuba dipraktikkan semata-mata untuk menawan hati mereka agar menabung. seperti memberi ceramah agama ditambah dengan bonus kesedaran pon, mereka sukar menerimanya.

Jadi, dengan adanya kemunculan wang kertas dan wang syiling yang baru dan bermacam rupa, mungkin perkara sebegini boleh jadi kenyataan kot. Tak percaya? mehh, kita tengok rupa dan bentuk wang tersebut.



Cuba perhatikan betul-betul. betapa cantiknya keluaran wang yang baru nie kan. Mesti bebudak sekarang akan merasa sayang untuk gunakannya. Mana taknya, wang kertas pon dah macam wang saidina. 
Kalau dalam permainan saidina tu, dah boleh beli macam-macam dah. beli tanah, lapangan terbang, bayar cukai, beli rumah, beli hotel.

Maka, sebagai langkah awal, ibu bapa di setiap rumah perlu digalakkan untuk membeli seberapa banyak tabung. Bagi menerap budaya menabung dalam diri anak-anak sekalian.

Di usia muda sebegini lah, budaya ini harus diterapkan dalam diri mereka. Jangan mengajar mereka cara senang untuk peroleh wang. Biar mereka tahu bahawa pentingnya berusaha untuk mendapatkan wang.


Pastikan tabung yang dibeli cukup comel dan menawan beserta sedikit ugutan, sekiranya duit tabung tak penuh lagi maka tiada habuan untuk mereka.

Membuat perjanjian dengan ayat-ayat manis. Sekiranya anak-anak ini berjaya memenuhkan tabung dengan wang, maka barangan kecintaan akan dibelikan sebagai hadiah.

mudah bukan? kalau ikutkan sangat kata hati, nak tak nak je. memang payah lah nak berhasil. Terpulang kepada individu itu sendiri sama ada nak teruskan amalan mulia sebegini dalam diri generasi muda sekarang atau tidak.

Salam bertemu lagi kawan-kawan :)

Cara Mandi Wajib yang betul

Assalamualaikum wbt kalian :)

Hari ini, Mieya akan berkongsi dengan korang mengenai Cara-cara mandi hadas dengan betul. Sebelum tu izinkan Mieya untuk mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ustaz Nor Amin yang bertungkus-lumus menulis artikel ini. Semoga usaha murninya ini diberkati oleh-NYA. Insya Allah.

Sebab perlu Mandi Hadas Besar / Mandi Wajib

  1. Bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
  2. Keluar mani walaupun sedikit.
  3. Mati melainkan mati syahid.
  4. Keluar haid bagi perempuan.
  5. Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  6. Wiladah atau melahirkan anak.
RUKUN MANDI HADAS BESAR / MANDI WAJIB
  • Niat
  • Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
  • Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki (termasuk dubur).
Jenis Niat Mandi Hadas Besar / Mandi Wajib
1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.
Bahasa Arab
Keluar mani atau keluar haid dan nifas
نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْحَيْضِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْجَنَابَةِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ النِفَاسِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.
Sunat Ketika Mandi Wajib
mengadap kiblat
membaca basmalah
membasuh dua tapak tangan
mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
membasuh sebanyak tiga kali
Cara-cara Mandi Wajib
  • Sebelum mandi hadas besar, anda perlulah bersihkan badan daripada segala kekotoran.
  • Setelah selesai mandi biasa, hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke anggota badan.
  • Disunatkan untuk berwuduk. Jangan risau sekiranya anda terlupa berwuduk kerana mandi hadas besar anda tetap sah.
  • Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
  • Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
  • Sunat memulakan mandian di sebelah kanan dahulu dan seterusnya di sebelah kiri.
  • Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  • Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu di rambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.

Tipikal manusia, dengki-mendengki

Assalamualaikum wbt kalian :)

Petang-petang, sambil cicah lempeng dengan kuah kari ikan, siap minum milo panas taruk ais 5 ketul. sambil menaip, sambil dengar radio. baru ada feel nak layan mood blogging. hikhik saja je nak tukar mood petang, selalunya minum teh ais je.

okey berbalik kepada tajuk pada hari nie, dengki. Dalam dunia ada bermacam-macam jenis perangai manusia. Dealing dengan manusia sememangnya lebih complicated berbanding dengan komputer. sebab dalam diri manusia melibatkan permainan emosi.

Korang perasan tak, kekadang ada manusia nie boleh dengki-mendengki tanpa sebab. Misalnya, dengki kerana dia tidak memiliki atau tak punya apa yang orang lain ada.
Dengki sampai jadi hasad. Dengki sampai mendoakan yang bukan-bukan bertujuan  untuk menjatuhkan orang lain. Dengki dengan kejayaan orang lain.

Lantas sebagai jalan pintas, amalan santau-menyantau menjadi kegemaran.
Hukum agama langsung diketepikan. Tuhan yang sepatutnya disembah, tetapi dia syirikkan. dengan meminta pertolongan bomoh dan alam ghaib.


Contoh terdekat yang boleh kita jadikan iktibar ialah dalam drama slot akasia Tentang Dhia tu. Kisah di mana ibu mertua Dhia yang berhati busuk, meminta bantuan daripada seorang bomoh, iaitu Pak Boon untuk mengenakan Dhia dan keluarganya.


tu dalam drama kat tv. Tapi kalau dalam kehidupan harian pulak. Santau antara jalan mudahnya. Bila si peniaga menegur pelanggan yang kurang adabnya, si pelanggan yang tidak dapat berfikir secara rasional, terus mengambil keputusan untuk menyantau si peniaga. dan akhirnya si peniaga meninggal dunia.


Kisah yang Mieya kongsikan ini bukan rekaan semata-mata, tapi adalah kisah benar yang terjadi pada keluarga Mieya. Mintak-mintak lah kita semua dijauhkan daripada semua ini. Amin~


salam bertemu lagi kawan-kawan :)

URL blog Mieya Atiera diciplak

Assalamualaikum wbt kalian.

Maaf kerana Mieya terpaksa menyepikan diri buat seketika. Maaf kerana dah lama
tak update belog ini sampai korang semua naik juling nak baca post yang panjang kemain. Mieya terpaksa okey.


Apalah nasib yang menimpa diri Mieya nie. Adakah diri ini yang telah ditakdirkan
untuk angkat kaki dari dunia blogging dengan membawa hati yang penuh duka lara.

Huaaaaaaaaarghh ! Terasa seperti mahu saja Mieya rembeskan semua kemarahan dan kesedihan itu. Nak nangis sambil menghentak-hentak kaki, biar bergegar satu dunia.



Perempuan. Aku dah anggap kau macam adik aku sendiri.
Kau baik-baik dengan aku, aku pon berbuat baik dengan kau.
Tapi siapa sangka, dalam diam kau tikam aku dari belakang.

Walau aku pernah menasihati kau.
Bukan sekali, bukan dua kali. Tapi, dah berkali-kali dah.
Tapi kau tetap berdegil, terlalu taksub mengejar populariti.
Sehingga kau sanggup mengkhianati hubungan erat kita nie.

Aku takde masa nak salahkan sesiapa.
Nak salahkan kau, dia, mereka, dan sesiapa sahaja.
Tapi, cukuplah sekali.
Garam yang dicampakkan ke laut pon boleh mendatangkan air masin,
inikan pula manusia?



Hmm, apalah nasib daku ini? Baru je nak menongkah arus yang deras dalam dunia blogging dengan api semangat yang membara. tup tup, api semangat itu terpadam begitu sahaja ibarat bara api yang disimbah dengan air.


Dah lah url sama dengan Mieya. Cuma mungkin url dia jauh lebih "comel" sikit kot.
Terasa macam dihiris-hiris hati nie. Pedihnya bagai tertusuk sembilu yang tajam berbisa itu.


Perempuan. Sejujurnya aku kurang faham.
Kenapa kau perlu meniru-niru aku yang tidak popular ini
Sedangkan ada ramai lagi blogger yang hebak-hebak, hot sentap belaka di luar sana.
Kenapa mesti blog cikai aku nie yang kau nak tiru?


Terasa macam nak saja Mieya bagi link url blog dia di sini, supaya semua orang
berpusu-pusu menegur beliau dengan baik. Tapi, memandangkan beliau masih lagi budak.
Umur pon hampir baya-baya dengan adik Mieya, si demokkk tuu. Terasa macam kesian pulak.


Mieya kuatkan hati nie, mencuba untuk menghantar pesanan peribadi kepada budak tuu. Dengan niat yang baik supaya beliau menukar link url belog dia secepat yang mungkin.
Tapi hampa, tak dilayan.


Ini betul-betul tak adil. Tak adil. ohh, perlu buat ape nie? perlu ke Mieya lari-lari anak
lepas tu lompat-lompat kegirangan? atau perlukah Mieya ugut dia, "kalau kau tak tukar link url belog ko, aku merajuk ! " mungkin dia tak ambik kisah. hmm. apa perlu buat nie?

Cuma Mieya nak kongsi kan sedikit pesanan khidmat masyarakat yang Mieya petik dari belog Sis Yuyu kepada semua. Mungkin ada di kalangan kalian yang terlupa atau terbuat-buat lupa.

Tak payah nak tiru bagai. tok sah menjadi orang lain. Susah nak diingati oleh orang ramai nanti. Cari identiti sendiri. Biar orang kenal kita kerana diri kita sendiri bukannya sesedap rasa menciplak hasil pemikiran orang lain. Sedangkan blogger seperti Mieya yang sedang mencari identiti diri pon merasa susah ya amat. Inikan pulak mereka yang baru mengenal apa itu dunia blogging yang sebenar-benarnya.

Inilah padahnya apabila emosi menguasai diri

Assalamualaikum wbt kalian :)

Ada cerita tragis yang berlaku di sekitar kawasan sini. Yang membuatkan Mieya gigih berfikir
dan merenung sedalam-dalamnya selama lebih kurang duapulohempatjam.

Sejak akhir-akhir nie, berita mengenai kes pembunuhan sering kali menghiasi dada-dada akhbar mahupun media massa kan? Apa nak jadi lah dengan mentaliti masyarakat kita
pada zaman sekarang nie.






FYI, kejadian nie berlaku berhampiran dengan kawasan tempat tinggal Mieya. Okey, serius memang mengerikan.

Inilah sikap masyarakat kita sekarang. Hal yang kecil sengaja diperbesar-besarkan.
Dan apabila emosi menguasai fikiran, iman dan hukum-hakam agama akhirnya ditolak tepi.
Seolah-olah tidak berguna lagi.

Otak gagal berfungsi dengan sebaiknya menyebabkan impulse tidak dapat dihantar terus kepada sel otak gara-gara tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di tengah jalan. Lantaran itu, fikiran menjadi kusut ditambah lagi dengan perasaan marah yang bermaharajalela di hati.

Segala nasihat dan teguran orang-orang di sekeliling tidak lagi didengar. Dan akhirnya, berbekalkan perasaan yang menebal itu menyebabkan orang lain menjadi mangsa korban.

Kejadian yang sungguh tragis dan menyayat hati ini disaksikan oleh kedua ibu bapanya sendiri. Cuba bayangkan..


p/s : menaip entri ini dengan jari yang terketar-ketar. damn !

Mengimbas kembali

Assalamualaikum wbt kalian :)


Mengimbas kembali, sewaktu dua puloh ke tiga puloh hari sebelum nak exam,
masing-masing dah pasang tekad serta azam yang kuat untuk mengatakan TIDAK
kepada muka-buku, belog, juga laman gossip sehingga ke hari tamatnya hari exam.


Tapi haremm, kesudahannya apa pon tak jadi. Hanya mulut sahaja yang sekadar berbahasa basi sedangkan realitinya tak buat pon.   Hmm, yela gila ke apa nak menghadap buku duapulohempatjam tanpa henti dari pagi sampai ke malam, dari hari ke minggu dan dari minggu ke bulan?


For me, memang tidak dan takkan pernah berlaku kecuali jikalau subjek SPM
pada keesokan harinya memerlukan sepenuh tumpuan dari segi mentaliti, rohani dan jasmani.


Exam pada minggu ini dan minggu depan memang packed gila lah.  Subjek elektif, iaitu Additional Mathematics, Physics, Chemistry and Biology.  Memang betul-betul
subjek painkiller bagi Mieya.


But alhamdulillah. Mieya dapat menjawab dengan jayanya walaupun I'm not sure whether the answer that I've given is the right or wrong.   At least, I'm trying to answer all the questions and no more blank page at there.


Ohh yaa, hari ni Mieya nak cerita serba-sedikit mengenai tiga paper yang telah Mieya duduki dengan jayanya sepanjang minggu nie. Sambungan daripada entri hari tu la gamaknya memandangkan exam pun belom habis lagi.


Pendidikan Islam (kertas satu / dua)
Well, Mieya boleh senyum (for real) pada hari Isnin tu.  Walaupun Mieya tak dapat nak fokus menelaah buku gara-gara kebisingan tahap melampau dengan suasana kenduri kahwin di rumah jiran sebelah. But, alhamdulillah pembacaan di saat akhir itu telah membuahkan hasil yang sangat mengujakan.


Additional Mathematics (Paper one / two)
ohh, actually Mieya tak buat latihan sangat walaupun hari selasa hari tu cuti. Tapi, pada malam hari sebelum exam, Mieya overnight sampai ke pukul dua. Keep practising, and then "booom!"  (terus pergi tidur)   
Pukul 5 pagi,  dah terjaga daripada tidur terus ngadap buku balik sampai lah azan Subuh berkumandang. Bersiap-siap segala bagai and pukul 6.45 *sharp terus pergi sekolah.  Kesimpulannya, Mieya boleh berjawab dengan senang hatinya memandangkan soalan yang dikemukakan sedang-sedang je susahnya.


Physics (Paper one / two)
Alhamdulillah coz soalannya pon nampak macam familiar je. Tapi, peluang untuk salah dan betul adalah 50-50. Nampak sangat macam Mieya nie cuma mampu berserah je kan. Frankly yes becaouse I don't have a plenty of time to have a date with Mr. Physics (gara-gara terlalu fokus pada Additional Mathematics, maka subjek Physics telah dianaktirikan)
Physics (Paper Three)
Terasa macam nak terbang ke langit yang cantik membiru tuu je rasanya tadi. Sebab tersangatlah senang soalannya. Cuma sayang seribu kali sayang, soalan "Planning experiment" Mieya tak dapat nak skor. So, hilang 12 markah di situ daripada 40 markah.


Ohh well, got no paper to attend for tomorrow. Finally, I can have a wonderful sleep for the whole one night. Only this night. 


Cuti empat hari nie Mieya nak bersiap sedia mengasah minda, mengumpul strategi serta mengkaji selok-belok pertempuran yang akan datang.

Yeah absolutely you, Mr. Chemistry and Mr. Biology. 

Hope this four days should be enough for me to prepare on the both paper.

Cara Mudah Jadi Blogger Popular

Assalamualaikum dan selamat petang kalian :)

Cakap terus terang, timbul perasaan hairan bercampur pelik bin ajaib bagaimana para blogger lelaki ataupun perempuan boleh menjadi femes dalam jangka masa yang singkat.  Nak bagi contoh, ada banyak sangat sampai Mieya pon takde hati nak taip panjang-panjang hari nie. Penat mungkin.

but, Disebabkan rasa ingin tahu yang mendalam, Mieya telah membuat beberapa kajian tentang bagaimana nak jadi blogger femes.


1. Buat entri ala-ala hot dan sensasi gitu sehingga boleh menggegarkan dunia blog.
Ingat lagi kes penipuan blog dulu-dulu atau serangan anonymous di comment box?  Nahh, nie mestilah korang tahu cerita hot ini. Mieya rasa, inilah cara yang agak bagus untuk meningkatkan trafik dan follower serta jumlah pengomen tegar. Tapi, kalau korang tak dapat buat entri yang gempak pon takpe. Cuba cipta tajuk entri yang best serta boleh  menarik hati limpa dan jantung semua orang..


 2. Cari awek / pakwe yang hensem dan comel setanding Nora Danish dan Johan Asari.
Cuba korang dok usha-usha orang popular sekarang. Kalau tak nak pikir yang kat luar negara, kat dalam Malaysia pon sudah memadai. Kalau dah dapat masuk jarum, jangan lupa hebahkan dekat satu dunia, satu blog, satu facebook, satu twitter dan satu kampung pon boleh.


 3. Trend sekarang menyanyi sambil gigit gitar.
Kenal Yuna? eheh, mesti lah kenal kan. Hmm, macam mana pulak dengan Najwa Latiff? Budak 16 tahun yang tinggal di Johor, memiliki sebuah blog bertajuk Si Gadis Youtube serta dikenali dengan lagu Cinta Muka Buku yang sering diputarkan melalui corong-corong radio. Cukup pakej bukan untuk memiliki follower beribu-ribu serta komen yang melimpah ruah?


4. Nak lagi ke? 
Next time lah derr, kepala otak sudah hampir kusut memikirkan pasal subjek Add Math serta Physics yang sentiasa hancusss setiap kali exam. Hopefully, kali nie Mieya dapat menjawab dengan mudah serta dapat memberikan jawapan yang terbaik. Aminn~


p/s : Mieya tak nak jadi blogger popular, cukuplah hanya dikenali sebagai blogger yang suka menulis entri panjang berjela-jela plusplus merapu-ing bagai. hihi


SPM, 4 papers down, 6 paper more to go !

Assalamualaikum wbt kawan-kawan sekalian.


Masih ingatkah kalian pada blog picisan si Mieya Atiera yang tak berapa nak cool nie?  wah, nampak agak gramatis sungguh ayat pendahuluan bagi entri kali nie. Nampak sangat  demam exam  masih belum kebah lagi. :D


okey, berbicara mengenai exam lah kan, Mieya tak nak lah komen apa-apa pasal tu.
Lagipon benda yang dah lepas nak buat apa dikenang, ye dokk?


Just let bygone be bygone  and  stay focus on the upcoming paper exam.


Tapi kata orang, tak baik pendam perasaan atau simpan rahsia sorang-sorang.
Yelaaa, tak luak ilmu pon kalau kita saling berkongsi pengalaman, pendapat dan pandangan masing-masing. At least, mungkin dapat membantu orang lain untuk terus berusaha dalam melangkah ke arah kejayaan.



Pengalaman sepanjang empat hari di Dewan peperiksaan, 
memegang nombor angka giliran BK049A027 yang sangat awesome ituu.


BM kertas satu / dua

Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Mieya dapat menjawab dengan tenang walaupun pada awalnya Mieya tersangatlah nervous nak mampus. Biasalah hari pertama SPM lah kata kan (:


English (Paper one / two)
Bagi Mieya, not bad lah. Cuma Paper one section A je yang Mieya tak dapat nak jawab dengan baik. Mungkin disebabkan takde kefahaman asas mengenai PBSM  :D


Sejarah (Kertas satu / dua)
Soalan objektif agak mengancam kerana pilihan jawapan yang seakan-akan sama. So, peluang untuk membuat kesilapan disitu amatlah cerah sekali.  
Sejarah kertas dua tahun nie memang the best lah. Soalan yang dikeluarkan paling senang berbanding tahun-tahun lepas. Mieya cuma tersilap kat soalan esei je,iaitu fakta pasal Kerajaan Umaiyah bercampur aduk dengan fakta Kerajaan Abbasiyah.


Mathematics (Paper one / two)
Actually, Mieya tak nak cerita langsung pasal subjek nie. Sebabnya kan, soalan dia "tersangatlahh senang" sampai rasa macam nak hantuk kepala kat dinding sana tuu. Kebanyakan soalan pon Mieya main taram sahaja :D


Okey lah, that's all for today. Otak dah beku dan masih perlu dipenuhi dengan strategi untuk bertempur dalam peperiksaan SPM nie. Ditambah lagi dengan sakit kaki dek kerana kekejangan otot.

huhu, Hanya DIA sahaja yang maha mengetahui apa yang Mieya rasa dan lalui di saat ini.
Tapi, takpe. Ini semua ujian dan dugaan dalam menempuh perjuangan besar seperti SPM ini.


So, apa yang perlu Mieya buat ialah, kuatkan semangat, tabahkan hati, cekalkan jiwa, penuhkan ilmu-ilmu di dada, asah strategi perjuangan di minda dan semoga Mieya berjaya menjawab dengan mudah, tenang serta mendapatkan keputusan yang gempak kelak. Insyaallah.

Okay lah, got-to-go now.  Esok takde exam tapi digantikan dengan kelas tambahan sebagai bekalan dan persiapan di saat akhir dalam menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan.

Sabarlah duhai hati


Duhai HATI...
kenapa dengan awak semenjak dua menjak ini? 


kenapa awak nie mudah sensitif sangat
kenapa awak sering disakiti oleh orang lain
kenapa awak asyik paksa mata untuk keluarkan air mata?? kenapa?





Duhai HATI...
please...sabar ye. 
awak kena tabah. awak kena kuatkan semangat. 

kalau awak rasa tak ada siapa dengan awak, saya sentiasa dengan awak kan :') 
mesti apa yang terjadi ada hikmahnya kan? please jangan lemah macam ni. 

SPM dah nak dekat. awak kena support saya. 
Selain daripada Allah, siapa lagi nak tolong saya kalau bukan awak?
Nak harapkan family dan kawan-kawan saya, lebih baik tak payah lah.
mereka semua pon tak ambik kesah pasal saya dah.


Saya dah lama memendam rasa. Dah penat dah.
Saya dah lali dengan kehidupan sebegini, hidup terkapai-kapai sendirian.




Duhai HATI...

Macam ni lah kehidupan saya,
bila saya happy semua orang dok huha-huha dengan saya,
bila saya sedih dan sangat-sangat memerlukan seseorang disisi saya,
tiada yang sudi untuk menghulurkan tangan.

awak tau kan kalau tak ada awak, macam mana saya nak hidup? 

awak cuma ada satu je dalam diri saya. 
kalau awak lemah, saya akan lagi lemah. awak tau kan tu? :')


PLEASE BE STRONG.  I'M REALLY NEED YOU.

Blog Mieya Atiera di Yezz! Magazine

Assalamualaikum wbt and hello to all of you my readers digest :)

Hari nie, 2hb November 2011, masa yang tepat untuk mengupdate belog sebelum menyepikan diri buat seketika daripada dunia blogging bersempena menyambut hari peperiksaan besar Satu Malaysia. hihi  memandai je Mieya nie menokok tambah ayat yang kurang gramatis tuu.

okey, enough with that.  Hari nie, Mieya nak share something very wonderful news about my blog dengan para pembaca blog Mieya yang awesome dan kiut miut semua.


Kalau korang semua merupakan pembaca tegar majalah Yezz! , sudah tentu korang telah membeli dan memiliki majalah Yezz! edisi bulan November nie kan. Then, sambil-sambil korang baca majalah tu, jangan lupa selak-selak lah page 80 dan 81 untuk melihat blog budakshumort nie dalam versi majalah.


Alhamdulillah, memang ya blog Mieya telah terpilih dan sudah pon disiarkan dalam majalah Yezz!  It's such the big achievement that I've finally got from blogging.  Tetibe Mieya terasa begitu teruja sekali,  apabila dapat melihat blog sendiri terpampang dalam majalah kesayangan nie. 




Mieya anggap ini adalah hadiah daripada krew production majalah Yezz! kepada Mieya.. Thank you so much to them, especially bro Hamzey yang cool lagi kelakar tu sebab sudi memilih belog Mieya untuk memenuhi ruangan blogger.




Terima kasih kepada para pembaca yang menyokong setiap bait huruf yang Mieya coretkan di sini. InsyaAllah, dengan penghargaan seperti ni, Mieya akan lebih bersemangat dalam menghasilkan entri yang lebih bertenaga untuk tatapan korang semua !


Doakan Mieya agar dapat menjawab peperiksaan SPM dengan tenang dan senang ye kawan-kawan. kbai :) 

Cara Kurangkan Tabiat Picit Jerawat

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)

Adakah korang semakin bingung, bengang, lalu bertindak bangang dan bengong kerana terdapat berduyun-duyun jerawat di muka korang yang cantik tetapi sudah menjadi seperti tempurung kelapa disebabkan oleh sang jerawat ?


Actually, niat Mieya menaip entri kali nie bukannya untuk mendengar korang menangis. Tetapi Mieya ingin berkongsi serta membicarakan cara-cara terbaik sehingga menyebabkan korang termimpi-mimpi.

Sekarang, dengan dukacitanya Mieya mempersembahkan kaedah terbaru menghilangkan jerawat tanpa mengeluarkan wang ringgit, memang khas direncanakan untuk mereka yang sengkek seperti Mieya nie. hehe



1) Ambil tali kalau boleh tali kapal untuk ikat tangan kau ke belakang okeyy? kalau kau ikat ke depan lebih baik kau tampar sahaja muka kau atau biar Mieya sahaja yang tamparkan. Kaedah ini amat sesuai dilakukan selepas solat subuh sehingga terbenam matahari pada 9 zulhijjah di padang arafah. kehkeh


2) Keluarkan setakat RM1500 untuk kau beli Blackberry baru, termasuk android dan itunes.
motif? kau boleh main game yang paling terbaik di dunia iaitu game picit jerawat atau dalam bahasa orang putih dan kelabu iaitu pimple popper lite.


3) Tepek gambar lelaki idaman kau kat cermin yang paling besar punya
motif? Bila kau nak picit jerawat nanti dan mengikut amalan orang waras sesiapa yang nak picit jerawat akan pergi kat cermin jadi bila kau nak picit jerawat kau tu tetiba kau ternampak muka lelaki idaman kau yang tengah pandang jelek kat kau. Jadi , niat kau pon dengan rasminya terbatal.


4) Buat benda yang lebih berfaedah macam masuk keluar tandas sampai pecah rekod dunia.
adalah kerja jugak kau nak buat kan daripada kau dok picit tak henti-henti jerawat kau tuuu. ataupon kau pergi makan macam mak dan adik Mieya buat sekarang.


5) Jika kau tak mampu mengikut semua kaedah tadi, Mieya sarankan kau ikut kaedah terakhir, yang paling berkesan dan tak payah guna duit kau. tetapi hanya guna jari kau.

Erm, apa kata kau panggil mana-mana kawan kau yang muka ada banyak gila jerawat yang kau rasa macam best gila nak picit. Then, kau picitlah jerawat dia. Sesungguhnya, memicit jerawat kawan kau adalah lebih baik dan bertamadun daripada kau picit jerawat kau sendiri.


Jadi , kepada gadis-gadis yang mungkin ada masalah jerawat banyak nak mampus. Pastikan korang ikuti kaedah yang Mieya beri nie. Semoga berhasil ! 

kbai~


Cinta Monyet, mampu bertahankah?

CINTA MONYET atau PUPPY LOVE.

Kita sering kali terdengar perkataan ini diutarakan sama ada melalui kawan-kawan, orang di sekeliling mahupun diri kita sendiri. Tapi, apakah sebenarnya yang tersirat di sebalik makna perkataan ini?

Cinta monyet. 

Istilah yang membawa maksud perasaan kasih dan sayang antara lelaki dan perempuan yang wujud ketika di alam remaja. Dua patah perkataan ini membawa makna yang begitu mendalam sekali bagi mereka yang pernah merasainya.

Ya, setiap orang pasti akan mengalami cinta monyet.

Walaupun hanya bersifat sementara, tapi kadang-kadang boleh memberi kesan kepada kehidupan kita yang akan datang. Sama ada membawa ke arah positif ataupon negatif, Mieya sendiri pon  tak dapat nak pastikan kesahihannya. Bergantung kepada cara penerimaan kita.

Percaya tak, kalau Mieya cakap, cinta monyet ini tidak boleh menjamin kebahagiaan?


Kenyataan ini menjadi benar . . .
sekiranya cinta yang dijalinkan putus ditengah jalan atas alasan bercouple sekadar untuk suka-suka mengisi masa yang terluang atauuu salah seorang daripada pasangan monyet bahagia tersebut tidak lagi bahagia..

Hal ini mungkin kerana monyet tersebut telah pon terlanjur mencintai monyet lain yang lebih gojes atau jauh lebih kacak daripada pasangannya. **ishh, tak sangka pulak monyet ada yang kacak dan gojes belaka.


Kenyataan ini akan menjadi tidak benar . . .
Sekiranya wujud pasangan cinta monyet yang bahagia hingga ke jinjang pelamin.
tapiii, sedikit sahaja yang sampai ke hujung hayat kerana yang selebihnya hanya bahagia dalam masa setahun dua. dan selepas itu berduyun duyun meringankan kaki mereka melawat ke mahkamah syariah untuk bercerai.

Jadi, mana satu cinta monyet korang ???


Cuba kau orang bayangkan, betapa seronoknya kalau bercinta daripada zaman sekolah then melanjutkan pelajaran sama-sama kemudian kahwin sama-sama, makan sama-sama, warna baju sama-sama, gaduh pon sama-sama, pendek kata semuanya nak bersama-samalah. Pasangan sehati sejiwa lah katakann.

Tapi persoalannya, ada ke pasangan yang boleh bertahan lama dalam perhubungan mereka nie? 

Kalau ada tu, alhamdulillah lah. Tapi kebanyakannya yang Mieya perhatikan, ramai orang bercinta macam bertukar baju. Sekejap-sekejap dengan orang nie, esok lusa pulak dengan orang tu pulak. Apa kes nya nie?

Mungkin mereka-mereka yang berkelakuan sebegini selesa bertukar-tukar pasangan. dan mungkin juga mereka rasa mereka patut menggunakan masa single mereka dengan sebaik mungkin. Nak enjoy lah katakan.

Tapi cuba kau fikir, 
kalau nak mengenali hati budi seseorang tak salah pon kalau korang cuma berkawan dahulu kan?

Wordless Wednesday #5


it's just because


Apa tu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

Perempuan dan cermin memang tak dapat dipisahkan

Actually kan, Mieya nak tanya pendapat korang sikit. Kenapa ramai orang suka tangkap gambar dalam toilet ehhh? Mesti korang pelik bukan, kenapa Mieya bertanyakan soalan seperti nie? and mesti ada yang akan cakap, takkan lah kau tak pernah buat cik Mieya oiiitt?

Sejujurnya, Mieya dah lama tak berbuat perkara yang sedemikian rupa.

Sebenarnya kan, beberapa hari yang lepas, Mieya ada ternampak beberapa profile orang kat facebook. So, Mieya pun tengok lah satu persatu gambar 'orang' tersebut. Nasib baik lah dia tak private-kan gambar dia. Dapatlah Mieya tengok satu persatu gambar 'orang' tersebut..

Mieya akui, 'orang' tersebut memang hot gila babeng. Tapi, tetibe pulak Mieya terperasan satu benda,

"Weh, apahal lah banyak sangat gambar 'orang' nie kat dalam toilet?"
"takkan dia nie lahir dalam toilet kot."


Sebenarnya, memang ramai 'orang' yang suka tangkap gambar dalam toilet bukan? Tak percaya, cuba usha profile kawan-kawan kau kat Facebook. Mesti bersepah gambar mereka kat dalam toilet, bukan? Hampir 80% (atau lebih) 'orang' ada gambar pose dalam toilet.

Jadi, hari ini Mieya mahu berkongsi akan hasil kajian Mieya sendiri tentang sebab-sebab perempuan suka tangkap gambar dalam toilet.



1. Cermin yang besar
Perempuan, make-up dan cermin merupakan tiga elemen yang tak boleh dipisahkan sejak azali lagi. Jika dipisahkan, maka pincanglah irama dan lagu. Niat perempuan masuk ke toilet tidak semestinya ingin 'menunaikan hajat', kadang-kadang mereka masuk ke dalam toilet sebab nak membetulkan make-up. Selepas betulkan make-up, perempuan terasa diri mereka lawa ataupun "Tak pernah aku make-up se-perfect ini. Tangkap gambarlah."  


Satu lagi sebab, cermin toilet besar. Besar diniding rumah. Dekat rumah, cermin untuk make-up cuma boleh nampak muka sahaja, dekat toilet, boleh nampak sampai ke pinggang. Boleh nampak baju baru yang perempuan tu baru beli. Sebab tu cermin toilet disayangi oleh para perempuan.



2. Mengisi waktu lapang
Perempuan kalau keluar ke shopping complex, mesti keluar dengan balak ataupun kawan. Dan perempuan biasanya pergi toilet secara beramai-ramai, kecuali kalau dia keluar dengan balak lah. 


Kalau perempuan keluar secara all-girls group, walaupun seorang saja yang berniat nak membuang air kecil, semua ahli kumpulan kena masuk ke toilet bersama.  Sedang yang seorang tu sedang enak 'menunaikan hajat', yang lain-lain pun ambillah peluang untuk bergambar dalam toilet. Takkan lah nak terpacak saja dalam toilet itu kan? Barulah urban tangkap gambar dalam toilet. 



3. Lebih privacy
Tak semua perempuan suka mengambil gambar atau dilihat mengambil gambar di depan orang ramai. Ada perempuan yang takut dicop oleh lelaki sebagai perempuan stereotype kerana suka bergambar (kebanyakan perempuan adalah gila kamera sekarang nie.. 


Mieya tak kisah kalau perempuan cam-whore, tapi Mieya kisah kalau lelaki cam-whore).  Sebab itu, cara untuk cover perbuatan itu adalah dengan menangkap gambar dalam toilet. Tiada siapa yang nampak kecuali perempuan dalam toilet dan mak cik cleaner.



4. Mudah mendapat mood dan feel
Ada sesetengah perempuan yang kalau nak bergambar, dia kena ambil mood dulu. Toilet bagaikan satu dimensi lain bagi perempuan. Dengan keadaan yang penuh dengan pencahayaan, banyak cermin dan suasana yang tenang - dan mungkin ada sedikit bunyi suara tengah meneran ketika 'menunaikan hajat' - toilet memang tempat paling sesuai untuk mendapatkan mood. haha,, Tapi kalau dapat toilet yang busuk, jangankan mood saja yang hilang, kemungkinan untuk hilang selera selepas itu juga agak tinggi.


Sekian sahaja kajian tangkap muat Mieya kali ini. Kalau ada yang terkurang, sila tambah di ruangan komen. Terima kasih :)

Jatuh cinta tidak bermakna anda dapat memilikinya


Assalamualaikum wbt kalian :)

Entri kali nie mungkin berbaur lebih jiwang daripada karatnya. Jadi, sila tinggalkan blog ini dengan cara bergolek-golek ke belog anda sekarang jika anda bukanlah seorang yang jiwang dan pemuntah tegar.


Sebabnya, entri ini berkemungkinan besar mengandungi ayat-ayat cinta yang begitu sadis dan tragis sekali. Tetapi jangan risau, ia tidaklah bahaya mana pon.


Mieya pasti, Ramai diantara korang yang pernah ter"admire" dekat seseorang secara diam-diam kan. elehhh, masih tak nak mengaku lagi pulak tuuu.  Tapi. . .



Sedarkah kalian,
Orang yang jatuh cinta diam-diam acapkali bertindak bodoh.
Bermimpi akan menjadi seseorang yang istimewa untuk seseorang yang ia cintai.
Berharap dengan segala harapan yang ia ciptakan sendiri,
dan pada akhirnya disakiti oleh harapannya sendiri.
Mencuri-curi pandang dengan mengharap seseorang itu akan melihatnya, 
namun, ketika seseorang itu melihatnya ia mengalihkan pandangan dan berpura-pura tidak pernah melihatnya.
Bahkan untuk menyapa atau berkenalan pun ia tidak mengerti bagaimana cara yang baik dan benar.
Orang yang jatuh cinta diam-diam tahu bagaimana sifat peribadi seseorang yang ia kagumi,
Meskipun ia belum pernah berbicara..
Orang yang jatuh cinta diam-diam mengisi catatan atau diarinya 
dengan menuliskan puisi, memenuhi note nya dengan tulisan-tulisan nama orang tersebut, 
atau mempunyai sebuah kotak rahsia…dimana, disitu tergambar potret-potret orang yang ia kagumi.
Orang yang jatuh cinta diam-diam seperti mata-mata 
mereka hanya akan mengikuti jalan dan alur cerita hidup orang yang ia kagumi.



Jatuh cinta secara diam-diam tak semestinya korang akan memilikinya.. Ya, memang benar sekali.. 



  • tapi kita dapat memiliki kenangan. 
Kenangan kenangan yang pernah membuat kita merasa seronok, bersemangat, menanti. Bukan ke kita memiliki kenangan dengan imej insan tersayang tu dalam kenangan kita tu. Kenangan tu pun cinta jugak.


  • kita dapat memiliki kekuatan dari cinta itu untuk teruskan hidup kita. 
Kekuatan yang sukar dijelaskan dengan kata kata. Tapi, percaya lah kekuatan itulah yang membuatkan kita akan lebih faham tentang rentak cinta kita di masa akan datang. 


  • Kita jugak mampu berubah jadi lebih baik
bila dah tak bersama, InsyaAllah kita akan still baik. Kalau bertambah baik tu lagi la bagus. Hehe.. 


Wordless Wednesday #4

Doa dipermudahkan segala urusan

My attitude has always been if you get better and you see success, that should motivate you to work even harder.


Apa tu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

Wordless Wednesday #3


Quote of the day :

"Siapa kamu pada hari ini akan menentukan siapa kamu pada hari esok"




Apa tu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

tips menulis blog di kala sibuk


Orang sibuk yang dimaksudkan adalah anda sebagai blogger dan kedua adalah pembacaKedua-duanya mempunyai satu ciri persamaan, di mana mereka sukakan benda-benda yang ringkas dan cepat.

Maka, sebagai blogger yang sibuk, korang digalakkan untuk menulis artikel yang pendek sahaja. Sebabnya, pembaca-pembaca yang sibuk akan tetap melawat blog korang pada setiap hari walaupun hanya sekadar 1-3 minit sahaja.

Selain itu, korang juga boleh mempraktikkan tips-tips seperti berikut :
Tip 1: Jika korang mempunyai artikel yang panjang, jadikan ia beberapa siri.
Tip 2:  menulis dalam bentuk point.
Tip 3: Letak gambar beserta penerangan. Pepatah mengatakan, “sekeping gambar mempunyai 1000 erti”.

Manakala, bagi blogger yang ada banyak masa pula, tidak semestinya korang perlu menulis artikel yang panjang di blog. 





Ingat ye kawan-kawan, 
walaupun korang ada banyak masa, namun para pembaca tidak semestinya banyak masa juga. Jadi, kalau boleh korang selang-selikan penulisan korang dengan artikel pendek.


Semoga para pembaca akan terus kekal setia untuk membaca tulisan-tulisan kita.
Selamat mencuba dan diharapkan tips kali nie dapat membantu korang semua :)