Sudahkah korang menikmati filem hindustan ini? Kelmarin dan semalam merupakan kali kelima Mieya mengulang mata menonton filem ini. best okey, siap hafal jalan ceritanya lagi ^,^ hehe.
Walaupun cerita ini dah lama. dah lapuk, dah lemau untuk dibahaskan. tapi, pedulikan itu semua. Mieya tak kira, hari nie Mieya nak jugak review sikit-sikit mengenai filem nie.
Filem nie mengisahkan tiga pelajar kejuruteraan, iaitu Raju, Farhan dan Rancho yang berkongsi sebuah bilik di kediaman ICE. Rancho percaya bahawa kejayaan dalam pelajaran tidak akan tercapai semata-mata dengan menghafal bahan-bahan dan definisi-definisi yang diberikan oleh buku-buku teks atau profesor, tetapi dengan memahami dan menggunakan konsep-konsep. Malangnya, pendapat Rancho disangkal oleh dekan kolejnya, iaitu Virus.
Sementara itu, Rancho jatuh cinta dengan anak perempuan Virus, iaitu Pia (Kareena Kapoor). Virus label Rancho dan kawan-kawannya sebagai "bodoh" dan cuba untuk memecahkan persahabatan Rancho dengan Farhan dan Raju. Tapi tak berhasil.
ehh, sebenarnya ada lagi cerita selanjutnya. Tapi, malas pulak nak taip panjang berjela-jela. Korang tengoklah sendiri sama ada dekat google ataupun dekat Youtube. Siyes, korang takkan menyesal punya. sebagai halwa mata menunggu detik ketibaan tahun baru kan?
Sepanjang Mieya menonton filem ini, Mieya mula berfikir banyak benda (drama queen dah mula dah)
- Mieya nak kawan baik, yang mana sentiasa berada di sisi Mieya tak kira sama ada di waktu senang mahupun di waktu sesak. Yang sentiasa menahan telinga untuk mendengar bebelan Mieya yang kurang bermanfaat. dan yang sudi meminjamkan bahu untuk Mieya mencurahkan hati dan perasaan.
Setakat nie, Mieya dah ada dua tiga orang kawan baik, yang mana sekejap timbul dan sekejap tenggelam. Entah di mana entah dia menghilang. hmmm, sebetulnya Mieya dah lama tak berjumpa dengan mereka. Maklum lah masing-masing sibuk dengan urusan duniawi dalam mencari duit untuk berjoli sakan. hikhik~
- Kalau nak cari pasangan, carilah seseorang yang boleh menerima kelebihan dan kekurangan diri kita seadanya. tak nak yang macam dalam cerita nie, dapat pakwe yang bersikap materialistik. Hilang barang berharga dah macam hilang anak. Agaknya kalau hilang isteri, macam mana pulak ye? Apakah dia akan kisah?
- belajar dengan memahami serta menggunakan konsep-konsep tertentu. dan bukannya sekadar mengerah keringat otak untuk menghafal itu dan ini semata-mata kerana menghadapi peperiksaan. Blogging pon lebih kurang macam tu jugak lah.
- belajar berdasarkan minat sendiri. Jangan paksa diri sendiri untuk mempelajari sesuatu mengikut kehendak orang lain sekiranya diri sendiri tak boleh nak catch up. Seelok-eloknya, sebelum membuat sesuatu keputusan. Berbincanglah dengan keluarga, tanya pendapat mereka dan berfikir sehabis mungkin mengenai keputusan yang telah dibuat.
Okey, mengikut pandangan Mieya sebagai juri jalanan filem ini, Mieya bagi semua bintang yang ada di dalam laci Hello Kitty. haaa.. banyak tuu. sesuai dengan cerita ini, membuatkan Mieya sekeluarga tak kering gusi dan dalam pada masa yang sama memperoleh banyak pengajaran yang dapat kita teladani dalam kehidupan seharian.
Sekian, laporan filem yang mengakhiri musim cuti sekolah pada tahun ini daripada Mieya Atiera pada frekuensi siaran 666. Semoga kita berjumpa lagi di laporan filem pada tahun yang akan datang.
wat lek wat peace wat kool :)
2 comments:
saye pown suke gile tgk cite neh,,bnyk kali ulang pown tak bosan,,
@! ❤ PINKaholicx ❤ ! ye, betul tu.
Post a Comment