Semua orang sedia maklum bahawasanya, kanak-kanak dan tabiat menabung merupakan satu perkara yang sukar untuk digabungkan. Tambahan pula, pada zaman moden dan canggih seperti sekarang nie. dengan gelang yang berwarna-warni, dengan rantai yang bermacam rupa, serta wallet yang murah-murah.
dah nama pon budak kecil separa tak matang. Biar bermacam cara yang cuba dipraktikkan semata-mata untuk menawan hati mereka agar menabung. seperti memberi ceramah agama ditambah dengan bonus kesedaran pon, mereka sukar menerimanya.
Jadi, dengan adanya kemunculan wang kertas dan wang syiling yang baru dan bermacam rupa, mungkin perkara sebegini boleh jadi kenyataan kot. Tak percaya? mehh, kita tengok rupa dan bentuk wang tersebut.
Cuba perhatikan betul-betul. betapa cantiknya keluaran wang yang baru nie kan. Mesti bebudak sekarang akan merasa sayang untuk gunakannya. Mana taknya, wang kertas pon dah macam wang saidina.
Kalau dalam permainan saidina tu, dah boleh beli macam-macam dah. beli tanah, lapangan terbang, bayar cukai, beli rumah, beli hotel.Maka, sebagai langkah awal, ibu bapa di setiap rumah perlu digalakkan untuk membeli seberapa banyak tabung. Bagi menerap budaya menabung dalam diri anak-anak sekalian.
Di usia muda sebegini lah, budaya ini harus diterapkan dalam diri mereka. Jangan mengajar mereka cara senang untuk peroleh wang. Biar mereka tahu bahawa pentingnya berusaha untuk mendapatkan wang.
Pastikan tabung yang dibeli cukup comel dan menawan beserta sedikit ugutan, sekiranya duit tabung tak penuh lagi maka tiada habuan untuk mereka.
Membuat perjanjian dengan ayat-ayat manis. Sekiranya anak-anak ini berjaya memenuhkan tabung dengan wang, maka barangan kecintaan akan dibelikan sebagai hadiah.
mudah bukan? kalau ikutkan sangat kata hati, nak tak nak je. memang payah lah nak berhasil. Terpulang kepada individu itu sendiri sama ada nak teruskan amalan mulia sebegini dalam diri generasi muda sekarang atau tidak.
Salam bertemu lagi kawan-kawan :)
2 comments:
betol2 :)
kalau dr kecik dh stat smp ke beso mest suke menabung :))
@aimie amalina ya, Mieya setuju. Nampak macam dia pernah buat je nie?
Post a Comment