Maaf kerana Mieya terpaksa menyepikan diri buat seketika. Maaf kerana dah lama
tak update belog ini sampai korang semua naik juling nak baca post yang panjang kemain. Mieya terpaksa okey.
Apalah nasib yang menimpa diri Mieya nie. Adakah diri ini yang telah ditakdirkan
untuk angkat kaki dari dunia blogging dengan membawa hati yang penuh duka lara.
Huaaaaaaaaarghh ! Terasa seperti mahu saja Mieya rembeskan semua kemarahan dan kesedihan itu. Nak nangis sambil menghentak-hentak kaki, biar bergegar satu dunia.
Perempuan. Aku dah anggap kau macam adik aku sendiri.
Kau baik-baik dengan aku, aku pon berbuat baik dengan kau.
Tapi siapa sangka, dalam diam kau tikam aku dari belakang.
Walau aku pernah menasihati kau.
Bukan sekali, bukan dua kali. Tapi, dah berkali-kali dah.
Tapi kau tetap berdegil, terlalu taksub mengejar populariti.
Sehingga kau sanggup mengkhianati hubungan erat kita nie.
Aku takde masa nak salahkan sesiapa.
Nak salahkan kau, dia, mereka, dan sesiapa sahaja.
Tapi, cukuplah sekali.
Garam yang dicampakkan ke laut pon boleh mendatangkan air masin,
inikan pula manusia?
Hmm, apalah nasib daku ini? Baru je nak menongkah arus yang deras dalam dunia blogging dengan api semangat yang membara. tup tup, api semangat itu terpadam begitu sahaja ibarat bara api yang disimbah dengan air.
Dah lah url sama dengan Mieya. Cuma mungkin url dia jauh lebih "comel" sikit kot.
Terasa macam dihiris-hiris hati nie. Pedihnya bagai tertusuk sembilu yang tajam berbisa itu.
Perempuan. Sejujurnya aku kurang faham.
Kenapa kau perlu meniru-niru aku yang tidak popular ini
Sedangkan ada ramai lagi blogger yang hebak-hebak, hot sentap belaka di luar sana.
Kenapa mesti blog cikai aku nie yang kau nak tiru?
Terasa macam nak saja Mieya bagi link url blog dia di sini, supaya semua orang
berpusu-pusu menegur beliau dengan baik. Tapi, memandangkan beliau masih lagi budak.
Umur pon hampir baya-baya dengan adik Mieya, si demokkk tuu. Terasa macam kesian pulak.
Mieya kuatkan hati nie, mencuba untuk menghantar pesanan peribadi kepada budak tuu. Dengan niat yang baik supaya beliau menukar link url belog dia secepat yang mungkin.
Tapi hampa, tak dilayan.
Ini betul-betul tak adil. Tak adil. ohh, perlu buat ape nie? perlu ke Mieya lari-lari anak
lepas tu lompat-lompat kegirangan? atau perlukah Mieya ugut dia, "kalau kau tak tukar link url belog ko, aku merajuk ! " mungkin dia tak ambik kisah. hmm. apa perlu buat nie?
Cuma Mieya nak kongsi kan sedikit pesanan khidmat masyarakat yang Mieya petik dari belog Sis Yuyu kepada semua. Mungkin ada di kalangan kalian yang terlupa atau terbuat-buat lupa.
Tak payah nak tiru bagai. tok sah menjadi orang lain. Susah nak diingati oleh orang ramai nanti. Cari identiti sendiri. Biar orang kenal kita kerana diri kita sendiri bukannya sesedap rasa menciplak hasil pemikiran orang lain. Sedangkan blogger seperti Mieya yang sedang mencari identiti diri pon merasa susah ya amat. Inikan pulak mereka yang baru mengenal apa itu dunia blogging yang sebenar-benarnya.
6 comments:
samalah kita :(
sabar la mieya.now she try to play on u, but one day someone will play on her back.smile fren n make ur blog such an awesome. ur fren know u better~
pakcik azam> ye, Mieya setuju. tampar je kan, senang.
farahana> ohhh, really?? biasa lah budak2 sekarang, memang macam tu. Nampak orang ada belog, dia pon nak jugak.
azu> okey, perhaps I can. Wish me luck and always support me from behind, guys ! Then, I will try my best to become success in future. Insyaallah.
ish sian mieya..mmg tak patut dia buat mcm tu kat mieya.. sabar ya mieya..
aischa> ye, selagi Mieya boleh bersabar, Mieya sabar. Mieya anggap ini sebagai satu cabaran bagi diri Mieya untuk terus maju ke depan.
sabo je lah ye ..
Post a Comment