Perempuan dan cermin memang tak dapat dipisahkan

Actually kan, Mieya nak tanya pendapat korang sikit. Kenapa ramai orang suka tangkap gambar dalam toilet ehhh? Mesti korang pelik bukan, kenapa Mieya bertanyakan soalan seperti nie? and mesti ada yang akan cakap, takkan lah kau tak pernah buat cik Mieya oiiitt?

Sejujurnya, Mieya dah lama tak berbuat perkara yang sedemikian rupa.

Sebenarnya kan, beberapa hari yang lepas, Mieya ada ternampak beberapa profile orang kat facebook. So, Mieya pun tengok lah satu persatu gambar 'orang' tersebut. Nasib baik lah dia tak private-kan gambar dia. Dapatlah Mieya tengok satu persatu gambar 'orang' tersebut..

Mieya akui, 'orang' tersebut memang hot gila babeng. Tapi, tetibe pulak Mieya terperasan satu benda,

"Weh, apahal lah banyak sangat gambar 'orang' nie kat dalam toilet?"
"takkan dia nie lahir dalam toilet kot."


Sebenarnya, memang ramai 'orang' yang suka tangkap gambar dalam toilet bukan? Tak percaya, cuba usha profile kawan-kawan kau kat Facebook. Mesti bersepah gambar mereka kat dalam toilet, bukan? Hampir 80% (atau lebih) 'orang' ada gambar pose dalam toilet.

Jadi, hari ini Mieya mahu berkongsi akan hasil kajian Mieya sendiri tentang sebab-sebab perempuan suka tangkap gambar dalam toilet.



1. Cermin yang besar
Perempuan, make-up dan cermin merupakan tiga elemen yang tak boleh dipisahkan sejak azali lagi. Jika dipisahkan, maka pincanglah irama dan lagu. Niat perempuan masuk ke toilet tidak semestinya ingin 'menunaikan hajat', kadang-kadang mereka masuk ke dalam toilet sebab nak membetulkan make-up. Selepas betulkan make-up, perempuan terasa diri mereka lawa ataupun "Tak pernah aku make-up se-perfect ini. Tangkap gambarlah."  


Satu lagi sebab, cermin toilet besar. Besar diniding rumah. Dekat rumah, cermin untuk make-up cuma boleh nampak muka sahaja, dekat toilet, boleh nampak sampai ke pinggang. Boleh nampak baju baru yang perempuan tu baru beli. Sebab tu cermin toilet disayangi oleh para perempuan.



2. Mengisi waktu lapang
Perempuan kalau keluar ke shopping complex, mesti keluar dengan balak ataupun kawan. Dan perempuan biasanya pergi toilet secara beramai-ramai, kecuali kalau dia keluar dengan balak lah. 


Kalau perempuan keluar secara all-girls group, walaupun seorang saja yang berniat nak membuang air kecil, semua ahli kumpulan kena masuk ke toilet bersama.  Sedang yang seorang tu sedang enak 'menunaikan hajat', yang lain-lain pun ambillah peluang untuk bergambar dalam toilet. Takkan lah nak terpacak saja dalam toilet itu kan? Barulah urban tangkap gambar dalam toilet. 



3. Lebih privacy
Tak semua perempuan suka mengambil gambar atau dilihat mengambil gambar di depan orang ramai. Ada perempuan yang takut dicop oleh lelaki sebagai perempuan stereotype kerana suka bergambar (kebanyakan perempuan adalah gila kamera sekarang nie.. 


Mieya tak kisah kalau perempuan cam-whore, tapi Mieya kisah kalau lelaki cam-whore).  Sebab itu, cara untuk cover perbuatan itu adalah dengan menangkap gambar dalam toilet. Tiada siapa yang nampak kecuali perempuan dalam toilet dan mak cik cleaner.



4. Mudah mendapat mood dan feel
Ada sesetengah perempuan yang kalau nak bergambar, dia kena ambil mood dulu. Toilet bagaikan satu dimensi lain bagi perempuan. Dengan keadaan yang penuh dengan pencahayaan, banyak cermin dan suasana yang tenang - dan mungkin ada sedikit bunyi suara tengah meneran ketika 'menunaikan hajat' - toilet memang tempat paling sesuai untuk mendapatkan mood. haha,, Tapi kalau dapat toilet yang busuk, jangankan mood saja yang hilang, kemungkinan untuk hilang selera selepas itu juga agak tinggi.


Sekian sahaja kajian tangkap muat Mieya kali ini. Kalau ada yang terkurang, sila tambah di ruangan komen. Terima kasih :)

4 comments:

Asyiqin Haulisah said...

ambik gambar depan cermin mmg *hot.

Ca Ezah said...

ca xsuka amek gmbr dlm toilet.sebab ti org kata dak ni cam jakun jek.kurang port ape..tp SOMETIMES ade RASA nak bergambar dalam toilet sebab toilet tu cantik + pengcahayaan dalam toilet yg menarik..macam bilik makeup artis gitu..haha..tapi mmg jarang sekali nak ambil pon.malu la org tgok pintu toilet kat blakang..hahaha

Unknown said...

Mieya setuju dgn pndpt korang.

Unknown said...

wahh hahaha kalau nak tahu kan,aisyah pun masa dulu2 bila keluar mesti suka amik gmbr dlm toilet sbb cermin dia tu besar la xD haish mmg tak best. tp skrg tak da =)