Showing posts with label BE. Show all posts
Showing posts with label BE. Show all posts

CPUV Ke 13 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt semua :)

Petang tadi, sesudah sahaja selesai stock check tayar di stor, Mieya me-rileks-kan diri dengan mengadap blog serta godek-godek laman web Nuffnang.. Cari apa-apa yang penting untuk terus maintain trafik blog. Rutin biasa, of course tak boleh dipinggirkan.

Alhamdulillah.. Lepas check account Nuffnang, Mieya terperasan akan kehadiran CPUV baru daripada Nuffnang. Padahal baru sahaja 3 hari lepas, Mieya dapat CPUV baru. Tuptup, kali ini dapat lagi. Syukur!


CPUV Nuffnang kali ini adalah daripada Dove Deo Amelia. Rasanya, kebanyakan blogger dah mula diperkenalkan dengan produk Dove yang terbaru, iaitu deodorant. kan?


Apa yang menariknya, kita semua boleh scroll over tetikus korang pada gambar-gambar blogger yang terpilih and then, boleh baca review dorang mengenai produk Dove Whitening nie. Bermacam-macam gaya penulisan yang ada, dan Mieya sudah pon membaca kesemua review daripada mereka. Sangat-sangat best. Wuhuuu! (nampak tak tahap ke-eksaited-an Mieya tu?)

P/S Alhamdulillah.. bersyukur dengan apa yang Mieya ada sekarang dan semoga kita semua dimurahkan rezeki oleh Allah. Aminnn !


CPUV Ke 12 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt semua :)

Alhamdulillah.. Rezeki jari jemari yang tak berapa nak runcing, ligat menari di keyboard sama ada keyboard komputer di office dan juga keyboard laptop di rumah.


Dah lama betul, CPUV baru tak datang bertandang masuk ke blog Mieya. Mungkin kerana kadar persaingan yang tinggi dalam kalangan blog. Tapi syukurlah, ada rezeki lagi di bulan Jun ini. Moga-moga, CPUV dari University Of London ini akan bertahan lama di blog Mieya ni.

Walaupun rutin blogging Mieya tidaklah serancak dahulu kala, membalas komen sampai berpuluh-puluh dalam sehari. Blogwalking dari satu blog ke blog lain sampai ke angka beratus-ratus sehari. Dah tak boleh sangat nak selincah dulu. Hanya sempat singgah ke 5-6 blog je sehari.

Maklum lah, dah terikat dengan komitmen lain kan.. yakni kerja. Haruslah pasrah dan redha bila jarang-jarang ada masa walau nak update satu entri sehari. Jikalau takde kesungguhan yang tinggi dalam diri, memang terabai lah blog ini jadinya.. huhu kesian awak, kan blog?

Walau bagaimanapun, akanku usaha lagi sedaya mungkin untuk aktif berblogging seperti dulu.


CPUV Ke 11 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt semua :)


Minggu lepas, Mieya dah cashout. Minggu ini pula.... Alhamdulillah. Dapat lagi CPUV baru yang ke sebelas bagi tahun 2013 nie.

CPUV kali ini datangnya dari KIA - What Is Project C? Wahhh! Nampaknya, mesti ramai yang masih tertanya-tanya bukan. Apakah itu Projek C? Same goes with me, masih lagi tak tahu jugak.

BTW, special thanks kepada pihak Nuffnang dan advertiser sebab sudi memberi peluang kepada blog Mieya untuk menjalankan iklan produk mereka.

Pssssttt.. : Masihkah ada masa untuk berblogwalking dan membalas jejak? Yup, still ada masa cuma line internet tak berapa nak ada. wuhuhuhu T.T


CPUV Ke 6 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^^

Tak perasan pulak bila iklan Samsung Note 2 Colours nie masuk sebagai CPUV Nuffnang yang ke 6 di blog ini. Tetiba je check pagi tadi, dah melekat lagi CPUV baru dalam blog Mieya.


Alhamdulillah.. Rezeki.. Terima kasih kepada pihak Nuffnang dan pengiklan kerana sekali lagi memilih blog Mieya untuk mengiklankan produk mereka. 



Apa-apa pun, thanks to my reader sebab sudi singgah ke blog Mieya setiap hari. And also, terima kasih Nuffnang sebab sudi bagi CPUV meskipun momentum berblogging agak kucar-kacir sikit lately. 

Insyaallah, Mieya akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan lagi prestasi di blog Mieya dari hari ke hari.


CPUV Ke 5 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Alhamdulillah. Walaupun kebelakangan ini, Mieya agak jarang mengupdate blog. Namun itu bukanlah penyebab bagi pihak Nuffnang untuk terus mengetepikan blog picisan seperti Mieya nie.

Syukur kerana pihak Nuffnang  tak jemu-jemu memberi semangat kepada blog Mieya dengan mendermakan satu CPUV baru di awal bulan April 2013 nie, iaitu Dumex Dugro Core. Macam tahu-tahu je yang Mieya nie penggemar susu tepung Dumex ketika kecik dulu.


contoh iklan Dumex dugro

Inilah yang dikatakan rezeki. Terima kasih kepada Nuffnang dan pihak advertiser Dumex di atas pemberian CPUV ke-5 ini. Nampak gayanya ada 2 CPUV campaign yang sedang berjalan tika dan saat ini. hehe

Kepada rakan-rakan blogger yang belum mendapat kunjungan balas daripada Mieya, janganlah marah ye. Mieya sedang cuba untuk berkunjung ke blog kalian secara relaks dan santai. Harap korang faham.


CPUV Ke 4 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt semua :)

Alhamdulillah.. Akhirnya ada juga CPUV baru yang melekat di blog Mieya.. Dengan penuh kesabaran Mieya tunggu tau. hehehe TQ Nuffnang sebab sudi bagi CPUV ke 4 ni untuk Mieya.

Beberapa hari ini, Mieya tak check pon akaun Nuffnang Mieya sebab merajuk mengenai permasalahan yang berlaku sebelum ni. Alhamdulillah, semuanya dah kembali seperti sedia kala. Iklan kat unit Large Rectangle pon dah kembali berfungsi. Cuma CPUV yang berjalan sebelum ni, agak slow sikit progress earningnya. Tapi takpe, sebaiknya Mieya perlu perbanyakkan bersabar. Mungkin ada hikmah di sebalik semuanya.

contoh iklan

CPUV ke 4 Untuk tahun 2013 kali ini daripada British Council UK March... Dan yang paling best, CPUV Pertama dan CPUV ketiga, masih running dalam blog picisan Mieya nie. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Harap-harap, lama lah lagi campaign nie menginap di blog Mieya. hihihi

P/S : tengah gigih nak balas jejak korang semua ni.


CPUV ke 3 dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt :)

Untuk minggu pertama di bulan baru, iaitu Mac 2013.. Ada juga yang menyelinap masuk CPUV ke 3 dari Nuffnang 2013 untuk blog Mieya ni. Alhamdulillah.

CPUV ke 3 ni datangnya dari Huggies Review Contest. Rasanya, semestinya korang semua dah lama mengenal jenama HUGGIES nie kan? Yela.. kat tv asyik dok tayang je iklan huggies nie. Mahunya tak kenal?



Huggies® ialah salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia. Ia membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huggies.com.my atau www.facebook.com/Huggies.Malaysia.




CPUV Kedua dari Nuffnang bagi Tahun 2013

Assalamualaikum wbt kepada pembaca semua :)

Jika sebelum ini dapat CPUV Nuffnang dari Suara13.com; alhamdulillah. Sekali lagi blog Mieya diberi peluang dan kepercayaan oleh pihak Nuffnang dan advertiser untuk memaparkan iklan produk mereka. Terima kasih Nuffnang !

Kali ini, dapat CPUV campaign dari Popular Feb 2013. Di mana, kedai buku Popular sedang mengadakan peraduan terutamanya khas kepada semua pemegang Baucar Buku 1 Malaysia! 



Apa yang perlu anda lakukan ialah... 


Gambar: Here are some exciting news for holders of Baucar Buku 1 Malaysia (1 Malaysia Book Voucher)! Spend RM250 worth of BB1M in any POPULAR outlets and get RM50 Gift Voucher + 1 year POPULAR Card for FREE* while those who spend RM150 worth of BB1M will get RM10 Gift Voucher + 1 year POPULAR Card FREE*!

That's not all! You can even win a chunk of RM 60,000 worth of Monthly & Grand Prizes with your BB1M! Just click on this link http://bit.ly/BB1MContest  to find out how! Share this contest to your friends & stand a chance to win additional POPULAR Gift Vouchers worth RM25!

***

Berita hangat untuk pemegang Baucar Buku 1 Malaysia! Belanjakan sebanyak RM250 BB1M di mana-mana kedai buku POPULAR dan mendapat baucar bernilai RM50 + 1-tahun Kad POPULAR PERCUMA* atau belanjakan sebanyak RM150 BB1M dan mendapat baucar bernilai RM10 + 1-tahun Kad POPULAR secara PERCUMA*

Anda juga berpeluang untuk memenangi Hadiah-Hadiah Bulanan serta Hadiah-Hadiah Utama berjumlah sebanyak RM 60,000 dengan BB1M anda! Klik pada http://bit.ly/BB1MContest untuk menyertai sekarang! 'Share'kan peraduan ini kepada rakan-rakan anda dan berpeluang untuk memenangi ekstra baucar hadiah POPULAR bernilai RM25!

Belanjakan sebanyak RM250 BB1M di mana-mana kedai buku POPULAR dan dapatkan baucar bernilai RM50 + 1-tahun Kad POPULAR PERCUMA* atau belanjakan sebanyak RM150 BB1M dan dapatkan baucar bernilai RM10 + 1-tahun Kad POPULAR secara PERCUMA*


P/S : Sayang Nuffnang ketat-ketat....dengan harapan, bagi CPUV lagi !





CPUV Pertama Nuffnang bagi Tahun 2013

Assalamualaikum wbt :)

Haaa. What's up guys..!

Setelah sekian lama menunggu...dan pernah dua tiga empat kali rasa macam give up dah nak menunggu. Tetapi akhirnya melekat juga CPUV pertama bagi tahun 2013.

Terkedek-kedek betul blog Mieya nie. Orang lain dah merasa hampir 9 ke 10 CPUV/BE untuk tahun 2013 nie. Manakala Mieya pula, dah masuk pertengahan bulan Februari baru dapat seketul BE. hahaha kesian betul !

Alhamdulillah, masih lagi mendapat kepercayaan daripada pihak Nuffnang dan advertiser. Biarpun mood blogging semakin tenggelam ke dasar laut ditambah dengan kesibukan dalam mengemas rumah yang macam sarang tikus. Akhirnya Nuffnang berbesar hati memberi CPUV terbaru.

Nak tahu apa CPUV terbaru di blog Mieya nie?


Kalau tak silap Mieya, Suara13.com merupakan sebuah laman web online yang mengandungi berita-berita berkisar politik yang berlaku dalam negara kita. Di mana menggunakan pepatah Dari rakyat Untuk rakyat sebagai tema bersesuaian dengan slogan kerajaan janji ditepati ! Maklum sahaja lah, bahang PRU 2013 kan semakin dekat terasa ! 


Dan bagi mereka yang masih berusaha mendapatkan CPUV/BE, apa kata kalau korang cuba praktikkan tips yang Mieya lakukan nie.



Nuffnang Bagi 2 CPUV Campaign Serentak !

Assalamualaikum wbt :)

Hari ini Mieya sangat sangat sangat gembira dan gembira lagi. Alhamdulillah, setelah hampir sebulan blog tidak dikunjungi iklan CPUV campaign. Setelah minggu lepas, Mieya dengan muka tak tahu malu pergi hantar tiket kepada Nuffnang bertanyakan "kenapa blog Mieya dah lama tak dapat CPUV campaign?"

Manalah tahu kalau-kalau pihak Nuffnang merajuk dengan Mieya ke apa. Dan ini antara respons daripada mereka :

Jadi, dengan penuh kesabaran Mieya teruskan aktiviti berblogging seperti biasa. Anggap seperti tiada apa-apa yang luar biasa berlaku. Update survey Nuffnang setiap minggu, pelbagaikan lagi entri-entri di blog dengan apa-apa cerita, kumpul trafik walaupun kekadang naik kekadang turun dan yang terkini, Mieya mengubahsuai pada bahagian pengisian blog Mieya supaya nampak lebih comel daripada biasa.

Alhamdulillah, akhirnya blog Mieya diberi lagi kepercayaan untuk mendapat CPUV campaign. Jika selalunya hanya satu sahaja iklan CPUV yang diberi oleh pihak Nuffnang, tapi kali ini dua CPUV diberikan kepada Mieya secara serentak. Sungguh Mieya terharu dengan Nuffnang ni. Suka bagi Mieya rasa high & best tau.

So, CPUV campaign kali nie datang dari This is A Pair Of Levi's dan Drypers Sungguh Ceria. Macam tahu-tahu je yang Mieya pernah pakai jeans Levi's dan pampers Drypers waktu kecik-kecik dulu. hikhik Terima kasih Nuffnang !



Dan di kesempatan ini, sekali lagi Mieya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana sudi bagi CPUV campaign lagi. 

Dan terima kasih juga pada pembaca sekalian yang tak jemu-jemu singgah ke sini. Jangan malu-malu untuk klik iklan CPUV Campaigns nie ye.

Terima kasih :)



Alhamdulillah, Dapat Sony Xperia Ion dari Nuffnang

Assalamualaikum wbt :)

Haaa.. Tengok tajuk je pon dah tahu kan, apa yang Mieya nak cerita kan pada kali nie? Actually, Sony Xperia Ion yang Mieya gembar-gemburkan itu cumalah Buffered Earning baru dari Nuffnang.

Okey. Pertama sekali Mieya nak ucapkan terima kasih kepada pengunjung blog Mieya Atiera yang sudi datang melawat dan keduanya, terima kasih banyak-banyak kepada pihak Nuffnang yang sudi memilih blog nie untuk bagi BE. Apalah sangat blog kecil Mieya nie jika dibandingkan dengan blog Redmummy tu kan.


Syukur. Alhamdulillah. Blog Mieya masih lagi diberi kepercayaan oleh pihak advertiser dan pihak Nuffnang untuk menyiarkan iklan produk mereka. Untuk makluman, Buffered Earning kali ini datangnya dari Sony Xperia Ion. So, sekarang ada 3 BE yang masih berjalan di blog Mieya.


Sony Xperia ion baru. Sila lah klik iklan tu (rasa macam nak bagi penampor je kalau ada orang tinggal ayat macam nie kat chatbox sebelah)

Btw, terima kasih Nuffnang kerana sudi memberi buffered earning kat Mieya! Ini yang buat Mieya makin sayang kat Nuffnang nie (ayat tak boleh blah). Lepas ni, kasi lagi BE banyak-banyak. Terima kasih sangat-sangat. Nuffnang, you're always in my heart!


Di sini, Mieya selitkan sedikit info dan maklumat lanjut sebagai rujukan tambahan: 

Camera and video
  • 12.1 megapixel camera with LED flash and Auto focus
  • Sony’s Exmor™ R for mobile CMOS sensor
  • 16x digital zoom
  • HD video recording (1080p)
  • 3D Sweep Panorama
  • Accelerated Adobe Flash Video
  • Front-facing camera (1.3 megapixel, 720p)
  • Face detection

Display
  • 4.55”, 1280 x 720 pixels 16M color TFT
  • Reality Display with Mobile BRAVIA® Engine
  • Capacitive touchscreen with on-screen QWERTY keyboard
  • Screenshot capturing
  • Pre-loaded applications
  • Google Voice Search
  • Google Talk with video chat
  • Google Mail

Networks
  • GSM EDGE 850, 900, 1800, 1900
  • UMTS HSPA+ 850, 1900, 2100
  • LTE Band IV and Band XVII

Entertainment
  • xLOUD Experience – audio filter technology from Sony
  • FM Radio with RDS
  • 3.5 mm audio jack for headphones
  • Audio playback, supported formats: MP3, 3GPP, MP4, SMF, WAV, OTA, Ogg vorbis
  • Audio recording, supported formats: 3GPP, MP4, AMR
  • 3D and motion gaming
  • Timescape with Twitter integrated
  • Xperia™ 2.0 with Facebook
  • TV launcher

Connectivity and communication
  • USB High speed 2.0 and Micro USB support
  • WiFi and WiFi Hotspot functionality
  • HDMI Support
  • DLNA Certified
  • Synchronisation via Exchange ActiveSync, Google Sync and Facebook
  • aGPS
  • WebKit web browser with Pan & zoom
  • Bluetooth technology
  • Native USB tethering
  • NFC
  • ANT+ technology

Memory
  • RAM: 1GB
  • Flash memory: 16GB eMMC
  • Expansion slot: microSD, up to 32GB

Trafik Blog Jatuh Masih Dapat BE Nuffnang

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca :)

Bulan suram bagi Blog Mieya di awal bulan September nie. Jumlah pelawat semakin berkurang dan bertambah seperti naik turun tangga gayanya. Mungkin kerana, kebanyakan pembaca blog Mieya majoritinya terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah yang bakal menduduki peperiksaan penting. Maka, purata mereka yang online adalah 20% dan selebihnya adalah mereka yang bekerjaya.

Tapi, takpe. Sebab orang kata, bukan semua follower kita adalah pembaca setia di sesebuah blog. Jadi, usaha yang berterusan itu penting dalam mendapatkan trafik yang lebih. Blogwalking, blogwalking dan beramah mesra itu penting.



Lihat sahajalah trafik di blog Mieya. Kalau selalunya, boleh mencapai 150 atau lebih pelawat sehari, tapi kini hanya bertahan setakat 100 pelawat sahaja. Alasannya, mungkin post yang kurang menarik pembaca untuk datang membaca. Tapi, takpe, Mieya akan cuba memperbaikinya di kemudian hari. Insyaallah.

Walaubagaimanapun, blog Mieya masih lagi diberi kepercayaan oleh pihak Nuffnang dengan memberikan blog ini Buffered earning yang baru (Iklan CPUV). Di manaiklan kali ini datangnya dari Karnival My3L Lifelong Learning. Thanks Nuffnang.



rupa iklan BE nie ^^

Kebelakangan ni, Mieya menjadi semakin positif. Semakin bersyukur dengan setiap yang Mieya miliki dan setiap yang berlaku. Syukur Alhamdulillah kerana semangat yang baik terus bersama Mieya. Bagi Mieya, duit bukan segalanya dalam blog tetapi keseronokan berblog.



Alhamdulillah, Nuffnang Bagi CPUV Campaign (BE)

Assalamualaikum wbt :)

Konon-konon, lepas update blog pagi tadi, Mieya nak blogwalking secara pukal dari satu blog ke blog yang lain. Niat di hati kudus lah kononnya. Tapi, apakan daya. Selalu saja niat dan perbuatan tidak bersatu padu.

Pagi tadi, Mieya masih lagi ligat membantu sang emak mengemas rumah setelah dua hari bercuti sakan dek kerana sibuk dengan kenduri kahwin abang kedua Mieya yang diadakan di Melaka. Sejurus sahaja menyidai kain di ampaian, hujan telah turun mencurah-curah dengan lebatnya membasahi bumi. Alhamdulillah, hujan nikmat.

Maka, entri kali nie semestinya lah bukan hanya dipenuhi dengan luahan hati atau keluhan Mieya sahaja. Ohh, tidak sama sekali.

Cuma Mieya nak cerita, sewaktu Mieya berblogwalking semalam. Mieya terperasan satu iklan sedang rancak menari-nari di blog Mieya nie. Dan ternyata telahan Mieya benar, Mieya telah mendapat satu lagi Buffered Earning (iklan CPUV) daripada Nuffnang.

Nie haaa.. iklannya :

Syukur alhamdulillah, blog Mieya masih lagi diberi kepercayaan oleh pihak advertiser Nuffnang untuk mempromosikan iklan mereka. Terima kasih Nuffnang sebab tak pernah kedekut nak bagi earning dekat blog nie. 

Walaupun kekadang, Mieya diakui blog ni jarang nak update dan trafik pon agak tidak menentu. Sekejap okey, sekejap tak. Semuanya bergantung pada mood. hehe




BE Nuffnang kali nie datangnya dari DiGi Prepaid T-ARA Showcase. So, kalau korang nampak iklan kpop tu kat blog Mieya nie, faham-faham je lah ye. Klik jangan tak klik. Hehehe.



Nuffnang bagi Duit Raya

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia buat blogger sekalian :)

Alhamdulillah, setelah lebih dua minggu Nuffnang tampil dengan nafas terbaru yang mana tampak lebih cool daripada kebiasaannya. Selaras dengan para penggunanya yang tanpa jemu menanti kehadiran buah tangan baru dari pihak mereka.

Ehem-ehem, Mieya lah tu antara salah seorang daripada pengguna setianya. hikhik :D

And alhamdulillah, setelah hampir tiga minggu lebih. Akhirnya pihak Nuffnang bermurah hati untuk menghadiahi sebijik Volkswagen. bhaha tak usah lah percaya sangat okey? tipu je tu ^,^

Actually, Mieya dapat duit raya dari Nuffnang bersempena dengan iklan Buffered Earning yang ditaja oleh VW Das Auto 2.0 nie. Ala.. Macam gambar kat bawah nie haaa..

So, kalau korang terserempak atau terlanggar ke hape, sambil-sambil tu klik lah sekali okey :)


Thank you Nuffnang untuk BE baru nie. Akhirnya, penantian Mieya selama ini berakhir jua dengan kehadiran BE baru sebagai peneman sementara.

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)


Rezeki Ramadhan, dapat Buffered Earning Nuffnang Lagi

Assalamualaikum wbt dan salam 11 ramadhan :)

Niat di hati dahku ingin menghupdate blog sewaktu pagi tadi. Akan tetapi, setelah menyibukkan diri sebentar dengan aktiviti duniawi, lantas fikiran yang sebelum ini melayang ke blog tersayang terus hilang dihanyut air hujan.

bhahahaa. Cakap aje lah, bijik mata telah tergoda dengan nafsu tidur "Raksasa tidur" dalam cerita Boboiboy tu. Ecehh, kantoi sudah rahsia jiwa riang Mieya sebagai kanak-kanak ribena ! hihi^^

Macam biasa, tiap kali menghupdate lappy tersayang nie, laman web Nuffnang dan juga blogger.com telah dibuka dengan kadar segera. Tujuan utamanya adalah untuk melihat berapa banyak trafik yang telah diterima oleh blog Mieya.

Jikalau trafik kurang, mesti ada yang tak kena dengan blog kita sama ada dari segi penyampaian, interaction mahupun sebab kurang promosi. Itulah antara faktor yang harus setiap blogger kaji untuk memantapkan lagi gaya penulisan dalam berblog.

Seterusnya, Mieya akan check perkembangan terkini pada bahagian earning Nuffnang. Nampaknya, Buffered Earning daripada iklan 1 Malaysia For Youth telah pun berakhir semalam dan digantikan pula dengan Buffered Earning yang baru dari Volkswagen Hari Raya 2012.
BE yang masih berjalan di sekitar blog Mieya nie

Wah, padahal puasa baru sahaja seminggu lebih. Tengok-tengok dah dapat BE untuk hari raya nanti. Kemain bersemangat lagi pihak Nuffnang nie kan nak menyambut raya awal-awal?

Tapi walau apapun, terima kasih sebab sudi menghadiahkan Mieya seketul BE untuk kali nie. Diharapkan di lain hari, bagi lah blog Mieya nie berjuta-juta lemon BE lagi. Kecik tapak tangan, besar sampai kembang semangkuk lagi hati Mieya untuk menerimanya di lain kali. hikhik

Sekian sahaja untuk entri kali nie. Salam bertemu lagi di lain entri :)


Dapat Lagi Buffered Earning dari Nuffnang

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kalian :)

Baru sahaja online pepagi ini setelah seharian semalam tak memunculkan diri di laman sesawang ini melainkan entri auto-publish semalam. Maaf, bukannya Mieya sengaja bertindak sedemikian rupa. tetapi, semua ini adalah di atas satu sebab. Yang mana, Mieya rasa
Mieya akan jelaskan di entri edisi bulan Ogos nanti.

Sememangnya entri itu adalah entri fresh dari ladang gandum yang bakal Mieya sajikan buat kalian nanti. Diharapkan kalian akan sabar menanti okey :)

Okey, berbalik kepada post title kali nie. Ternyata benar yang pihak Nuffnang telah bermurah hati dalam menaja blog Mieya dengan iklan-iklan yang hebat serta super-gempak nie.

Dan Buffered Earning kali nie adalah dari Nusmetro Arte. Terima kasih kerana sudi memilih blog Mieya :)
ini haaa.. iklan Nusmetro Arte tu.

Alhamdulillah, rezeki bersama Nuffnang semakin hari semakin melekat. Tengok, BE yang dulu pon masih melekat walaupun tiada yang berkenan untuk klik beliau. Diharapkan limpahan Buffered Earning dari Nuffnang nie bakal berterusan untuk jangka masa yang lebih lama. Mudah-mudahan. Amin~

Di kesempatan ini juga Mieya ingin mengucapkan terima kasih berjuta-juta lemon kepada pengunjung, pembaca setia, sama ada aktif atau pon tak di blog Mieya nie. Tanpa korang, nescaya, blog Mieya masih lagi berada di tampuk yang lama. Blog kanak-kanak riang ceria seperti ribena tu. hakhak

Salam ramadhan dan selamat berpuasa juga kepada semua umat Islam, walau di mana jua korang berada. Jangan lupa baca niat puasa di bulan Ramadhan nie.
P/s : Seeloknya bacalah niat untuk berpuasa sebulan terus. Ye lah, manalah tahu kalau-kalau kita terlupa nak baca niat berpuasa secara harian tu. Dah hilang nikmat pahala berpuasa kita tu.


Alhamdulillah, BE Baru Dari Nuffnang

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi kalian :)

Alhamdulillah. Rezeki Mieya di bulan ini sungguh menggalakkan. Sungguh tak disangka-sangka, kesabaran menunggu dan juga kegigihan menghupdate blog yang Mieya cuba usahakan saban hari selama ini ternyata berbaloi.

Di mana kali ini, Mieya telah mendapat suprise daripada pihak Nuffnang yang telah menghadiahkan Buffered Earning kepada Mieya. BE kali ini ditaja khas oleh Drypers Relaunch.


Dan apa yang korang sedang perhatikan sekarang nie, adalah betul belaka. Tak aci lah kalau main tipu-tipu kan? Ini merupakan BE yang keempat yang bertandang ke belog Mieya sepanjang bulan Jun ini.

So, sekarang ini keputusan semuanya terletak di tangan korang semua, iaitu pembaca setia blog Mieya. Kalau ada nampak salah satu iklan Nuffnang diatas yang berlegar-legar di blog Mieya, klik lah sekali. Tak payah klik berlebih-lebih okey?

Terima kasih di atas budi bicara kalian semua. Sekian untuk entri kali nie :)

Tips Nuffnang : Naikkan CTR Bonus CPUV

Assalamualaikum dan selamat petang semua :)

Ingat lagi dengan post Mieya yang >>ini<< Di mana Mieya ada ceritakan mengenai bintang di Nuffnang tu kan? Okey, itu sebenarnya rating yang Nuffnang bagi kat blog kita.


Adakah korang tahu bagaimana nak dapat CTR Bonus dari CPUV/BE Nuffnang yang korang dapat? Jangan lepaskan peluang sementara kempen CPUV/BE masih berjalan di blog korang.

Ke masih ada lagi di kalangan korang yang tak tahu, apakah itu CTR Bonus? Okey, biar Mieya terangkan berdasarkan jawapan dari maklum balas pihak Nuffnang.
  1. Apakah itu CTR Bonus?
  2. Bagaimanakah cara untuk mendapat CTR Bonus?
  3. Apakah itu Rating Star dan macam mana nak naikkan bilangan rating star?
  4. Apakah yang dimaksudkan dengan NA di CTR Click Per Campaign (Iklan CPC)

Macam mana nak dapat CTR tu sebanyak 0.2%? Haaa.. senang aje. Iklan-iklan Buffered Earning/CPUV nuffnang akan keluar di salah satu antara tiga tempat ads nuffnang dan kena lah dapat banyak klik

Jadi, korang jangan lupa klik iklan-iklan Nuffnang yang sedang berjalan di blog Mieya nie! Lagipun, iklan dah semakin banyak sekarang nie. Tak salah kalau saling membantu antara satu sama lain :)


Metered Earning Tertinggi yang Mieya pernah dapat

Assalamualaikum dan selamat petang semua :)

Hari ini adalah hari Isnin, hari yang lebih dikenali dengan Monday Blues disebabkan ramai yang sedang bermalas-malasan dek kerana hari persekolahan, dengan perhimpunan mingguannya, dengan tak bersemangat dan bermuka toya nak pergi bekerja.

Haiyooo ! Tak nak lah buat macam tu. Tak baik. Sepatutnya, hari-hari sebegini perlu lah dihadapi dengan hati yang penuh bersemangat, berkobar-kobar, malah lebih berkeyakinan untuk menghadapi cabaran baru.

Hari Isnin, seperti biasa, Mieya akan melihat prestasi blog budakshumort nie dari kaca mata Nuffnang. Dan seperti yang dijangkakan di minggu yang lalu, BE dari Trudy and Teddy 2012 akhirnya telah berakhir menjadi Metered Earning setelah hampir sebulan lebih bertandang di blog Mieya nie.

Alhamdulillah. Dengan berakhirnya Buffered Earning ini sekaligus telah menjadikan beliau sebagai Metered Earning yang tertinggi yang pernah Mieya dapat. Tahniah si baby yang kiut-miut kesayangan Mieya nie.


Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kemusykilan yang timbul bila BE dari Trudy & Teddy nie tamat. Lagi-lagi bila melihat bintang-bintang di Nuffnang nie sekejap banyak dan sekejap sedikit.


Nampak gayanya, lepas nie kena lah rajin-rajinkan diri untuk bertanya kepada pihak Nuffnang. Kenapa bintang di blog Mieya jadi begitu? Takpe, sedikit demi sedikit kita perlu belajar untuk mendalami ilmu Nuffnang. Manalah tahu, kalau-kalau lepas nie Nuffnang bermurah hati nak bagi BE baru lagi kan. Siapa tahu, ye dak?

HAHA. Insyaallah, kalau rezeki dengan Nuffnang masih melekat. Lagi-lagi bila musim EURO 2012 sedang hangat berlangsung. Doa-doakan lah ye :)

Akhirnya, berakhir sudah kemarau Buffered Earning

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)

Setelah hampir sebulan, blog tidak dikunjungi sebarang buah tangan daripada Nuffnang. Setelah membuat kajian sendiri mengenai sebab musabab Buffered Earning tak mahu melekat tempoh hari. Errr, maksud Mieya lebih kurang dua minggu yang lepas.

Akhirnya, terbuka hati jugak pihak Nuffnang dalam menghadiahkan seketul BE kepada blog Mieya. Alhamdulillah, akhirnya berakhir sudah musim kemarau Buffered Earning dari Nuffnang. Dan BE kali ini merupakan belas ihsan dari Shell Advance 2012.
kalau nampak iklan dari Shell, mohon klik lah ye :)
Meskipun, ada satu lagi BE yang masih lagi berjalan, iaitu iklan Trudy & Teddy 2012. Alaa, iklan baby kat atas header tu. Dah sebulan dah usia baby Mieya nie. Yang mana Mieya tatang, jaga, belai ibarat menatang minyak yang penuh tanpa tertumpah sedikit pon. huhu, panjangnya umur awak kan :)

Diharapkan dengan kehadiran BE baru nie, sedikit sebanyak dapat membakar semangat Mieya untuk terus berblogging yang semakin hari semakin kecik api semangatnya. Harap-haraplah begitu.