Hari ini adalah hari Isnin, hari yang lebih dikenali dengan Monday Blues disebabkan ramai yang sedang bermalas-malasan dek kerana hari persekolahan, dengan perhimpunan mingguannya, dengan tak bersemangat dan bermuka toya nak pergi bekerja.
Haiyooo ! Tak nak lah buat macam tu. Tak baik. Sepatutnya, hari-hari sebegini perlu lah dihadapi dengan hati yang penuh bersemangat, berkobar-kobar, malah lebih berkeyakinan untuk menghadapi cabaran baru.
Hari Isnin, seperti biasa, Mieya akan melihat prestasi blog budakshumort nie dari kaca mata Nuffnang. Dan seperti yang dijangkakan di minggu yang lalu, BE dari Trudy and Teddy 2012 akhirnya telah berakhir menjadi Metered Earning setelah hampir sebulan lebih bertandang di blog Mieya nie.
Alhamdulillah. Dengan berakhirnya Buffered Earning ini sekaligus telah menjadikan beliau sebagai Metered Earning yang tertinggi yang pernah Mieya dapat. Tahniah si baby yang kiut-miut kesayangan Mieya nie.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kemusykilan yang timbul bila BE dari Trudy & Teddy nie tamat. Lagi-lagi bila melihat bintang-bintang di Nuffnang nie sekejap banyak dan sekejap sedikit.
HAHA. Insyaallah, kalau rezeki dengan Nuffnang masih melekat. Lagi-lagi bila musim EURO 2012 sedang hangat berlangsung. Doa-doakan lah ye :)