Review : Fusion Beauty Ultraflesh Shinebox

Assalamualaikum wbt :)

Hi everyone!

Have you heard of StrawberryNET before? For your info, StrawberryNET  are one of the longest running online discount stockists of designer makeup, skincare and perfumes – including a large range of Western and Asian brands (e.g Guerlain through to Shiseido). 


Apa yang paling mengujakan lagi, tiap-tiap hari akan ada Daily Specials di mana produk yang berjenama dijual pada harga yang jauh lebih murah. And what's important is, they offer free shiping worldwide except for perfume.


Untuk pelanggan baru, korang juga boleh dapatkan Free Gift serta tambahan diskaun 10% untuk pembelian kali kedua. Memang diskaun botingkek-tingkek lah jawabnya kan?


So recently, I was contacted by StrawberryNET for a blogger collaboration opportunity to  try one of their newest products from Fusion Beauty, the Ultraflesh Shinebox*, and this is how I went! :)




On first glance you will notice that the packaging of this product is definitely unique. The Shinebox is a compact collection of a range of highlighting products that is handy and multipurpose. With four different layers, the box opens out like a fan, revealing not one but 5 different highlighting products. Fabulous! 



Ada 3 bahagian dalam box ini. Bahagian atas adalah enhance powder @ blusher , pertengahan ialah cream shimmer. Manakala bahagian bawah merupakan dua highlighter comel (mainly for the eyes).




I'm very much enjoying this Ultraflesh shinebox as the texture is great. They are highly pigmented, 
easy to blend, suits to those with fair to medium skin tones and very easy to use. The shades are really complementing the skin and give super glow/natural looking to the targeted areas.


Hasilnya, sangat natural! Warna yang sesuai untuk digayakan setiap hari and I'm fall in love with it.

The Ultra Flesh Shine Box can be purchased from StrawberryNet.com for RM106.50 (After discount)



Disclaimer: This product was sent to me by StrawberryNet for review purpose. My reviews are absolutely honest.


Tekak Nak Makan Spaghetti Bolognese Pulak

Assalamualaikum wbt :)

Tadi masa lunch, sempat lah jugak Mieya melayan kehendak anak tekak yang manja kemain terlebih hari ini. Mentang-mentang lah, hari ini last day bekerja before bercuti empat hari for Chinese New Year. 

Tetiba bukan main lagi merayu-rayu nak makan Spaghetti Bolognese dari Secret Recipe. haha Baik punya alasan. Tak pasal-pasal anak tekak yang dipersalahkan.


Macam biasa, tapau dekat rakan sekerja yang setia melayan kehendak hawa nafsu makan Mieya berdua dengan Yana. 



Total harga untuk Spaghetti Bolognese + iced lemon tea dekat Secret Recipe hanya RM17.00. Itupon sebab masih lagi dalam harga promotion. Kalau harga biasa, tak tahu lah pulak. Dari segi rasa, sangat sedap kalau dimakan panas-panas gitu. Sebab ada campuran sos yang masam-manis, tak pedas and cheesy. I loike.

Ini pun, Mieya baru sahaja lepas menyelesaikan misi membersih serta mengemas office. Tu yang lambat sikit UP entri. Apa boleh buat, Manager intai gerak-geri melalui CCTV. Baru je feeling nak enjoy sebab Manager tak datang hari ni. TSK!

Komisen Pertama Dari Ashadee

Assalamualaikum wbt dan salam berhujung minggu semua :)


Salah satu cara untuk Buat Duit dari Rumah, adalah melalui program affiliate seperti Ashadee.com. Tak perlu susah-susah nak sediakan barang untuk dijual, nak beratur di pejabat pos. Cuma perlu promote produk jualan orang lain, and jika ada yang membeli.. anda akan diberikan komisen.

Macam baru-baru ini, alhamdulillah.. Biarpun jumlah komisen yang diterima tidaklah tinggi nilainya. Tetapi, apa yang Mieya puas hati, Mieya dapat membantu insan diluar sana yang mencari info berguna mengenai kucing.

Pada awalnya mungkin kita akan berasa agak sukar nak memelihara seekor kucing. Sebab tiada pengalaman nak menjaga kucing tersebut. Tapi lama-kelamaan, bila kita dah sayang sangat dengan kucing itu, kita akan berusaha yang terbaik untuk menjaganya.

Untuk mendapatkan Panduan Lengkap Memelihara Kucing, korang boleh klik di SINI.


Jom baca entri lain :





Spontaneous Thursday 16 | Dugaan dan Kesabaran

Assalamualaikum wbt semua.

Dah lama rasanya Mieya tak mencoret satu dua entri di blog ini. Actually, bukannya takde cerita yang hendak dikongsikan. Ada. tapi banyak sangat hal yang terjadi sepanjang minggu ini sehingga mengekang masa Mieya untuk berblogwalking.

First, rakan sekerja MC pada hari Isnin dan Selasa lepas. Ditambah pula, pihak kami kekurangan kakitangan di mana ada yang outstation dan ada yang cuti bagi mengerjakan umrah. So, memang agak tension dan penat sebab terpaksa bekerja sendirian. Take over a whole thing, dari hal ofis - stor - buat order - sticker label - arrange delivery - checking items to delivered - keep updated with customer/salesman.


Second, keluarga Mieya sering terganggu dengan serangan mental dan dalaman (sihir/ilmu hitam) dari someone yang berpenyakit hati. Bukan sekali-dua, bukan baru sahaja terjadi, tapi sejak bertahun-tahun sehingga lah kini. And baru-baru ini, tidur kami seringkali terganggu (tak cukup tidur) dengan gangguan makhluk halus.

So, bagi mengelakkan gangguan yang datang secara berterusan. Setiap hari sebelum tidur, Mieya akan baca Tiga Qul, Ayat kursi dan surah Yaasin. Selain turut memasang ayat Ruqyah melalui laptop berulang-ulang kali sehingga lah ke pagi before Subuh. and alhamdulillah, tada lagi gangguan yang mendatang semasa tidur.

Cuma masalah yang lagi satu tu je yang masih lagi belum dapat dihapuskan. Takpe lah. Dugaan Allah, perbanyakkan berdoa dan bersabar. 


Apapun masalah yang kita semua hadapi, Allah tidak pernah terlambat memberikan pertolongan kepada hamba-Nya yang memerlukan. Segala apa yang berlaku kerana sesuatu sebab, meskipun kadang-kadang kita tidak mengerti sebabnya.


Senarai Hadiah Exclusive Giveaway by Mieya Atiera

Assalamualaikum...

Wah.... Nampaknya ramai yang dah ternanti-nanti kan apakah hadiah yang Mieya offer untuk followers tersayang dalam giveaway pertama Mieya nie. Ya kawan-kawan, nama giveaway telah pon Mieya reveal kat atas. Its Exclusive Giveaway by me.

Kenapa exclusive? Sebabnya ada banyak hadiah yang menanti buat para pemenang. Hohoho...! Alhamudulillah, tak sangka betapa ramainya sponsor bagi GA pertama kali ni. Jom tengok hadiah yang sungguh mengujakan ni!

SPONSOR : Joojoo Craft
  • Pillow (3 Pemenang)

SPONSOR : Sufik
  • Bantal + Keychain Name (1 Pemenang)

SPONSOR : Ernyasmien
  • T-shirt for Lady (1 Pemenang)

SPONSOR : Cik Akie
  • Shawl Glitter (1 Pemenang)

SPONSOR : Najia Irdina
  • Tudung Bawal Plain + 2 handsocks + Kawai Wire Chord (1 Pemenang)

SPONSOR : Ct Alfakishah
  • Tudung @ Brooch (3 Pemenang)

SPONSOR : Mahirah
  • Belt (1 Pemenang)

SPONSOR : Misz Nadea
  • Bookmark + Mini Calendar + Eyeliner (2 Pemenang)

SPONSOR : SL Shop
  • Kiss Beauty Fruit Lip Gloss (1 Pemenang)

SPONSOR : Humai
  • EXO ID Card (5 Pemenang)

SPONSOR : Aienn , Sharwani , Syuhada
  • Edit Blog (3 Pemenang)

SPONSOR : Sharwani , Vidolaaa , Humai , Syuhada
  • Header Blog (3 Pemenang)
  • K-pop Header (5 Pemenang)

SPONSOR : Iola , SL Shop
  • Brooch (5 Pemenang)

SPONSOR : Idah
  • Komik (1 Pemenang)

SPONSOR :  Dila Ella
  • Keychain (2 Pemenang)

SPONSOR : Kiera
  • Keychain Craft (3 Pemenang)

SPONSOR : Farahain
  • Set Clip Note (2 Pemenang)

SPONSOR : Ina Amani
  • Headband (2 Pemenang)

SPONSOR : Butik Online Official Blog
  • Diskaun 10% untuk semua peserta

SPONSOR : Jaakechik , Miss Anis , Vita
  • Cash RM20 , RM10 , RM5 (3 Pemenang)

SPONSOR : Karimah , Diey La , Nana Lee , PuanGojes
  • Topup RM10 (8 Pemenang)

SPONSOR : Raja Farah , Farzana
  • Topup RM10 (2 Pemenang)

SPONSOR : Azwar , Wafi , LeenNajib 
  • Topup RM5 (Pemenang)

SPONSOR : Baiyah , Syafiqah , Fatin , Hajar
  • Topup RM5 (8 Pemenang)

SPONSOR : Alfira Hana , Sharwani
  • Bloglist for 3 months (6 Pemenang)

SPONSOR : Sharwani
  • Review Blog (3 Pemenang)


PRIZES FROM MIEYA ATIERA







  •  Telekung Lycra X 1
  •  Dress/Blouse X 2
  •  Cosmetic bag X 1
  •  Watch X 1
  •  Trendy Cool Man Wallet X 1
  •  Fashion Earing X 3
  •  Earing + brooch X 1
  •  Love Shape Necklace X 2
  •  Rabbit Necklace X 1
  •  Fashion Necklace X 1
  •  2 pcs Shiseido mask (black) X 12
  •  Mini Packet Herbal Bath X 1
  •  Mini Mirror X 1
  •  Ribbon Hair Band X 1



  • Amacam? Teruja tak tengok senarai hadiah yang ditawarkan? Baru je nak merasa anjurkan GA sendiri. Inshaallah, jika tiada aral melintang, hari Ahad ni (12/01/2014) Giveaway ini akan berlangsung. So jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah tersebut :)


    P/S : Jangan lupa terjah dan follow semua sponsor. Support their blog and fanpage, Inshaallah hadiah akan ditambah jika penyertaan menepati sasaran :)


    Salam Maulidur Rasul 1435H

    Assalamualaikum wbt dan salam maulidur rasul kepada semua rakan pembaca :)

    Maulidur Rasul 2014 atau mengikut kalendar Islamnya, Maulidur Rasul 1435 Hijrah merupakan hari yang amat bersejarah sekali kepada umat Islam. Hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W di mana baginda Rasulullah S.A.W telah lahir pada hari Isnin 12 bulan Rabiul Awal 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.

    Tema Maulidur Rasul 2013 bersamaan tahun 1434H adalah, Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah. Masih lagi mengekalkan tema yang sama seperti di tahun lepas.



    Di kesempatan ini, Mieya sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua pengunjung yang beragama Islam. Semoga kita semua sama-sama perbanyakkan selawat atas Nabi Muhammad S.A.W ok.


    Giveaway 2014 - Teka Barang

    Assalamualaikum wbt :)

    So, today Mieya nak join Giveaway teka-tekuk Suhana Azhar. Di mana Mieya telah dijemput oleh beliau untuk ikut serta dalam contest.

    Jawapan Mieya, semestinya lah minuman oat yang paling berkhasiat ni, Hohoho Horlicks :)

    TAMAT : 15/02/2014


    CPUV Pertama Dari Nuffnang 2014

    Assalamualaikum wbt :)

    Alhamdulillah.. Permulaan yang bagus. Akhirnya, pihak advertiser memberikan CPUV Pertama Nuffnang 2014 kepada blog budakshumort.blogspot.com ini. Terima kasih kepada Taylor's College sebagai advertiser. Jom ramai-ramai ke Taylor's College. hehehe


    Ohhh yaaa...! CPUV hujung tahun lepas, masih lagi gagah berjalan di blog Mieya. Walaupon jumlah earning tidak sebanyak mana. Sebab semakin kurang menaip, blogwalking.. hehe maklum lah, busy sikit T_T Tapi kira okey lah tu. Lepas juga buat beli cekelat sekeping dua. haha

    Adakah tahun 2014 akan memberikan CPUV yang banyak kepada blog Mieya?

    InshaAllah, kalau murah rezeki. Korang pon boleh jugak dapat CPUV nie. Salah satunya, rajin-rajinlah update entri, publish dan ping pada masa yang sesuai. Lagi satu, rajin-rajinkanlah tegur menegur antara sesama blogger. (padahal, Mieya pon dah semakin jarang nak buat camtu)

    Peace ^_^


    Waktu Sesuai Cash Out Nuffnang

    Assalamualaikum dan hai semua :)

    Sorry T_T ,  tetiba je mulakan entri dengan perkataan "sorry". Sorry lah sebab selalu ada yang tanya dekat ask.fm , ruang chatbox, ruang komen, pastu siap ada yang post entri lagi dan link ke blog Mieya. Tapi Mieya tak reply. Bukan kedekut nak share knowledge. erm, tapi tak berkesempatan nak check and reply. Even nak blogwalking pon tak sempat. K.

    Tapi bagi mereka yang tanya Mieya secara direct dekat Facebook ataupun email, insyaallah Mieya balas. Sebab, dua tu je yang Mieya selalu buka pada hari-hari biasa. Kalau blog, maybe hujung minggu baru sempat nak mengadap lama-lama.

    Semenjak dua minggu lepas, fikiran dan jiwa Mieya memang fokus ke tempat kerja. Maklum lah tahun baru, manager baru. Semuanya kena control habis, nak audit bagai. Paperwork semua, Mieya handle.

    And baru-baru ni, kena check serial number bagi setiap item, baru boleh keluar order. Pergh, rasa macam nak mati je kena turun naik tangga and check one by one. Nasib lah branch kat sini company kecik je. Kalau besar, lagi dua kali ganda mati barangkali. And for your info, the life still gone on till now =.=

    So today,  Mieya nak jawab pertanyaan dari Puan Gojes berkaitan dengan Waktu yang sesuai Cash Out Earning Nuffnang. Actually, Mieya ada update entri kat sini dulu. Cuma tak berapa nak details sangat.


    Masa terbaik untuk cash out Nuffnang adalah pada hujung bulan, mostly recommended on 27 @ 28. Contohnya, Mieya cash out pada akhir bulan Ogos (27/08/2013). Proses dijalankan pada bulan September. Maka dijangkakan cek tersebut akan sampai pada awal bulan Oktober. And yes, pada 02/10/2013 Mieya sudah terima cek di rumah.


    ni cek Nuffnang cash out on 11 July :)

    Kita sedia maklum yang pihak Nuffnang mengambil masa 30 hari untuk proses kita punya cash out especially to those with Gliterratti statusManakala, untuk ahli Ordinary pula, cek Nuffnang akan mengambil masa 60 hari untuk sampai ke tangan korang.

    Contoh yang lain, Mieya pernah cash out earning Nuffnang pada awal bulan Mei 2013 & hujung bulan Mei 2013. Maka pihak Nuffnang akan hold dulu hingga akhir bulan Mei dan proses akan dijalankan pada bulan Jun. Maka Mieya akan dapat cek pada awal bulan Julai. And yes, kedua-dua cek sampai pada masa yang sama, iaitu pada 04/07/2013. So, tak guna lah cash out awal bulan sebab kena tunggu about 2 bulan juga lah juga.

    Next, cash out pada atau selepas hari Isnin pada setiap hujung bulan. Sebabnya, earning CPC (Cost-Per-Click Campaign) alaa.. senang cerita iklan yang satu klik = RM0.25 tu. Haaa.. biasanya, earning memang akan diupdate setiap hari Isnin. Tak percaya, cuba lah tengok akaun Nuffnang masing-masing hari Isnin nanti. muehehehe

    Okey, sekian sahaja laporan dan rumusan daripada Mieya. Ada apa-apa masalah yang ingin dibincangkan. Boleh lah cari Mieya dan roger pada bila-bila masa sahaja. Insyaallah, Mieya sudi membantu :)

    much love,
    Mieya Atiera



    Pencarian Sponsor Untuk First Giveaway

    Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)
    TAMAT ! 

    Macam tak percaya je yang Mieya kini sedang dalam perancangan nak anjurkan GIVEAWAY pertama khas buat rakan pembaca blog Mieya. Alhamdulillah, sekarang Mieya masih lagi dalam misi mencari hadiah yang bersesuaian.

    Giveaway ini mungkin akan berlangsung selama sebulan atau lebih. So, Mieya bercadang untuk mencari sponsor  lain bagi memeriahkan lagi senarai hadiah yang ada. Di samping, menggalakkan lagi orang lain untuk ikut serta dalam giveaway ini.


    So, bagi kalian yang berminat untuk sponsor GA Pertama Mieya nie. Jom tengok antara syarat yang Mieya tetapkan :

    • Barangan pos seperti keychainbrooch, shawl, tudungnovelkain pasangproduk, dress, blouse, t-shirt, pashminatote bag, bookmark atau apa-apa sahaja yang tergolong dalam kategori barangan pos (sila sertakan gambar hadiah *sekiranya ada)
    *sponsor harus pos sendiri hadiah kepada pemenang
    • Topup RM5 , RM10 / Duit Cash
    • Edit Blog / Header / Bloglist
    • Syarat yang mudah *hanya perlu follow blog / like fanpage
    • Sponsor mestilah jujur dan amanah
    • Ada OFFICIAL FACEBOOK / akaun email yang aktif untuk memudahkan pemenang menghubungi pihak sponsor.
    • Jika tiada sponsor? Inshaallah akan tetap BERLANGSUNG. Tapi janganlah pelik kalau hadiah sedikit sahaja.

    Haaa.. itu sahaja syarat-syaratnya. Nampak macam susah ke? Kenapa? Ini adalah untuk mengelakkan 
    FRAUD SPONSOR. Orang lain bersusah payah lengkapkan task yang diberi (buat entri, follow, like sponsor) tapi bila tiba masa nak redeem hadiah, pihak sponsor diam membisu. Its not fair okey?

    Okey, tukar kepada mood tenang balik.

    Kepada yang berminat, sila sertakan detail seperti :

    Nama Sponsor :
    Item Sponsor :
    Jumlah Pemenang : 
    Link Facebook (kalau ada) :
    Alamat email :
    Link URL Blog :

    BERMINAT NAK SPONSOR??? PM Mieya kat FB atau EMAIL sahaja Mieya pada bila-bila masa. Inshaallah, Mieya akan respons dengan kadar segera. 

    Jangan risau.. Siapa yang jadi sponsor insyaAllah follower diorang akan bertambah dan like di pages FB pon akan meningkat. Tarikh tamat pencarian pada  10/01/2014

    p/s : Senarai yang dipotong bermaksud jumlah kuota sponsor yang diperlukan sudah mencukupi.


    Coretan Di Awal Tahun 2014

    Assalamualaikum wbt :)


    Sedar tak sedar, sudah empat hari kita semua berada di tahun baru 2014. Maka, di kesempatan ini rasanya masih belum terlambat lagi bagi diri Mieya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakan pembaca.

    Awal-awal tahun ni, Mieya agak sibuk dengan hal kerja di office dengan Delivery Order yang banyak, Urusan transporter, aduan/pertanyaan daripada customer & salesman. Terpaksa melayan pelbagai kerenah dan perangai manusia sehingga sakit kepala dibuatnya kadang-kadang. Well, macam biasa lah kan bila handle kerja berdua sahaja ni.

    Buat masa sekarang ni, momentum blogging bergerak agak perlahan sedikit. But alhamdulillah... Sungguhpun demikian, Mieya masih lagi sedang merencanakan beberapa agenda dan perancangan bagi memeriahkan aktiviti blog seperti Giveaway (inshaAllah, next week will be start.) , review produk kecantikan dan kesihatan , perkongsian lebih banyak info dan maklumat yang lebih menarik.

    Sedikit perkembangan mengenai Giveaway akan datang, alhamdulillah.. setakat ini lebih 20 sponsor yang diterima meskipun ada beberapa pihak yang menarik diri atas faktor-faktor yang tidak diketahui.

    Diharapkan kepada semua sponsor Giveaway Mieya dapat memberikan kerjasama dengan baik. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan berhubung item sponsor, sila drop a feedback dengan kadar segera. Kerjasama kalian amat-amat Mieya hargai. Terima kasih :)