Coretan Di Awal Tahun 2014

Assalamualaikum wbt :)


Sedar tak sedar, sudah empat hari kita semua berada di tahun baru 2014. Maka, di kesempatan ini rasanya masih belum terlambat lagi bagi diri Mieya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakan pembaca.

Awal-awal tahun ni, Mieya agak sibuk dengan hal kerja di office dengan Delivery Order yang banyak, Urusan transporter, aduan/pertanyaan daripada customer & salesman. Terpaksa melayan pelbagai kerenah dan perangai manusia sehingga sakit kepala dibuatnya kadang-kadang. Well, macam biasa lah kan bila handle kerja berdua sahaja ni.

Buat masa sekarang ni, momentum blogging bergerak agak perlahan sedikit. But alhamdulillah... Sungguhpun demikian, Mieya masih lagi sedang merencanakan beberapa agenda dan perancangan bagi memeriahkan aktiviti blog seperti Giveaway (inshaAllah, next week will be start.) , review produk kecantikan dan kesihatan , perkongsian lebih banyak info dan maklumat yang lebih menarik.

Sedikit perkembangan mengenai Giveaway akan datang, alhamdulillah.. setakat ini lebih 20 sponsor yang diterima meskipun ada beberapa pihak yang menarik diri atas faktor-faktor yang tidak diketahui.

Diharapkan kepada semua sponsor Giveaway Mieya dapat memberikan kerjasama dengan baik. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan berhubung item sponsor, sila drop a feedback dengan kadar segera. Kerjasama kalian amat-amat Mieya hargai. Terima kasih :)


4 comments:

ezy.fia said...

slmt taon baru mieya!

nuyui a.k.a miss YUI said...

awal thun pun yui cam rasa bz skit.huhu

Mysara Ab Rahman said...

mai dh kje ni kadang2 smpi xda masa nk blogging...curik2 masa

Miss N™ said...

selamat tahun baru mieya. :)