Terima Teguran Seadanya Demi Kebaikan Bersama


Assalamualaikum wbt dan selamat berhujung minggu semua !

Setelah beberapa hari merehatkan diri dan fikiran seketika daripada dunia blog.. disebabkan dilanda ketandusan idea, tiada mood.. Di samping tekanan yang membuak-buak terhadap kerja.

Wah, kedengaran macam parah je momentum kehidupan Mieya sekarang nie kan. Sebab tu kemain liat sekali nak mengupdate blog, blogwalking serta membalas komen seperti selalu. Oppss !

Dua hari lepas, semua staff (termasuk Mieya sendiri) telah ditegur oleh pihak atasan. And that was the first time ever kami semua berkumpul di bilik meeting. Sebelum ini, mana ada meeting ke hape kat sini. Kebetulan hari itu ada beberapa staff yang tak hadir tanpa sebab.

Antara perkara yang dibincangkan ialah :

  • Attendant teruk
Di mana ada rakan sekerja yang kerapkali tak datang kerja. Sekejap datang, sekejap tak datang kerja. Tak hadir tanpa memaklumkan kepada pihak atasan mahupun bos. 

  • MC berlebih-lebihan
Bayangkan ada di kalangan rakan sekerja Mieya yang baru bekerja selama 3 bulan, tapi sehingga kini dah MC sebanyak 15 kali? Wah, kemain lagi buat company tu macam company bapak sendiri. Isu beli surat MC pon turut dibangkitkan. Alhamdulillah. So far, Mieya tak pernah MC lagi.

  • Datang lewat ke tempat kerja
hihihi.. Yang ini, memang Mieya tak dapat nak elakkan lah. Sebabnya jarak di antara Petaling Jaya ke Kampung Melayu Subang, boleh tahan jauh lah jugak. Ditambah dengan jammed di pagi hari. Kalau driver dah bangun lambat, maka Mieya pon turut terbabit sama lambat sampai ke tempat kerja. Tapi insyaallah, akan diperbaiki lagi. hehe


  • Aspek kebersihan perkakas dan peralatan kerja
Isu lama. Macam biasa lah kan, kalau tiada seorang pon yang memulakan dulu aktiviti membersih nie.. Memang sampai bila-bila pon takkan buat. 

Masa first time Mieya mula bekerja pon, Mieya dapati keybord, monitor, meja kerja Mieya berhabuk. Itu belum masuk lagi mesin-mesin pencetak. Tapi lepas ini, insyaallah kami akan membuat giliran untuk membersihkannya.

  • Layari laman sesawang pada waktu bekerja

Dan laman sesawang yang dibangkitkan ialah Youtube. Tapi Mieya tak layan pon youtube nie. Tapi rakan sekerja Mieya yang kerapkali menonton video disitu. And then, siap pakai earphone yang dibawa dari rumah.

Misal kata, kalau ada call dari customer, siapa yang nak jawab? Macam Mieya, Mieya memang jarang ada masa nak melayari internet di tempat kerja melainkan waktu rehat. Mieya hanya gunakan internet untuk YM staff dari major company di Penang dan print order listing. Itu sahaja.

  • Saling tunding jari antara satu sama lain (tiada tanggungjawab)
Memandangkan company disini merupakan anak syarikat sahaja. So, skop kerja kami takde lah banyak sangat. Buat kerja, semuanya hampir sama sahaja di kalangan staff. Sebab tu bilangan staff pon tak ramai. Setakat 10-12 orang sahaja.

Tapi bila ada staff yang tak datang. And then, pihak atasan bertanya mengenai sesuatu tugasan kepada staff lain. Tetapi masing-masing menikus lalu menunding jari ke arah staff yang tak hadir tu. So, what's you expected from the advisior? Mestilah pihak atasan terkejut. Dah itu tanggungjawab kau, tapi kau tak tau atau tak laksana kan. Pulak tu tunding jari pada orang lain lagi.

Overall, pihak atasan masih tak berpuas hati terutamanya berkaitan disiplin dan komitmen kami terhadap kerja. Isu team work dan juga penyimpanan dokuman turut dibangkitkan juga. 

Manakala Mieya tak berpuas hati bila ada staff yang tak buat kerja. Dok rileks goyang kaki sambil main game. Lantas membiarkan Mieya terkejar-kejar nak siapkan kerja itu dan ini dalam satu-satu masa. Gila betul!

Hanya mampu senyum sambil ketuk kepala je lah -.-"

Jadi sekian sahaja entri luahan hati daripada Mieya berkaitan urusan di tempat kerja. Amacam? Cukup panjang sehingga mencecah lantai tak? hahaha... Anggap sahaja sebagai entri topup beberapa hari tak memunculkan diri disini.

Peace ! Jangan marah-marah nanti kena jual ! miahahaha


7 comments:

QasehnyaRania said...

as-salam .
ya betul tu dik :)

Unknown said...

Hehe sini pun baru lepas habis meeting petang semalam :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

kbykn company hadapi mcm tu..prh juga..huhu

Umialya said...

masalah ditempat kerjakan.. cam biasa jer kt mana2, urmmmmmm..

Mummy MM said...

Setuju.. Semua tu perkara yang sering terjadi kat office and perlu diperbaiki..

Himawari Mirsada said...

owh mieya da kerja ek..bgus laa

Raz said...

semoga menjadi pekerja yg cemerlang! :)