Stress giler !

Assalamualaikum wbt semua :)

Tajuk entri bukanlah nak menggambarkan yang Mieya nak cerita pasal rasa amarah atau apa. Atau mungkin menggedik nak update tajuk entri yang sama macam Yuyu Zulaikha punya. No, bukan bukan! Tapi nak luahkan segala isi hati. hmmm

Hari ini semua kerani yang terdiri daripada 4 orang staff hadir. Tapi belum sampai ke waktu tengah hari, 2 kerani telah menghilangkan diri. Tinggallah Mieya berdua bersama akak kerani yang bakal resigned beberapa hari lagi. Kenapa hal sebegini boleh berlaku?

Baiklah. Biarlah Mieya perkenalkan dulu

  • kerani yang bakal resigned sebagai A
  • kerani B
  • kerani C

Mereka nie memang kawan dari zaman sekolah dulu. And then, terputus hubungan sebab kerani A sambung belajar. Selepas tamat belajar, kerani A mula bekerja di company tempat Mieya kerja nie. Memandangkan company nie masih baru berpindah tempat, maka semestinya lah staff pon tak mencukupi. Jadi si kerani A, ajak kawan-kawan dia (kerani B dan C) kerja bersama.

Nak dijadikan cerita, kerani A dah lama tak datang kerja. Tugasnya pulak digantikan oleh kerani B. Memandangkan beberapa hari sahaja lagi kerani A akan berhenti. So, dia ajar lah sikit-sikit kerani C pasal tugas yang dia pegang selama ni.

Disebabkan beberapa hari tak datang kerja, kerja si kerani A jadi bertambah-tambah. Staff dari company besar di Penang semua bertanyakan kerja itu dan ini kepada dia. Lalu menyebabkan dia menjadi kelam kabut. Dan sebagai jalan mudah, dia agihkan kerja dia kepada kerani B & kerani C. And Mieya pon turut tak terlepas ye.

So, timbul lah ketidakpuasan hati di kalangan kerani-kerani semua. Ya lah, masing-masing ada tugas yang tersendiri yang perlu diselesaikan hari ini juga. And lagi satu, tugas tersebut memang telah diamanahkan oleh bos kepada kerani A beberapa hari yang lepas. So, its not fair lah kan, kalau orang lain pulak yang kena buatkan kerja tu.

Dalam masa yang sama, si kerani A nie memang terkenal dengan mulut takde insurans, cakap pon main pakai lepas je. Tahu lah stress. Datang-datang kerja, semuanya meluru kepada dia. Dengan Pakcik driver minta claim, Bos Penang tanya stock checklist, staff Penang bertanya macam-macam lah.

Bila kerani yang lain semuanya tak ambil peduli sangat dengan dia sebab sibuk dengan kerja masing-masing. Dia pon mula lah mengungkit pasal

"kalau dia tak panggil kawan-kawan bekerja (kerani B & C) mungkin sampai bila-bila mereka menganggur."

"Siap cakap yang rakan-rakan sekerja dia nie ego, berlagak, tunjuk kepala dengan dia." (padahal kerja sendiri bagi kat orang lain buat)


At last, kerani B dan kerani C merajuk, terasa hati. Kalau Mieya berada kat tempat dorang pon, akan terasa jugak. Mereka berdua terus kemas barang-barang dan balik rumah. Dan tinggal lah Mieya terkontang-kanting sendirian menyiapkan semua kerja di ofis. Dari print order, photostat, check price, masukkan invois dalam envelope sampai lah kerja stok checklist (dekat 5 jam mengadap kerja nie je) dia tu.


Kerani A? Tak buat kerja pon. Dok rileks, mengadap facebook, layan youtube. And then, bila staff Penang tanya pasal Temperary Order kat dia.

Mieya lagi menjadi mangsa untuk mencarinya satu persatu di dalam fail. Mieya tolong blablabla... Mieya, dah fax blablabla.. Semuanya Mieya. Grrr.. Tahulah nak berhenti. Tapi selesaikan lah tugas yang telah diamanahkan dengan sewajarnya. Ini tidak, orang lain pula yang menjadi mangsa untuk menyelesaikan tugas dia. Hari yang paling stress buat Mieya hari ini.

P/S : Nak tengking, awak tu lebih tua dari saya. Nak melenting, karang bergaduh sampai bermasam muka. Akhirnya Mieya berdiam sambil memendam rasa.

Tak sabar nak tunggu si kerani A nie berhenti. Teringat waktu dia tak datang kerja, dunia aman, tenang dan harmoni je.. Semua kerja berjalan dengan lancar. Takde kelam-kabut. Takde terpekik terlolong macam dia tu.


9 comments:

Miss N™ said...

habis tu kerani B dan c turut berhenti jugak ke merajuk hari ni je..?

Kalau tiga2 berhenti serentak, lagi bzlah mieyakan.. :)

apepun sabar ye, dan kerani A tu tak putut ungkit2 mcm tu..

✿INA AINAA✿ said...

Atoiiii!!! ena yang baca pun naik serabut.. Ena doakan mieya tabah ye... biasalah tu, masa bekerja mesti ada pergelutan..

Mummy MM said...

Hish tak baiklah kerani A tu. Kot ya pun nak berhenti, settlekanlah dulu keja yang tertunggak tu.

Umialya said...

realiti di tempat kerja, sabar ya...

jie susanos said...

sbr ye mieya..ade hikmah tu

Unknown said...

ohhh!! mmng stress bt kje2 kerani ni..dah la kje kita pn tk hbis ..owg suruh plk menambah2 krja..pas tu owg atas plk nk cepat..hbis mcm mana
moroyan di buatnya..huhuhu
*nsib baikla kuat iman..cewaahh*

.::: Princess MOMOY :::. said...

tu diaa... siap ada jalan cerita lagi. hmm..apapun sabar lah ye dear

nurains said...

sabar sabar. Nanti kerani A tu akan dapat balasan nnya ")

hana hadi said...

huh mentang2 nak berhenti keja daah. lepas tangan macam tu je