Sibuk sana Sibuk sini

Assalamualaikum wbt korang :)

Hmmm, baru je perasan nak merilek-rileks kan diri seketika sebelum kembali ke kancah kesibukan dalam membuat persiapan hari raya nanti. Nak update blog kesayangan Mieya nie je. Tapi sayangnya, tak boleh.

Nak belek blog untuk menghupdate entri pon terkedek-kedek idea merangkak keluar dari kotak kepala. Sungguh tak membantu langsung. Akhirnya, terpaksa jugak Mieya gunakan masa bersantai bersama keluarga di ruang tamu untuk menghupdate blog.

Jangan kata, nak berblogwalking ke blog orang lain, nak tinggalkan komen pon masih lagi terkejar-kejar masa. Dan antara yang paling ketara sekali ialah bilangan unique visitor yang semakin berkurang macam naik turun anak tangga.

Tapi, nak buat macam mana kan? Kena lah pandai-pandai bahagikan masa untuk lakukan aktiviti itu dan ini. Dalam minggu ini, Mieya bersama sang adik sibuk menyiapkan gubahan hantaran kahwin for my brother.


Maklumlah, kami berdua sendiri yang telah menawarkan diri untuk menggubahnya mengikut cita rasa masing-masing. Nak hantar ke kedai? Bila difikir-fikirkan balik, membazir wang adalah. Ya lah, Cuba bayangkan

kalau gubahan untuk satu barang = RM40+
Kalau 12 barang = RM40+ x 12 = RM500

Wahhh, RM500 bukannya jumlah yang sedikit. Dan itu belum ditambah dengan jumlah perbelanjaan barang hantaran lagi. Haaa... So, korang boleh nampak kan, itu antara salah satu cara untuk menjimatkan perbelanjaan kahwin. 

Senang je, gubah sahaja hantaran kahwin ikut kreativiti sendiri. Selagi ada rupa seperti hantaran kahwin, itu sudah memadai daripada takde rupa langsung kan? hikhik


14 comments:

Athirah said...

teringat lak jari jemari salleh, dia buat bnda ni ar,hehe.. gurau je..
xpe sis, time management tu ptg n__n

Unknown said...

kalau da kreatif tuu tak pa la...heheh

Syaa A. said...

samela kite, takdek aide andd takde mase nak update blog, hurmm :(

dya nasir said...

pandainya gubah hantaran..hehe..blh buka bisnes ni.

rAIHan said...

betul2..baik buat sndiri. :)

Miss N™ said...

pandai mengubah rupanya mieya ni, xpe nanti nur nak bertunang hantar kat mieya je lah..hihihi

azievee said...

Tu la pasal buat sendiri lagi puas hati & jimat....

Unknown said...

@trah zain hihi ^^v betul tu. Itulah yg sedang Mieya usahakan sekarang nie. Perancangan masa

Unknown said...

@eimah siti Mana ada kreatif, reti sikit-sikit je :)

Unknown said...

@Syaa Amir Masa boleh dicari. tapi idea? haisy~

Unknown said...

@dyabunga Haha. Jauh lagi perjalanannya tu kak dya.

Unknown said...

@rAIHan Jimat wang disamping dapat bersantai-santai lagi.

Unknown said...

@Cik Nur huiii... boleh je :)

Unknown said...

@azievee Betul3x