Salam Nuzul Al-Quran 1433H

Assalamualaikum wbt dan salam Nuzul Al-Quran diucapkan kepada semua :)

Sedikit maklumat mengenai Nuzul Al-Quran yang Mieya perlu kongsikan bersama kalian. Nuzul al-Quran merupakan satu peristiwa di mana al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia secara sekali gus dan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Sumber dipetik dari  : Wikipedia

Sedar tak sedar, kita kini telah berada di pertengahan bulan Ramadhan. Dan semestinya, hampir semua kaum wanita sedang sibuk membuat kuih raya kan? Tak ketinggalan juga adalah Mieya bersama sang emak.

Masih lagi sibuk nak cari resepi biskut raya, masih lagi sibuk menguli tepung, masih lagi sibuk membakar biskut raya di dalam oven. Kebiasaannya, saban tahun biskut raya dah pon siap dibuat sebelum 15 Ramadhan lagi. Tapi kali nie tak.

Mieya sendiri pon tak tahu, setan mana yang terlepas dari sangkar lalu menghasut Mieya sekeluarga untuk bermalas-malasan, berlenggang-lenggang kangkung. *ewahhh* Lantas terus tak terusik langsung bahan-bahan untuk membuat kuih raya.

Maka, seharusnya menjelang lebih kurang dua minggu inilah merupakan antara saat-saat terpenting dan harus dimanfaatkan dengan betul. Mana nak siapkan barang hantaran abang Mieya, nak buat kuih raya dan juga aktiviti mengemas rumah.

Takpe, take my time. Sikit-sikit lama-lama siap jugak nanti. Biar lambat, asalkan sedap serta menepati cita rasa sendiri. lalala~ Memandai aje Mieya mencetak rompak peribahasa Melayu kita nie. heheh


8 comments:

Athirah said...

salam nuzul quran ^^

Azza Azman said...

salam nuzul quran awak...

rAIHan said...

betul,,skg nie kena start kemas sikit2..:)

Raz said...

slamat nuzul quran awk :)

Miss N™ said...

nampaknya makain hari makin bz mieya ni..

pelan2 buat ye mieya..apapun salam nuzur quran.. :)

RamRamCute said...

as salam...

Salam Nuzul Quran Mieya...

Sis ada tag awak di sini

http://bla-bla-blub-blub.blogspot.com/2012/08/special-raya-giveaway-saya-nak-hadiah.html

Unknown said...

salam ramadon...

ecah monang contest atok!!!...cikidout
http://anaknegori.blogspot.com/2012/08/keputusan-contest-sapo-nak-kad-rayo.html

Reena Sidek said...

sy pun dlm mood malas...
thn ni tak tahu lagi nak buat sendiri ke nak beli jer... hehehe