Fuuhhh..! fuuhhh..!
Ini bukannya tiup semangat angin dan juga api hati supaya Mieya terus bersemangat untuk menghupdate blog di hari mendatang. oh tidak sama sekali. Ini tiup habuk dan segala macam sawang yang melekat tebal di belog Mieya nie akibat 5 hari tak update blog.
Nak update blog dari sehari ke sehari ditunggu-tunggu, ditunda-tunda, ditahan-tahan macam menahan kentut di tangga. Bukannya apa, idea yang keluar kekadang sekadar mengacah-acah sahaja.
Tiap kali duduk menghadap laptop, sign in blog segala. Hati terkutik, bibir tersenyum
berseri-seri sebab dah tahu dah nak cerita pasal apa. Tapi lepas je tekan pada New Post, terus idea menghilang bagai disedut hampagas.
Sungguh tak membantu betul. Tengok, takde idea pun dah sampai empat perenggan dah mukadimah cerita kali nie. Padahal isinya satu pon tak cerita lagi. -.-"
Bila tibanya hari raya macam biasa, semua orang bertungkus lumus melawa sakan. Baik melawa rumah dengan memasang langsir baru, menggubah bunga baru, mengemas rumah mahupun melawa untuk diri sendiri. Bagi para remaja berjiwa muda macam kita kita nie, semestinya tangkap gambar sambil berposing sana sini dan kemudiannya upload di twitter, facebook dan juga blog.
ahaha.. gasak aje gambar dua tahun lepas ^^ |
Tapi tidak bagi Mieya. Tahun ini, Mieya sekeluarga beraya di rumah dan tidak di kampung seperti kebiasaannya. Antara sebab musababnya ialah kami bakal meraikan hari perkahwinan abang Mieya yang kedua. Insyaallah, pada minggu depan.
Maka, semestinya lah takde banyak cerita yang dapat Mieya kongsikan bersama kalian, kan? Takpe, akan Mieya usahakan juga cerita-ceritanya itu nanti. Mengenai gubahan barang hantaran yang sering Mieya perkatakan sepanjang bulan ramadhan lalu. Alhamdulillah, tinggal lagi tiga barang sahaja lagi yang belum siap ditata hias.
Maklum sahaja lah, barangan seperti buah-buahan, sirih junjung dan kuih-muih. Mana boleh dibuat sekarang, nanti tak pasal-pasal layu, busuk dan tak elok pula nanti. Sia-sia sahaja penat lelah Mieya nak buat semula yang baru.
Hmm, okey lah. Sekian sahaja entri kali nie. Nanti Mieya update lagi entri terbaru beserta gambar-gambar hantaran yang telah Mieya dan si demok hias buat tatapan mata korang. Nantikan ye~
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya AidilFitri. Maaf Zahir dan Batin.
10 comments:
Selamat Hari Raya Mieya :D
tahniah sbb akn dpt kak ipar..=)
raya cendol pn biase2 sajee..emm
hehe..raihan mmg sakan beraya..heee~
@syakirah izwanie Selamat Hari Raya :)
@elyna mirsada Terima kasih sis :)
@Cendol Sama lah dengan Mieya :)
@rAIHan Amboii. kemain lagi raya nya
selamat hari raya mieya.. cik nur lagi lama xupdate..huhuhuhu
@Cik Nur Selamat Hari Raya. Masih mencari ilham ke cik Nur :)
Post a Comment