Sibuk Raya Sibuk Persiapan Lain juga

Assalamualaikum wbt dan selamat berhujung minggu semua :)

Hari ini, genap seminggu kita semua, (seluruh umat Islam di dunia) merayakan Hari Raya Aidilfitri. Dan apa yang dapat Mieya perhatikan ialah dunia blogger masih dilanda mood raya. Dan yang paling jelas boleh dilihat ialah bloglist di bahagian sidebar blog nie.

Masih ramai lagi blogger yang tak menghupdate sebarang entri lagi. Mungkin minggu depan mood blogging mereka akan kembali normal seperti biasa agaknya. Atau mungkin ada yang merancang untuk bercuti panjang selama sebulan terus?

Wah, kemain lagi korang kan beraya sakan sampai tak sempat nak mengupdate blog walau cuma sebaris dua ayat. Cuti raya lah kata kan, jadi tak semena-mena blog pon ikut cuti jugak lah ye?

Sememangnya bila raya nie, mood nak berblogging jatuh merundum. Antara penyebab utamanya ialah kekangan masa dan juga kekeringan idea. Fikiran dah melayang pergi dengan mood raya, dengan majlis perkahwinan abang Mieya pada Sabtu depan lagi.

Semestinya makin sibuk lah Mieya nanti dengan berbagai-bagai tugasan, aktiviti dan perancangan seperti yang telah disetkan dalam kepala hotak. Antaranya :

  • Mengemas rumah, menyapu, mengemop, mencuci tandas (Perkara WAJIB)
  • Memasang langsir serta menukar cadar dan sarung bantal
  • Membungkus buah tangan untuk diberi kepada para tetamu
  • Menggubah hantaran berupa buah-buahan dan sireh junjung
  • Memberikan tacap terakhir kepada semua gubahan hantaran

Dan banyak lagi lah. Risau tak terbaca pulak korang semua kalau Mieya list kan semuanya
di entri nie. hikhik :D

So, Insyaallah. Sesibuk mana pun Mieya nanti, maybe Mieya akan curi-curi masa juga untuk menghupdate blog kesayangan Mieya nie okey?

Nantikan je lah ye. Peace yo!

Assalamualaikum wbt :)


12 comments:

iamcikmisi said...

selamat hari raya =)

btw jom join GA neh.. hdiah bnyak + menarik ! bnyak peluang tuk menang =)festyme cikmisi brpartner adkan GA.. hope sudi support @_@

http://www.coretancikmisi.com/2012/08/assalamualaikumjom-relax-sebentar_23.html

Miss N™ said...

betul tu, musim perayaan ni mood blogging tu turun mendadak..huhuhu..

cik nur belum add mieya, nanti cik nur add ye.. tunggu...cik nur byk soalan nak tnya ni..kikikikik

Unknown said...

sama la ngan cik siti....shari skali ja update entry...sbb tak dak masa nak dok depan lappy ni berjam2....huhu

Momo said...

slamat hari raya oi!!! sihat ke? hehe

Reena Sidek said...

lepas raya ni... masing23 sibuk dgn kenduri kan...

gubahan hantaran tu mieya buat untuk siapa... utk diri sendiri ke??? hehehe

nursuriani said...

huhuhu macam bibik! sama dengan saya!!

Unknown said...

@cikmisi leen Insyaallah, nanti Mieya ada masa, Mieya join oke?

Unknown said...

@Cik Nur Biasa lah tu Cik Nur.

Unknown said...

@eimah siti Lately, memang Mieya takde masa sangat. Maybe next time, lebih banyak entri yang bakal menyusul.

Unknown said...

@Momo Selamat Hari Raya. Sihat je oi.

Unknown said...

@Masz Sidek Eh, takde lah. Untuk abang Mieya.

Unknown said...

@Sue PeLik errr.. lebih kurang lah