Betul kata orang kan, bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang bersepah dengan rezeki. Cuma, semuanya hanya bergantung kepada diri kita sahaja sama ada berusaha untuk mencarinya atau melepaskan sahaja peluang yang datang setahun sekali nie.
Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Bila berada di hujung-hujung bulan ramadhan nie, rezeki Mieya sekeluarga nak cakap melimpah ruah seperti ladang gandum tu. Takde lah. tapi murah sangat rezeki keluarga Mieya.
Rezeki ada di mana-mana dan boleh didapati bila-bila masa sahaja. Cuma kita perlu berusaha untuk mendapatkannya.
Ingat lagi dengan entri Mieya yang INI di mana Mieya ada mengatakan yang Mieya kini sedang sibuk menyiapkan tempahan kuih goyang. Dan alhamdulillah, sepanjang minggu lepas inilah hasilnya...
Nie, cuma 3 per 4 sahaja daripada tempahan orang. |
Untuk makluman, ini merupakan tahun kedua Mieya sekeluarga berjual secara kecil-kecilan di rumah. Kebanyakan pembeli terdiri daripada jiran-jiran setempat mahupun saudara mara terdekat. Selalunya, tiap-tiap tahun buat untuk makan sendiri-sendiri je. huhu
5 comments:
Alhamdulilah akak , saya pun tumpang gembira! Salam ramadhan buat akak :)
tahniah ye..
semoga dimurahkan rezeki selalu..=)
ohh jual kuih goyang eh.sedap tu.bagus2 bnyk rezeki kamu ^_^
murah reseki...
sedapnya kuih goyang
Post a Comment