Jawapan Kepada Teka-Teki Kelmarin

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kalian :)

Ohh. Baru perasan, dah dua hari tak update belog. Padahal dah tanam azam dan tetapkan matlamat pada awal tahun hari itu nak jadi blogger tegar. Update belog sekali sehari walaupun tak boleh nak update 3-4 entri sehari macam Ben Ashaari tu.

Tapi, tuntas. Menjelang lebih kurang 9 hari sahaja lagi sebelum tibanya hari kemenangan buat seluruh umat Islam (Hari Raya AidilFitri) terus terkejar-kejar nak buat biskut raya, kemas rumah, rempeyek dan tidak dilupa kuih goyang sang emak yang semakin mendapat tempat di hati jiran-jiran. Alhamdulillah.

Dan seperti yang dijangka, kesibukan ini menyebabkan jiwa Mieya terus buat-buat lupa yang Mieya nie ada tanggungjawab dengan belog. 

Oh yaa, sebelum terlupa. Berkenaan dengan entri pada hari Rabu yang lepas, iaitu First Time Makan Buah Nie. Nampak gayanya, hanya seorang sahaja yang dapat meneka nama buah tersebut dengan tepat. Dan beliau ialah Herma Julianny

Rata-ratanya, ramai di kalangan kalian yang pernah makan buah tersebut tapi tak tahu ataupun terlupa nama buah tu kan? Jadi, biar Mieya jelaskan serba sedikit yang Mieya tahu mengenai buah ini. Okey?


Baiklah kawan-kawan, buah yang terdapat dalam rajah di atas ialah buah tampoi atau nama saintifiknya  Baccaurea macrocarpa. Selain itu, buah tampoi juga dikenali sebagai buah larah di Hilir Perak. Banyak ditanam di Sungai LuiHulu Langat dan di JoholNegeri Sembilan serta di Johor

Buahnya besar, dengan kulitnya yang tebal berwarna jingga dan isi yang berwarna putih. Rasanya manis-manis masam seolah-olah buah limau tangerin.

P/s : Haha.. siap bagitahu lagi macam mana rasanya kan? Mahu tak terliur korang yang membacanya? Sebab tu, Mieya update entri nie waktu malam. lalalalaa~


3 comments:

Miss N™ said...

oo..tampoi ke nama dia..
kat sini nur xpasti panggil apa, nanti nur try tnya mak..hihi

Unknown said...

@Cik Nur Yep, nama buah nie tampoi. hihi okey, kalau ada nama lain, share2 lah ye Cik Nur :)

dya nasir said...

bru tahu..sblm ni tak pernah tgk buah ni pun..hehe