Assalamualaikum wbt dan salam berhujung minggu semua :)
Mieya terpanggil untuk menyuarakan pendapat mengenai
kos upah mencantikkan blog di mana ramai di kalangan kita di luar sana yang seringkali mempertikaikan soal harga.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya, mengapa harga design sesebuah blog boleh jadi mahal, malah ada yang mencecah harga sehingga beratus-ratus ringgit for the full template. Logik ke harga tersebut dengan hasil yang kita akan dapat nanti?
Macam Mieya sendiri,
Mieya juga turut menggunakan khidmat designer blog bagi menyerikan blog ini.
Harga yang dikenakan adalah sebanyak RM100 dan bagi Mieya sangat berbaloi lah jugak untuk digunakan dalam tempoh beberapa tahun ni. Kenapa Mieya beranggapan begitu?
Antara sebabnya:
Design ini meliputi ruangan header, homepage, footer, content dan sebagainya. Pereka juga perlu edit gambar yang perlu diletakkan di dalam blog. Proses untuk design biasanya ambil masa 2-3 hari dan ia juga bergantung pada bahan yang diberikan oleh pelanggan.
Mieya tahu, untuk menghasilkan design yang unik serta menepati citarasa pelanggan bukanlah satu perkara yang mudah. Contoh terdekatnya, Mieya lah.. Bagi sesiapa yang pernah bekerjasama dengan Mieya, semestinya akan tahu bagaimana cerewetnya Mieya lagi-lagi soal design.
Ya lah, Mieya memang buta AI, buta photoshop (Pernah belajar dulu, dan pernah mencuba. Tapi oleh sebab tiada seni dan peralatan yang mencukupi. Mieya give up untuk teruskan.) Walaubagaimanapun apa bentuk design yang Mieya ingin tukarkan, Mieya cuma lakarkan dekat kertas A4 dan diberikan kepada pereka. Dan alhamdulillah, Mieya sungguh berpuas hati.
Selain design layout, tahap kesukaran kod sesebuah blog juga menentukan harga design blog tersebut.
Macam Mieya sendiri, Mieya inginkan fungsi tambahan seperti banner dan juga menu tab. Di samping itu, Mieya masih mahu mengekalkan gadget-gadget lain seperti shoutbox dan juga coding Nuffnang.
Mieya sendiri pon seringkali mengubah kod blog ini bergantung kepada citarasa yang sering berubah-ubah.
Nak menaip sendiri code bukannya mudah. Kadang-kadang jadi, kadang-kadanmg tak menjadi.
Untuk menyiapkan sebuah design blog ia akan mengambil masa lebih kurang 1 minggu atau mungkin lebih dan ia juga bergantung kepada bahan yang disediakan oleh pelanggan. Bahan ini adalah gambar dan maklumat yang ingin dimasukan di dalam laman web. Macam Mieya, pereka ambil masa kurang daripada seminggu je. Dalam 3-4 hari gitu dah siap.
Semakin berpengalaman seseorang pereka blog tu, semakin mahal perkhidmatan yang ditawarkan. Sebabnya, pereka yang berpengalaman amat mementingkan kualiti design blog yang dihasilkan dan akan berikan yang terbaik kepada pelanggan mereka. Mereka tahu apa yang kita inginkan dan menjadikannya lebih menarik dan unik.
Kesimpulannya, untuk menghasilkan design sesebuah blog bukanlah satu kerja yang mudah. Kalau tak percaya, pergi try buat sendiri. Mieya sendiri pon pernah cuba buat, tapi hasilnya langsung tak meng'
impress'kan diri sendiri. Nak buat header transparent pon dah lupa caranya semua instead makan masa yang lama untuk disiapkan.
Rasanya tak perlu kot nak melatah jikalau bayaran yang dicas adalah berpuluh-puluh ringgit sehingga mencecah RM100. Fikirkan dulu macam mana susahnya pereka mencari
idea untuk menyerlahkan kreativiti mereka, masa yang diluangkan, nak layan ragam dan kerenah manusia serta pengalaman pereka laman web tersebut.