Tukar Kad Pengenalan Baru Di UTC Pudu Sentral

Assalamualaikum wbt :)

Agak lama rasanya, Mieya tak mencoret sebaris dua ayat di sini. Bukan apa, agak busy dengan urusan dunia kebelakangan ini. Kalau ada di kalangan kalian yang mengikuti Instagram Mieya, rata-ratanya mesti tahu apa yang sedang Mieya sibukkan sejak dua menjak ini.

Maka pada hari Selasa yang lepas, Mieya berkesempatan ke UTC Kuala Lumpur untuk memperbaharui kad pengenalan yang telah rosak cipnya. Kekadang boleh dibaca dan kekadang tak boleh. Bagi tak nak merumitkan keadaan di masa akan datang, Mieya renew juga lah.


Kebetulan hari itu, memang ramai orang dengan segala jenis urusan JPN seperti Kad Pengenalan, Kelahiran, Kematian, Anak Angkat, Perkahwinan & Penceraian atau bahagian permohonan kewarganegaraan. 

So, Mieya ambil nombor giliran kemudian tunggu giliran. Dalam 80 orang macam tu untuk sampai ke nombor giliran Mieya mengambil masa kira-kira sejam lebih juga lah.. tapi alhamdulillah urusan di kaunter sekejap sahaja. Tunjukkan MyKad lama dan bagitahu apa masalah yang korang hadapi.

Macam Mieya, tukar kad sebab masalah cip rosak dan tak boleh dibaca, bayaran sebanyak RM10 dikenakan. Nanti dia akan bagi resit, tunggu nama dipanggil untuk tangkap gambar.dah habis tangkap gambar.. settle la.. esoknya datang semula bersama resit tersebut untuk collect MyKad baru.



Sedikit maklumat mengenai UTC :

  • UTC merupakan pusat sehenti yang diperkenalkan kerajaan bagi memudahkan masyarakat bandar mendapatkan akses kepada keperluan yang disediakan oleh agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan di bawah satu bumbung melalui Program Transformasi Bandar.
  • UTC Kuala Lumpur mula di lancarkan pada 22 September 2012.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bangunan Pudu Sentral yang dulunya Hentian Puduraya akan dikenali sebagai Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur (UTC KL).
  • Menerusi pengenalan UTC KL itu, warga kota kini boleh membuat pelbagai urusan seperti pembayaran zakat , cukai , urusan MyKad, pasport dan beriadah sama ada wall climbing, senaman aerobik mahu pun futsal.
  • Perdana Menteri turut melancarkan Kedai Buku 1Malaysia yang pertama di negara ini iaitu terletak di tingkat satu bangunan tersebut.
  • Ia merupakan UTC kedua selepas UTC pertama diwujudkan di Jalan Hang Tuah, Melaka.

2 comments:

Mia Liana said...

senang kan.. dah ada UTC ni...

p/s: Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #8. Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/09/senarai-url-blog-8.html

aiman mania said...

wahhhhhhhhhh.....makin mudah lah sapa dekat dgn UTC KL tuh.....nak berurusan pon mudah dn bole dibuat sekaligus jeeee