Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Pengalaman 4 Tahun Blogging

Assalamualaikum :)

Tahu tak hari ini 29 October 2014 merupakan 4 tahun pembabitan Mieya dalam dunia blogging? Ya, betul tu.
Serius rasa macam tak percaya, rupa-rupanya dah 4 tahun blog Mieya ni wujud. Mula berblog sejak zaman sekolah Form 4 sehingga lah ke hari ini. Walaupun tahun ni Mieya tidak lah seagresif mana dalam mengemaskini blog seperti dulu.

Tapi apa yang Mieya perasan... Sejak ada blog, Mieya semakin jadi orang. Kalau dulu malu-malu kucing, tak berani berhadapan dengan orang apatah lagi nak mengeluarkan suara. Pergi kenduri rumah jiran pun, selalu sorok-sorok belakang emak. Selalu murung, rimas nak duduk di tengah-tengah orang ramai. Tapi duduk dalam bilik, dengar lagu, online facebook, blog and youtube, tak ada pulak rasa bosan. Tak faham dengan diri sendiri.

Tapi alhamdulillah... Seiring dengan peredaran masa, merantau berseorangan ke negeri orang, seterusnya membuat keputusan untuk bekerja dan teruskan ativiti blogingg.. Kedua-duanya ini telah membantu Mieya untuk lebih berkeyakinan, berani mencuba serta merebut segala peluang yang terhidang di depan mata.

Dulu masa tak ada blog dan kerjaya tetap, tahap malu tu memang teruk sangat. Tapi rasanya bukan malu, tapi sebab tiada keyakinan diri. Antara puncanya ialah kejadian accident di waktu kecil dulu betul-betul meragut perasaan yakin diri. Trauma dan kesan parut accident telah mengganggu ketenteraman jiwa. Sampai ke tahap nak order makanan di McDonald, siap hafal skrip sambil beratur. "Saya nak order 2set McChicken tapi kentang nak satu sahaja." T.T

Sejak ada blog, Mieya punya hobi baru. Dulu hobi membaca novel, siap tulis dalam buku biodata. Padahal koleksi novel cuma ada 23 sahaja. Selalu lepas baca novel, terus tulis entri review novel dekat blog. Itupun lagi 5 buah novel tak sempat nak baca. Busy kemain dengan rutin peribadi.

Sekarang hobi apa? Baca blog, dan berkebun. Alaaaa kebun kecil-kecilan dalam pasu depan rumah je. Bila bosan, cari lah ketenangan dengan melihat kebun dalam pasu kita. Sejak ada blog juga saya jadi rajin membaca. Bertambah ilmu. Hari-hari datang awal ke office, baca blog orang.

Sejak ada blog, Mieya banyak belajar benda baru. Kalau dulu tak suka tangkap gambar, tapi bila client minta review sesuatu produk.. Automatik jadi suka tangkap gambar. Ya lah, orang dah letak kepercayaan kepada kita. Takkan nak buat kerja carca marba kan? Kita pon study pasal produk tu, hasilkan review yang menarik untuk client.

Maka 2-3 hari yang lepas, Mieya mengambil masa sikit untuk menyemak kembali entri yang pernah Mieya tulis sejak zaman tak ada domain lagi. Tersenyum sendiri Mieya membaca entri yang kebanyakannya syok sendiri. Habis segala benda Mieya nak jadikan entri, sampaikan kisah cinta rakan sekelas pon Mieya nak jadikan isu. Hihihi

Niche penulisan pun bercampur aduk, tak ada apa-apa yang spesifik. Kisah artis pon ada masuk jugak. Ya lah, masa tu Mieya belum berjumpa dengan identiti sendiri. Jadi, entri-entri seperti itu telah pun Mieya padam atu demi satu. Malu lah i olls tulis entri entah apa-apa.

Sekarang, Mieya agak kurang fokus pada penulisan entri di blog ni. Banyak idea yang nak dirungkaikan, tapi seringkali tertangguh tanpa jawapan. Insha'Allah, Mieya punya azam dan keinginan untuk kembali aktif seperti dulu. Hanya perlu menyelesaikan beberapa urusan penting dalam beberapa bulan ini yang masih tertangguh.


Ohh ya, Mieya kini sedang mencuba-cuba merangkak ke bidang bisnes supplemen kesihatan dan kecantikan. Kiranya macam reborn pulak, yang lama digantikan yang baru. Dari non-active kini semakin menjadi-jadi aktif. Buat masa ini tumpuan dan fokus lebih kepada blogshop @MAbeauty_Official

Terima kasih sudi baca blog kecil ini. Teruskan sokongan anda dengan menghadirkan diri di sini walaupun tiada hidangan lazat yang disajikan. Insha'Allah Mieya akan kembali menulis seperti dulu, menulis ikut suka.


Tukar Kad Pengenalan Baru Di UTC Pudu Sentral

Assalamualaikum wbt :)

Agak lama rasanya, Mieya tak mencoret sebaris dua ayat di sini. Bukan apa, agak busy dengan urusan dunia kebelakangan ini. Kalau ada di kalangan kalian yang mengikuti Instagram Mieya, rata-ratanya mesti tahu apa yang sedang Mieya sibukkan sejak dua menjak ini.

Maka pada hari Selasa yang lepas, Mieya berkesempatan ke UTC Kuala Lumpur untuk memperbaharui kad pengenalan yang telah rosak cipnya. Kekadang boleh dibaca dan kekadang tak boleh. Bagi tak nak merumitkan keadaan di masa akan datang, Mieya renew juga lah.


Kebetulan hari itu, memang ramai orang dengan segala jenis urusan JPN seperti Kad Pengenalan, Kelahiran, Kematian, Anak Angkat, Perkahwinan & Penceraian atau bahagian permohonan kewarganegaraan. 

So, Mieya ambil nombor giliran kemudian tunggu giliran. Dalam 80 orang macam tu untuk sampai ke nombor giliran Mieya mengambil masa kira-kira sejam lebih juga lah.. tapi alhamdulillah urusan di kaunter sekejap sahaja. Tunjukkan MyKad lama dan bagitahu apa masalah yang korang hadapi.

Macam Mieya, tukar kad sebab masalah cip rosak dan tak boleh dibaca, bayaran sebanyak RM10 dikenakan. Nanti dia akan bagi resit, tunggu nama dipanggil untuk tangkap gambar.dah habis tangkap gambar.. settle la.. esoknya datang semula bersama resit tersebut untuk collect MyKad baru.



Sedikit maklumat mengenai UTC :

  • UTC merupakan pusat sehenti yang diperkenalkan kerajaan bagi memudahkan masyarakat bandar mendapatkan akses kepada keperluan yang disediakan oleh agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan di bawah satu bumbung melalui Program Transformasi Bandar.
  • UTC Kuala Lumpur mula di lancarkan pada 22 September 2012.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bangunan Pudu Sentral yang dulunya Hentian Puduraya akan dikenali sebagai Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur (UTC KL).
  • Menerusi pengenalan UTC KL itu, warga kota kini boleh membuat pelbagai urusan seperti pembayaran zakat , cukai , urusan MyKad, pasport dan beriadah sama ada wall climbing, senaman aerobik mahu pun futsal.
  • Perdana Menteri turut melancarkan Kedai Buku 1Malaysia yang pertama di negara ini iaitu terletak di tingkat satu bangunan tersebut.
  • Ia merupakan UTC kedua selepas UTC pertama diwujudkan di Jalan Hang Tuah, Melaka.

Bertukar Ke Domain Dot Com

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah.. Salah satu daripada wishlist Mieya pada tahun 2014 ini telahpun tercapai. Kalau korang semua perasan, tiada lagi perkataan 'blogspot' dekat url blog Mieya sekarang.  Sebabnya, Mieya kini sudah mempunyai domain name sendiri, iaitu www.mieyaatiera.com

Kalau dulu URL blog Mieya agak pelik dan susah untuk dihafal tapi sekarang tidak lagi. Simple dan ringkas, kan? 
Yang mana nak tahu macam mana caranya nak bertukar ke domain dot com ni, diharapkan dapat bersabar ye. Nanti Mieya share dekat entri lain pulak. 

Sangat-sangat senang kalau tahu caranya. Makan masa 2-3 jam jugak lah bagi seorang newbie macam Mieya ni nak transfer dari blogspot ke dotcom ni. Kira okey la kan? Tak ada lah lama sangat pon.

Now, ada banyak benda yang perlu Mieya check dengan teliti. Nak setting balik mana-mana yang patut. Bab Nuffnang punya unit iklan sudah settle tadi, cuma perlu fokus lebih pada coding blog pula lepas ni. Bloglist pon dah 'zero' pulak tu ! 

Dengan bertukarnya ke domain dot com ni, maka segala-galanya Mieya perlu mulakan semula daripada awal. Baik dari segi penulisan mahupun pengisian blog itu sendiri. Dari segi Google Rank dan Alexa rank pula, nampaknya Mieya perlu berusaha dengan lebih gigih lagi dalam membina backlink.

InshaAllah, minggu ini Mieya nak buat segmen pencarian bloglist baru beserta hadiah menarik menanti pemenang bertuah.

P/S : Kepada rakan-rakan blogger yang ada masukkan blog Mieya ke dalam bloglist anda, mohon anda masukkan kembali url www.mieyaatiera.com . Jika guna url lama tu mungkin entri terbaru disini tak akan update di blog list anda. Terima kasih. 

CIMB Clicks : TAC Number Kena Sekat

Assalamualaikum wbt

Kali ini, Mieya nak bercerita  tentang perkhidmatan perbankan online. Perkhidmatan online banking kini semakin hari semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna di Malaysia.

Bagi mereka yang sudah bekerja dan bekerjaya semestinya sudah biasa menggunakan sistem perbankan online ni kan. Sebabnya ia memudahkan kita untuk bayar bil-bil, topup, transfer duit kepada keluarga dan yang paling penting sangat menjimatkan masa bagi mereka yang kaki shopping barangan online ni. Just like me :)

Mieya selaku pengguna tegar Bank CIMB, memang dah biasa guna sistem perbankan online CiMB Clicks. But unfortunately, baru-baru ini Mieya menghadapi sedikit masalah untuk menjalankan aktiviti transaksi wang ke akaun lain.

Di mana setiap kali Mieya ingin melakukan transaksi, kebiasaannya akan keluar arahan yang memerlukan Mieya untuk Request TAC number ke smartphone. Namun kali ini, button request tu langsung tak keluar. Tetapi Mieya disuruh untuk re-login and change TAC method. I guess nombor TAC Mieya telah disekat.

So, Mieya dengan rasa curious terus Logout dan Login semula ke akaun CIMB Click Mieya. Kemudian mencuba sekali lagi untuk melakukan transaksi ke akaun lain. Tapi hampa, keputusannya tetap sama.

Maka, Mieya mengambil keputusan untuk menghubungi CIMB Customer Care Hotline bagi mendapatkan bantuan selanjutnya. Dan alhamdulillah, its work ! 

Now, Mieya nak berkongsi tips bagi korang yang mungkin menghadapi kesukaran atau masalah serupa seperti Mieya :


Button ini lah yang hilang tu.

  • Hubungi 1300-880-900, dengar dan ikut arahan yang diberikan oleh operator. Tekan nombor ikut option yang disediakan dan pilih untuk bercakap dengan pegawai perkhidmatan, masukkan nombor ic diikuti dengan # (lebih kurang macam tu la)
  • Kemudian tunggu panggilan anda disambungkan kepada pegawai yang bertugas.
  • Nyatakan permasalahan anda. Contoh : 

Selamat petang. Saya nak buat transaksi online ke akaun bank lain, tapi urusan tersebut tak berjaya. Perkataan Request TAC Number tak keluar, cuma ia asyik suruh re-login and change TAC method. Boleh bantu saya?

  • Nanti korang akan diminta untuk memberikan nombor kad pengenalan, nama penuh pemegang akaun, dan nama penuh ibu/bapa. (soalan yang sama macam apa yang korang tulis masa isi borang daftar akaun dulu)
  • And then, korang akan diminta untuk login semula akaun CiMB Clicks menggunakan Internet Explorer. Kalau masih gagal untuk login atau kena tunggu lagi 5 minit, just inform mereka. Nanti pihak mereka akan tolong reset semula akaun anda.
  • Selepas berjaya masuk ke akaun CiMB Clicks korang, sila lakukan apa-apa transaksi seperti topup. Tengok sama ada button Request TAC sudah kembali atau tak. Kalau ada, maknanya urusan korang dah berjaya.


Thats all. Mudah sahaja kan? Diharapkan tips mudah ini dapat membantu anda daripada rasa emosi yang melampau dan tertanya-tanya kenapa akaun perbankan online tak berfungsi seperti sedia kala.

Mieya bukan orang dalam CiMB ya, cuma sekadar pengguna tegar bank online CiMB Clicks sahaja. Savings semua simpan dekat bank lain. muehehe :P