Sepanjang minggu lepas, Mieya ada buat perubahan sedikit untuk blog ini selepas puas membelek,
try and error coding template blog serta menambah baik kedudukan widget di side bar blog. Ternyata perubahan itu telah siap dan hasilnya adalah seperti ini...
Dulu :
Terkini :
Mieya rasakan ruangan Kategori & Resepi agak kurang diperkatakan di blog ini. So, Mieya gantikannya
dengan ruangan Advertorial. So, ini memudahkan sesiapa yang berminat nak beriklan di blog Mieya ni.
Second, penukaran susun atur widget Search This blog di bahagian side bar ke bahagian bawah header.
Hal ini bagi memudahkan carian ke entri-entri lama blog ini sekaligus meningkatkan jumlah pageviews.
Third, Mieya ubah jenis dan saiz font pada bahagian Title Post yang selalu sangat melebihi ruang layout
yang sedia ada. Actually, punca utamanya ialah Mieya sendiri, suka sangat tulis tajuk entri panjang-panjang. hehehe
Forth, Mieya buang background bunga-bunga pada bahagian Title side bar blog sebabnya ia
menggunakan ruang yang banyak. Seboleh-bolehnya, Mieya nak menyeimbangkan kedua-dua ruang main blog
dan side bar. Biar pengisian entri lebih berbanding pengisian side bar. So, tak perlu lah korang nak scroll
down lama-lama sangat.
Widget Like Me , Follow Me! mengandungi button Like Fanpage Mieya dan button Follow Instagram @mieyaatiera. Di atasnya pula Mieya masukkan widget Social Network. Seterusnya, Mieya letakkan widget
Top Post supaya pengunjung dapat melihat entri mana yang menjadi tumpuan ramai di blog ni.
Ruangan side bar blog diserikan lagi dengan penggunaan tabber widget yang menggabungkan Labels, Blog Archive,
Blog List dan Kartikel. Manakala di bawahnya, Mieya paparkan site info alexa dan page rank google.
Okey, jangan tengok lama-lama dekat situ. Ranking jatuh lagi (kecewa)
Nampaknya setakat ini hanya widget-widget ini sahaja yang penting bagi Mieya dan perlu dikekalkan. Berat
dan masa loading blog pon tak ada lah lambat sangat.
Diharapkan kalian semua suka dengan perubahan ini di mana lebih tersusun, selesa, dan tak terlalu
berat mata memandang. ihiks!
1 comments:
cantik dan kemas...
Post a Comment