Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Semenjak dua menjak nie, Mieya menjadi tukang tulis surat cinta bagi pihak keluarga untuk diserahkan kepada pihak sekolah. Lagi-lagi bila Mieya atau adik, tidak dapat hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu.

Baiklah. Jadi hari nie.. Mieya nak kongsikan contoh surat yang selalu Mieya buat.

Muhamad Kamarul Bin Ahmad
Blok A-13 ,Taman Medan Cahaya,
46000 Petaling Jaya,
Selangor.
___________________________________________
Guru Tingkatan 1 Amanah
Sek. Men. Keb. Taman Medan
KM 12, Jalan Klang Lama,
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.                               28/07/2012

Tuan/ Puan,

PER: TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk pernyataan diatas , saya Ahmad Bin Latif waris penjaga Muhamad Kamarul B. Ahmad ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada 20/01/2011 .

2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan mengalami demam yang bermula 19/01/2011 setelah pulang dari sekolah.

3. Saya telah membawa anak jagaan saya untuk dirawat pada malam 20/01/2011 berikutan demam yang berlanjutan. Dengan itu, saya sertakan sekali sijil cuti sakit yang diberikan doktor bagi membolehkan anak saya bercuti sehari.

Saya ingin meminta maaf diatas kejadian dan berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan surat ini.
Sekian terima kasih.

Yang Benar,

(Ahmad Bin Latif)


Kenapa Perempuan Tergila-gilakan Artis Korea?

Assalamualaikum dan hai semua :)

Actually, kali ni topik kita menjurus kepada suatu persoalan terhadap kaum perempuan khususnya.

Kenapa perempuan minat pada mamat korea?? Ada apa dengan mamat Korea?? Apa yang lebihnya mamat Korea ni berbanding dengan mamat-mamat di Malaysia? Tak cukup sifat ke apa mamat-mamat di Malaysia ni berbanding dengan mamat-mamat Korea tu.

Bukan apa, kalau korang perasan, dah macam-macam perkara berhubung dengan Korea telah menjajah negara kita secara halus. Misalnya, mudah saje. Filem, drama bersiri dan yang paling jelas artis berkumpulan lelaki Korea yang stok-stok macam Shine, Super Junior, Bigbang, 2PM dan Beast. hahaha.

Kenapa la korang wahai kaum perempuan dok terkejar-kejar, terngigau-ngigau, termimpi-mimpi dan tergedik-gedik ngan mamat-mamat Korea ni semua? Hensem sangat ke dorang tu? Kemas sangat ke dorang? Romantik sangat ke dorang sampai kau orang angau habisss?.


Kalau dalam filem dan drama bersiri Korea, mesti la pelakon stok kacak-kacak dan cantik-cantik kan. Kalau muka macam pakcik / makcik jual air jambu dengan pisang goreng kat tepi jalan sape pulak nak tengok kan. Kau orang pon tak tergoda punya lah.

Masalahnye, siap hafal tuw dialog-dialog lakonan diorang. Tau saje mana-mana bahagian tertentu semua. Entah berapa kali lah kau orang dok ulang cerita yang sama. Pastu pulak kalau drama bersiri, paling koman pon ada dalam 20 episod. Setiap 1 episod panjangnya ada la dalam 45 minit. Sanggup tu tahan mata dok tengok drama ni berjam-jam. Sehari pon boleh habis lah semua episod kot. Punya lah gila. Lagi baik lah tengok Jejak Rasul ke dokumentari mengenai geografi ke apa. Ada jugak faedahnya.


Pastu pulak, ada jugak yang menggilai geng-geng cam N’Sync di Korea. Macam-macam kumpulan ada di Korea. Muka macam biasa, stok-stok ala-ala jambu gitu. That’s why perempuan kita sangat suka. Bab-bab yang menyanyi sambil menari tu bukan main lagi. Siap hafal step lagi tu. Menari ramai-ramai. Ikut sangat lah kejadah luar tu. Tak ada faedahnya pon. Buang masa buang tenaga je pon.

Malu pon lagi satu hal bila orang-orang tua tengok, ape kejadah bebudak ni tergedik-gedik, tergonjeng-gonjeng kat tepi jalan. Pelancong yang datang pon tengok dok gelak je dorang dengan aksi dorang yang tak berotak! Tidak ke makin teruk pengaruh dibawa dari Korea ni. Minat melampau ni sampai mengaibkan diri sendiri, keluarga dan Negara kita sendiri. Suka-suka jugak, tengok-tengok jugak tapi jangan la sampai melampau pulak. Bukan dapat apa-apa pon. Lagi la jangan harap nak jumpa atau ngorat ngan mamat-mamat Korea ni. Harapan lah semua tu. Kembali lah kepada alam nyata.

pujuk-memujuk

memujuk dann dipujuk. yaa, dua istilah ini lah yang aku PALING PALING PALING tak suka. sebab aku tak pandai memujuk dan tak ada orang yang pandai pujuk aku kecuali diri aku sendiri haha. tu FAKTA hasil kajian selama,, entah berapa lama but yang penting dah lama.

lagi satu aku paling tak suka orang pujuk aku beli produk dengan erti kata lain. aku anti promoter dan sales man.. kalau aku jumpa je mereka2 ni aku akan bawa main kejar2. Kalau tak pun main sembunyi2 haaa. seriously aku suka tengok ekspresi muka orang tu. muka yang sangat blurr dan innocence haha..aku bukan apa.. aku malas mahu bagi harapan palsu..

lagipun dalam kepala aku macam dah set "TIDAK" setiap kali promoter or sales man cuba mendekati diriku ahakzzzz... kiranya teori pemujukan macam yang aku belajar kat sekolah tu aku aplikasikan betul laa. orang aplikasi teori tu untuk pujuk orang. aku pulak??? haha yang berlawanan haha. moral of this story janganlah promote apa2 product dengan aku yang agak skeptik ni. aku tak suka dan aku akan jadi cepat rimas haha.


about memujuk..ni memang bukan bidang kepakaran aku..why?? entahla memang bukan bidang aku. macam mana jua??? kalau orang tengah marah or sedih..seriously aku tak tau mau wat apa.blurrr. so aku akan biarkan je orang tu cool sendiri.bagi space untuk dia bernafas dan berfikir.

well kalau aku tengah stress dan sedih memang tu jugak aku harapkan. lebih baik gitu. dari tak pasal-pasal orang tu hambur kata-kata yang bukan-bukan dan mungkin tak terniat pun mau wat gitu. nanti kalau kita terasa susah pulak dia mau pujuk.

Kata-kata motivasi

Assalamualaikum wbt to the readers.

Actually, hari nie, aku nak kongsi serba sedikit beberapa saranan yang meminta korang memilih sama ada ingin melakukan tindakan atau membuat perancangan.

Actually, aku dapat quotes nie from ceramah kat sekolah pagi tadi.. And aku patut, kata-kata nie perlu dikongsikan dengan semua orang. huhu..

1. Sekiranya anda tidak dihantar untuk menjadi pelajar yang berjaya, anda sebenarnya merancang untuk menjadi pelajar yang gagal.


2. Sekiranya anda tidak dihantar untuk menjadi pelajar yang rajin, maka anda sebenarnya merancang untuk menjadi pelajar yang gagal.


3. Sekiranya anda tidak dihantar untuk menjadi pelajar yang pandai, anda sebenarnya merancang untuk menjadi pelajar yang bodoh atau dungu.


4. Sekiranya anda tidak dihantar untuk menjadi pelajar yang berdisiplin, anda sebenarnya merancang untuk menjadi pelajar yang cincai.


5. Sekiranya anda tidak dihantar untuk menjadi pelajar yang peka, maka anda sebenarnya merancang untuk menjadi pelajar yang pekak.


6. Sekiranya anda tidak dihantar untuk menjadi pelajar yang unggul, maka anda sebenarnya merancang menjadi pelajar yang tunggul.


7. Sekiranya anda tidak mampu untuk menjadi garam yang melazatkan, janganlah anda menjadi lalat yamg merosakkan.


8. Sekiranya anda tidak mampu menjadi orkid yang memagari gunung, jadilah rumput yang menutupi bumi.


Semoga kita dapat bersama-sama fikirkan sejenak tentang maksud sebenar daripada ayat-ayat motivasi ini.


Petua Hilangkan Blackhead (Bintik Hitam) di muka

Assalamualaikum wbt :)

Korang ada masalah bintik hitam di muka? Emmm, sama lah dengan Mieya, terutama sekali pada bahagian hidung. Beterabur bintik hitam yang melabuh jika ditelek dengan lebih dekat dan teliti.
So, terus aje Mieya cari kat google mengenai petua bagi menghilangkan bintik hitam yang degil nie. Lalu daku terjumpa petua-petua untuk menghilangkan bintik hitam tersebut, setakat ni belum pernah try lagik, tapi madu yang beli hari tu ada lagi, pasni bolehlah mencuba kan? Hiks
1. Ubat Gigi
Ubat gigi antara ‘ubat’ paling berkesan untuk menghentikan masalah bintik-bintik hitam. Caranya sapukan ubat gigi tersebut hanya pada kawasan bintik berkenaan. Kemudian biarkan sehingga ia kering. Lalu setelah ia dibiarkan kering kemudian cuci dengan air bersih.

2. Madu
Madu juga adalah penawar terbaik. Jika di amalkan secara harian ia akan memberi kesan yang sangat baik. Sapukan madu setiap pagi di bahagian yang berbintik hitam di wajah anda, kemudian biarkan sehingga kering kemudian dicuci bersih.

3. Susu Segar
Celupkan putik kapas ke dalam susu segar dan kemudian sapukan pada bahagian bintik hitam tersebut. Lakukan sebelum anda masuk tidur. Warna bintik – bintik berkenaan akan beransur hilang dan menjernihkan wajah sekaligus.


Download Ayat Ruqyah

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca :)

Dalam kaedah perubatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potongan ayat-ayat suci Al-Quran supaya pesakit dapat mendengar dengan khusyuk.

Bagi mereka yang mengalami gangguan, biasanya apabila dibacakan ayat Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak boleh bertahan dengan berdiam diri.

Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah.


Urutan Ayat-Ayat Ruqyah || No; Nama Surah; Juzuk; Ayat
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya
Selain itu, kita boleh juga memasang audio ini di rumah, terutamanya bagi mereka yang baru berpindah ataupun jika korang ada merasa sesuatu yang tidak kena dengan tempat kediaman korang.