Petua Hilangkan Blackhead (Bintik Hitam) di muka

Assalamualaikum wbt :)

Korang ada masalah bintik hitam di muka? Emmm, sama lah dengan Mieya, terutama sekali pada bahagian hidung. Beterabur bintik hitam yang melabuh jika ditelek dengan lebih dekat dan teliti.
So, terus aje Mieya cari kat google mengenai petua bagi menghilangkan bintik hitam yang degil nie. Lalu daku terjumpa petua-petua untuk menghilangkan bintik hitam tersebut, setakat ni belum pernah try lagik, tapi madu yang beli hari tu ada lagi, pasni bolehlah mencuba kan? Hiks
1. Ubat Gigi
Ubat gigi antara ‘ubat’ paling berkesan untuk menghentikan masalah bintik-bintik hitam. Caranya sapukan ubat gigi tersebut hanya pada kawasan bintik berkenaan. Kemudian biarkan sehingga ia kering. Lalu setelah ia dibiarkan kering kemudian cuci dengan air bersih.

2. Madu
Madu juga adalah penawar terbaik. Jika di amalkan secara harian ia akan memberi kesan yang sangat baik. Sapukan madu setiap pagi di bahagian yang berbintik hitam di wajah anda, kemudian biarkan sehingga kering kemudian dicuci bersih.

3. Susu Segar
Celupkan putik kapas ke dalam susu segar dan kemudian sapukan pada bahagian bintik hitam tersebut. Lakukan sebelum anda masuk tidur. Warna bintik – bintik berkenaan akan beransur hilang dan menjernihkan wajah sekaligus.


0 comments: