Dah lama rasanya Mieya tak membebel pasal Ranking Alexa. Dulu memang rajin lah kan nak update pasal ni. Tapi sejak dua tiga bulan tak berapa aktif berblog. Di tambah pula dengan ranking Alexa yang jatuh menjunam, rasa macam malas pulak nak update..
Kebelakangan ni, bila tengok ranking Alexa semakin pulih. Mula lah kembali bersemangat nak berceloteh banyak dekat blog ni. Rindu lah kata kan. hahaha Maka diharapkan kejatuhan blog tu boleh diperbaiki sedikit demi sedikit.
Kalau korang nak tahu, ranking sesebuah blog tu mempunyai peranan yang penting terutamanya jika kita ingin yakinkan pihak di luar sana untuk beriklan dengan kita. Lain lah kalau korang berblog sekadar suka-suka kan? Tapi bagi Mieya, kalau dapat menjana sedikit wang tabungan sudah mencukupi dah tu.
Tapi apa yang pasti, ranking Mieya agak perlahan sedikit pergerakannya sebabnya hanya selepas 3 bulan, Mieya berjaya turunkan ranking dari 12630 (Malaysia) ke 9019. Ambil masa yang lama juga lah rasanya.
Mungkin sebab Mieya sudah kurang menghupdate entri berkaitan berita semasa, isu terkini, dan gosip artis di blog ni. Dah semakin jarang menggunakan keyword SEO sebab skill makin tumpul. Dah lama sangat kurangkan aktiviti blogging, macam ini lah jadinya.
Actually, kalau boleh memang Mieya dah tak nak sentuh langsung bab-bab artis, gosip, dan seangkatan dengannya. Tapi kalau nak mengulas mengenai isu-isu terbabit, insyaallah satu hari nanti jika ada kesempatan.
Ya, memang Mieya akui bahawa masa yang ada sepatutnya mencukupi untuk menaip sebaris dua ayat di blog ni. Tapi itu lah, tumpuan dan fokus tu lebih menjurus ke benda lain. Mieya still cuba belajar untuk menyeimbangkan masa dengan semua aktiviti yang sedang Mieya jalankan sekarang. hihihi nanti Mieya cerita di lain entri. Eh?
Hope ranking Alexa akan terus meningkat dan maintain di masa akan datang :)
1 comments:
tahniah...
nak cek juga la alexa ranking:)
Post a Comment