Ya, putus cinta atau cinta ditolak itu sangat perit dan sakit. Mieya sendiri pernah merasakan semua itu. Apabila terbangun dari tidur, tidak lain dan tidak bukan hanya satu impian saya agar menjadikan kesakitan itu hanyalah mimpi. Bukan mudah untuk kita melupakan kekasih lama. Kekasih yang telah kita kenal sejak sekian lama, tiba-tiba pergi begitu sahaja. Perhubungan yang dibina selama ini, putus seperti tidak ada apa yang pernah berlaku.
Walaupun hidup mesti diteruskan, tetapi hati dan fikiran masih tetap teringat pada si dia. Orang yang pernah kita sayang, orang yang pernah kita gaduh, orang yang pernah kita mengusik dan bermanja. Bukan mudah untuk melupakan semuanya, kan?
Jadi di sini, Mieya kongsikan beberapa tips melupakan seseorang yang pernah bertakhta di hati kita.. seseorang yang kita sayang :
1. MENERIMA KENYATAAN
Terimalah kenyataan dengan lapang dada dan selalu ingat bahawa dia memang bukan yang terbaik untuk kita, dan yakin bahawa pada masa depan kita akan bertemu dengan pengganti terbaik dari dia.
2. MENYIBUKKAN DIRI DAN CERIAKAN DIRI ANDA
Sibukkan diri korang dengan bercuti ke tempat yang korang boleh bergembira dan peroleh ketenangan. Atau ajaklah kawan-kawan terdekat untuk hangout bersama seperti menonton wayang, shopping, jalan-jalan ke taman, atau sekadar melepak di cafe sambil mencuci mata. Mana tahu kalau-kalau ada lelaki baru yang boleh membuatkan anda terhibur dan dapat mempercepat melupakan si dia. hihihi
3. SENARAIKAN PERKARA/AKTIVITI YANG KORANG TERINGIN NAK BUAT TETAPI MASIH TIDAK BERKESEMPATAN LAGI.
Dengan menyenaraikan perkara-perkara yang anda ingin lakukan ini akan membuatkan anda dapat melihat betapa banyaknya perkara lain yang boleh anda lakukan selain mengingati kekasih lama yang tidak lagi bersama anda.
4. HINDARI SI DIA
Tak perlu ambil tau hal-hal tentang dia lagi. Kalau rasa betul-betul nak melupakan orang itu, ada baiknya kita tak perlu curious sangqt untuk ambil tau pasal dia lagi. Tak ada gunanya juga. Dia pun dah ada life sendiri, begitu juga kita. Selagi kita still rasa nak amik tau... selagi tu kita tak akan dapat lupakan dia. Elakkan dari berhubung dengan si dia sama ada melalui sms, call atau apa lagi berjumpa kerana itu akan membuat anda flash back dan akan terus mengingatnya kembali.
5. PANDANGLAH JAUH KE DEPAN
Ingatlah, kehidupan ini adalah untuk memberi dan menerima. Tidak semestinya dengan bercinta sahaja akan membuatkan diri kita ceria. Ada banyak lagi perkara lain yang membolehkan kita untuk pergi jauh ke depan. Jadikan segala apa yang berlaku pada diri sendiri selama ini sebagai pengajaran yang bermakna dalam diri anda. Secara tidak langsung, perasaan sedih dan kerisauan tu akan hilang dengan sendirinya.
6. KUATKAN SEMANGAT
Jangan mudah untuk putus asa dan berhenti berharap. Anda perlu kuatkan semangat anda. Walaupun si dia telah pergi meninggalkan anda, tetapi anda sebenarnya masih mempunyai perkara lain yang boleh menggembirakan hati anda. Kembalilah semula mengingati Allah Yang Maha Esa. Mungkin selama ini anda lalai dan lupa kepada siapa yang patut anda curahkan perasaan dan derita. Kembalilah kepadaNya, dan bersyukurlah kerana Allah masih menyanyangi anda dengan memberikan ujian-ujian seperti ini agar anda tidak terpesong jauh dariNya.
7. ELAKKAN DARI BERCERITA TENTANG KEKASIH LAMA ANDA
Benda yang berlalu, usahlah dikenang. Yang pergi, biarkan ia berlalu pergi. Janganlah anda asyik berceritakan tentang kekasih lama anda kepada rakan-rakan anda. Semakin banyak anda ceritakan kisah-kisah lama dengan rakan-rakan, semakin meluat dan rimas mereka rasa. Jangan pula sampai rakan-rakan meninggalkan anda pula. Apabila anda keseorangan, semakin sukarlah untuk anda melupakan pasangan anda itu nanti.
8. PADAMKAN KESEMUANYA
Ya, padamkan segala mesej-mesej SMS, panggilan telefon, atau no phone si dia dari handphone anda. Ianya mungkin pedih, mungkin sukar, tetapi itu adalah kebaikan untuk anda bagi melupakannya. Lagipun, anda tidak memerlukannya lagi, kan? Tidak guna untuk anda menyimpan segala kenangan itu semua dalam handphone dan laptop anda. Buangkan saja.
9. ELAKKAN DARIPADA BERSENDIRIAN
Apabila anda bersendirian, anda akan cenderung untuk mengingat semula kekasih lama anda. Untuk itu, adalah lebih baik jika anda melakukan perkara-perkara lain atau berjumpalah dengan rakan-rakan anda. Jangan duduk bersendirian dan memasang lagu-lagu romantik yang biasa anda berdua dengar bersama-sama pada suatu ketika dahulu. Saya tahu, setiap pasangan pasti mempunyai “lagu tema” mereka masing-masing. Jika anda ingin melupakan si dia sepenuhnya, elakkan dari mendengar lagu tema anda berdua.
10. BUANGKAN SEGALA BENDA YANG MEMBUATKAN ANDA INGAT PADA SI DIA
Ini mungkin satu tindakan yang drastik, tetapi ianya satu cara yang paling terbaik untuk anda melupakannya. Buangkan segala benda yang membuatkan anda ingat pada kekasih lama. Jika si dia pernah berikan anda jam tangan, teddy bear, baju, atau apa sahaja, buangkan saja ke dalam tong sampah. Jika anda masih ada perasaan belas kasihan, pulangkan semula barang-barang itu kepada si dia. Anda tidak perlukannya lagi. Anda ingin melupakannya. Jadi buangkan sahaja benda-benda tersebut yang tidak lagi bermakna dalam hidup anda.
11. ELAKKAN MENONTON/MELIHAT HAL-HAL ROMANTIS
Ketika dia sudah tidak bersama denganmu lagi, korang pasti akan selalu rasa sensitif jika melihat ada orang lain bersikap romantis kepada pasangannya. Hindari movie atau lagu-lagu romantik yang dapat mengingatkan anda kepada si dia, anda boleh menggantinya dengan menonton movie komedi, action atau horror serta dengarlah lagu-lagu yang ceria dan membuatkan anda bersemangat untuk meneruskan kehidupan.
12. TEGAS DENGAN KEPUTUSAN
Tak kira apa juga yang terjadi, kita perlu tegas dengan keputusan kita. Tetapkan hati bahawa si dia telah pergi meninggalkan kita. Walau sesedih manapun, hakikat sebenar perlu diterima. Jangan tipu diri sendiri.
13. SELALU INGAT BAHAWA SEMUA AKAN INDAH BILA TIBA WAKTUNYA
Kekadang kerana cinta kita jadi buta, bahkan ada sesetengah daripadanya rela menghancurkan dirinya hanya kerana kehilangan orang yang mereka cinta. Usah buat keputusan terburu-buru dan bertindak membabi buta sehingga menghancurkan diri sendiri. Yakinlah semuanya akan menjadi indah-indah belaka bila tiba waktunya.
14. BERDOA
Jangan sesekali memperlekehkan doa kerana ia adalah talian kita terus kepada Tuhan. Allah Maha Mendengar. Oleh itu, berdoalah agar kita dapat menghilangkan perasaan cinta kita kepada si dia. Dan mohonlah kepada Tuhan supaya kita diberikan petunjuk dan hidayah dariNya.
1 comments:
me ??? cari pengganti cepat2...hihi
Post a Comment