Keluar Dari Takuk Yang Lama

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua :)

Ya, tahun ini agak demanding di mana sangat crucial untuk Mieya keep track of everything that's happening
and will be happening all around me. Kalau dulu pergi kerja balik kerja, buat short notes or maybe draft
berkaitan hal-hal yang berlaku di sekeliling untuk diupdate ke belog nanti.

Tahun ini adalah tahun skema. Tahun yang penuh dengan tanggungjawab, super duper sibuk dengan amanah
menyiapkan tugas-tugas yang diberi. Even nak 'bermesra dengan laptop sendiri' pon tak sempat.
Mentang-mentang lah Mieya ni jenis yang suka mencuba sesuatu yang baru. Dan inilah padahnya. hahaha 

Every days, ada sahaja tugas baru yang Manager arahkan. Instead of checking barang keluar masuk,
arrange transport for local & outstation area dan juga kerja-kerja office.. Mieya diminta untuk
menghasilkan Standard Operating Procedure tentang skop kerja/machine yang Mieya dan staff lain
lakukan setiap hari. Tujuannya untuk memudahkan company untuk melatih pekerja-pekerja baru nanti. 



Ingat lagi dengan tugas kena buat takwim tahunan syarikat dulu? Fuuhhh, tapi kali ini memang antara
tugas yang paling mencabar sekali yang pernah Mieya lakukan. And I did only 15% of it, itupun setelah
3-4 kali buat correction sana sini. Selebihnya, just diamkan buat sementara waktu bagi menumpukan fokus
untuk wishlist Mieya tahun ni. kehkehkeh baik punya perangai kan? 

Well bukan apa, Mieya agak tension lately dengan skop kerja yang tiba-tiba ditukar sepenuhnya 360 darjah.
Sangat-sangat menyusahkan bila mana terpaksa meminta token (password) setiap kali nak print order.
And then kadang kala, password tersebut tak sampai ke mailbox. 

Tapi takpe lah, anggap sahaja ini semua cabaran dalam kehidupan dan bukannya satu masalah kerana perkataan cabaran lebih positif dan boleh membangkitkan semangat ke arah kebaikan diri di masa depan. Rasanya, masih belum terlambat nak capai azam yang telah direncanakan di awal tahun dulu. Mudah-mudahan, doakan lah ye. insha Allah.



Nota kaki : Cuba tengok kalender bulan Ogos 2014 tahun ni. Ada 5 Jumaat, 5 Sabtu dan 5 Ahad.
Sangat-sangat amazing, right? :)


Review HTC One 32GB M7

Assalamualaikum wbt :)

Akhirnya, tercapai juga wishlist tahun ini untuk memiliki smartphone beserta kemudahan akses internet 4G.
Seriously, Mieya sendiri pon tak rancang sebenarnya untuk membeli smartphone baru ni.

Tapi keinginan itu timbul dengan membuak-buaknya sejak beberapa bulan tak mengadap laptop and then terpaksa menahan sabar dengan kelembapan line internet sedia ada. Jadi jangan lah hairan sangat, kenapa Mieya sudah semakin tenggelam dalam arena blogging sejak dua menjak ni.


HTC One M7 in Gold Edition
PRICE : RM1700 (Feb 2014)




  • Display Size : 4.7" Super LCD 3 Full HD 1080p, 468 PPI
  • Processor : 1.7GHz quad-core Qualcomm® Snapdragon600
  • RAM : 2GB DDR2
  • Front Camera : 2.1 MP, 880  wide angle lens with HDR capability
  • HTC UltraPixel (4MP) camera with BSI sensor and Smart Flash
  • HTC BoomSound - dual front-facing stereo speakers
  • Total Storage : 32GB
  • Battery : 2300 mAh, embedded rechargeable Li-polymer battery
  • Connectivity : Wi-fi 802.11 a/ac/b/g/n, Bluetooth 4.0 with aptX, NFC, 3.5mm Audio jack
  • Sensors : Gyro, Azzelerometer, proximity, ambient light
  • others : Micro SIM

  • Bulan 8 tahun lepas, terbeli Samsung Galaxy 3, bulan 2 tahun ni terbeli HTC One M7 sekali lengkap dengan pakej SMS/berbual tanpa henti serta internet MAXIS 4G LTE. Selalu guna 3G, akses internet
    pon tak berapa nak cantik sangat. Sekarang kasi up sikit, ternyata memang SUPERB punya laju. Nak download/upload file, video streaming, sharing photos on social networks semuanya serba pantas!


    Compact Powder dan Eyeliner, penyelamat dari muka kusam.
    Test tangkap gambar my sis outdoor version.
    Pic pon clear, boleh buat pic bergerak (zoe). Front Camera pon jelas ya amat. Tak macam Samsung Galaxy 3 dulu, kameranya tak cantik. Hancur hati tak dapat kualiti gambar yang diidamkan sampai jadi tak bersemangat nak bergambar sama.

    Mieya paling suka layan drama korea bersiri seperti Ruby Rings, Lovers of Music, Runningman melalui smartphone sebab kualiti videonya terbaik dalam bentuk HD. Setakat ini sangat berpuas hati sebab semua application berjalan dengan laju, design dan warna memang menjadi idaman Mieya.

    P/S : Sekarang HTC One dah muncul dengan model baru, iaitu M8. Spesifikasi handphone pon much better than M7. Tapi apa yang sama, screen display still sama :)

    CPUV Ke 22 & 23 Dari Nuffnang 2014

    Assalamualaikum wbt :)

    Alhamdulillah, pukul 7 pagi Mieya check akaun Nuffnang.. Ada dua CPUV datang menyinggah di blog Mieya ni. Rezeki selepas "mimpi buruk first time bakal kena potong gaji" kot. huhuhu sadisnya rasa T_T

    Btw, CPUV Campaign terbaru kali ini adalah daripada iH Media Liese dan Macau Tourism. Sebenarnya, Mieya sendiri pon belum nampak lagi iklan ni di mana-mana. So, tak boleh nak terangkan dengan lebih detail lagi. Kena tunggu iklan tu muncul dulu lah jawabnya.



    Actually, Mieya dah tetapkan impian untuk memiliki kereta idaman hati dalam masa 2-3 tahun akan datang. Insha Allah kalau diizinkan-Nya. Plan hujung tahun 2014 untuk mendapatkan lesen memandu, nampaknya sudah semakin menampakkan jalannya. Syukur.

    Terima kasih buat kawan kawan yang sudi jengah blog Mieya tinggalkan komen dan menyumbang trafik kat blog.. Tak lupa juga buat advertiser dan Nuffnang yang sudi memilih blog Mieya untuk memaparkan iklan kalian.

    Bloop Anti-Bacterial Hand Gel | Review

    Assalamualaikum wbt and bonjour everyone :)

    Berapa ramai di antara kita menyimpan sekurang-kurangnya, sebotol hand sanitizer dalam handbag? I'm sure korang semua tahu bahawa hampir semua bakteria dan kuman tidak dapat dilihat dengan mata kasar, so thats why lah kita perlu mencuci tangan dengan lebih kerap. Well, Mieya kini telah mendapati cara yang sempurna untuk membersihkan tangan dengan cara yang mudah, cepat dan bersih.


    Memperkenalkan, Bloop Anti-Bacterial Hand Gel - Germ Blaster.



    Ya, I know the bottle are just cute to handle. Bagi Mieya, Bloop Germ Blaster merupakan pahlawan kesihatan terbaru bagi Mieya dan  ia tidak memerlukan ruang yang banyak di dalam beg dan poket korang. So, very comfortable, ringan dan convenier untuk dibawa ke mana-mana sahaja.


    So what's Bloop Germ Blaster all about? 
    Kalau korang nak tahu, Bloop Germ Blaster adalah gel tangan anti-bakteria dengan manik pembersihan aktif dan pembunuh kuman (Triclosan 0.3%) yang membersihkan tangan anda dengan lembut sambil meninggalkan bau yang wangi. Berbeza dengan hand sanitizer biasa yang selalunya berbau seperti hospital this was really good! Smells like strawberry~~



    How to Use
    1. Apply product to the palm of one hand.
    2. Rub hands together.
    3. Rub the product over all surfaces of hands and fingers until hands are dry. There you go, a clean pair of hands.
    Kalau nak tahu, this hand gel has also doubled as my hand moisturizer. Setiap kali menggunakan gel tangan ni, Mieya dapat merasakan tangan Mieya menjadi lebih lembut, dan terasa 'bersih'. Ia tidak melekit, tidak berminyak dan membuatkan tangan Mieya terasa lebih segar serta berbau baik.


    So, tersangat lah sesuai lagi-lagi untuk orang yang aktif bekerja di luar dan dalam office seperti Mieya ni. Maklum lah, bakteria dan kuman ada di mana-mana di sekeliling persekitaran kita.


    More info go to :
    Subscribe to HiShop for exclusive updates : http://www.hishop.my/subscribe 
    **Disclaimer - This product(s) were send to me for product review purposes.

    Don't forget to key-in coupon code "NORAMIRAH" upon checkout to enjoy an exclusive rebate of 15% :D :D 

    CPUV Ke 18, 19, 20 & 21 Dari Nuffnang 2014

    Assalamualaikum wbt :)

    Wah, sedar tak sedar.. Hari ini sudah masuk hari yang ke-11 kita semua berhari raya. Rasanya masih belum terlambat bagi diri Mieya untuk mengucapkan selamat hari raya, maafkan diri ini sekiranya ada terkasar bahasa atau terlanjur bicara sepanjang berblogging ni.


    Rindu benar rasanya nak menaip sebaris dua ayat setelah agak lama menyepikan diri seketika dalam dunia blog ni. Maklum sahaja lah, komitmen kerja yang semakin tinggi serta ketiadaan akses internet di rumah. (last entri pon sebenarnya di'schedule'kan) So bila ada peluang untuk melayari internet di tempat kerja, Mieya akan gunakannya untuk menghupdate blog.

    Btw, alhamdulillah kerana blog ini masih diberikan peluang untuk menjalankan CPUV daripada uMobile Prepaid Meal dan Fashion Pitch/Writers Unleashed yang telah dikreditkan baru-baru ini. Manakala, CPUV yang masih berlangsung sehingga ke hari ini daripada Invest Smart Campaign dan Air Asia Go - Korea Sale.

    Terima kasih atas kesudian pihak anda memilih blog Mieya untuk memaparkan kempen iklan anda buat tatapan umum. Terima kasih jugak buat Nuffnang dan blogger yang rajin terjah masuk ke blog ni.