Kenapa iklan Nuffnang Tak Keluar?

Assalamualaikum dan salam petang semua :)

Entri kali ini sekadar informasi untuk dikongsi bersama kalian..terutamanya bagi bloggers yang bernaung di bawah syarikat pengiklanan Nuffnang. Mieya cuma nak share maklumat dengan korang semua tentang kenapa iklan Nuffnang sekejap ada dan sekejap tiada. Macam chipsmore pulak, main aci sorok-sorok. heheh

Persoalan ini juga sering bermain-main di minda Mieya, lalu Mieya bertanyakan perihal tersebut pada pihak Nuffnang.


Mieya : Kenapa iklan Nuffnang di blog saya tidak kelihatan? Tidur ke?

Nuffnang : Actually this is normal. When you don't have ads assigned to you for that duration, 
the ad space will minimize itself and only shows 'Ads by Nuffnang' or 'Follow me on NuffnangX'. Don't worry. :)

Actually macam ni.. Pengiklan akan membeli kempen di blog kita dan kempen ini akan berjalan selama tempoh dikehendaki saja. Contoh kalau pengiklan tu beli seminggu so seminggu je la kempen tu ada.

Ohh, masih lagi blurrr? Tak faham ye? Okey.. contoh lain :

Jika pihak pengiklan pilih blog anda untuk kempen mCPM dan dia sasarkan 700 UV (unique visitor) selama seminggu (7 hari)... Ini bermakna, iklan hanya akan muncul untuk 100UV ke blog anda dalam jangka masa sehari.


Misal kata.. iklan tu bermula pada pukul 12.00 tengah malam sampailah pengunjung blog anda mencapai trafik 100UV. So, bila dah cukup 100UV, iklan tu akan stop dengan sendiri. (ini sebagai contoh je)


Alah..Senang cerita, yang biasa orang cakap "iklan awak tidur lah.."
Macam itu juga dengan iklan CPC. 

So, no wonders lah kalau kekadang tu iklan Nuffnang langsung tak memunculkan diri di blog kita.

Tapi.. kalau iklan kat unit Nuffnang tu kosong macam dalam gambar (di atas).. That's something wrong with the coding. Maklumkan segera kepada pihak Nuffnang. And they will help you to solve the problem. :)


Ole-ole dari Bogor | Lapis Bogor

Assalamualaikum wbt dan selamat petang semua :)

Sepatutnya, entri ni Mieya dah up-kan, 2-3 hari sebelum kedatangan bulan Ramadhan 1435H. Tapi malangnya, satu bangunan tempat Mieya bekerja terputus bekalan elektrik selama dua hari berturut-turut.

Yang peliknya, bangunan di sebelah kiri dan kanan tempat Mieya bekerja tak ada pula mengalami perkara yang sedemikian rupa. Hal ini menyebabkan banyak kerja-kerja yang tertangguh. Sampai terpaksa bawa balik kerja untuk dibuat di rumah. T_T

Kebetulan, our marketing manager Mr. D berada di Jakarta, Indonesia bagi urusan kerja. Jadi, Mieya dan rakan sekerja yang lain bersepakat meminta beliau (a chinese guy) untuk membelikan ole-ole sebagai buah tangan daripada negara seberang.

Inilah ole-ole yang dimaksudkan tu.

Rupa-rupanya, Mr D tak tahu apa itu ole-ole.. Katanya, sewaktu berjalan-jalan di sekitar Kota Bogor.. beliau ternampak kedai yang menjual ole-ole (Lapis Bogor Sangkuriang) dan terus singgah untuk membelinya. hehehe Kelakar pula rasanya bila mendengar cerita daripada Mr D ni.


Nasib baik lah ole-ole yang beliau beli ni rasanya sedap sangat-sangat. Tak terlalu manis dan tak terlalu tawar. And then, biasanya cheese tu mesti ada rasa muak, but alhamdulillah Lapis Bogor ni tak ada langsung rasa muak. Just nice gituw. Mencair air liur weh bila makan kek lapis ni. wuwuwu



Rasa macam nak makan lagi, tak puas lah kata kan. Harganya pon murah dan berbaloi. Insha allah, lepas ni boleh lah kirim dekat Mr D jika beliau berkesempatan untuk ke sana lagi.

Fairy Beauty Clenz | Review

Assalamualaikum wbt and hello peeps :)

So today, I'm back with some product reviews. And terima kasih kepada Hishop untuk produk ketiga yang

Mieya dapat daripada Fairy Beauty ni. Kalau korang pernah terdengar atau terlihat produk Fairy Beauty di mana-mana, mesti dah set dalam otak memasing yang produk kesihatan ini khusus untuk kecantikan luaran dan dalaman. Kan? Yup, another drinking supplement, Clenz

Clenz merupakan minuman tambahan yang bukan sahaja mampu menurunkan berat badan kita tetapi turut membantu memulihara kesihatan usus serta melindungi kesihatan mata. Maka, tak hairan lah ia dipilih sebagai pemenang anugerah khas bagi Kategori Beauty Supplement di Cite Cosme Anugerah Kecantikan 2012/2013 yang dianjurkan oleh Beauty, Mina dan majalah Vivi.




Fairy Beauty Clenz dihasilkan menggunakan 100% organik asli ekstrak tumbuhan nano semula jadi yang memudahkan proses penyerapan oleh tubuh badan. Badan kita menghasilkan toksin melalui fungsi hariannya yang perlu dihapuskan dan kita memerlukan nutrisi untuk menghapuskan toksin ini.

Apabila toksin ini tidak dihapuskan, ia akan menyebabkan pertambahan toksin dalam badan sekaligus boleh mengakibatkan keracunan sekiranya bahan-bahan bahaya ini tidak disingkirkan dengan serta merta.


Antara kebaikan Fairy Beauty Clenz ialah :
  • Penyahtoksikan
Alfafa : Sumber serat mentah yang membantu dalam proses penghadaman, membersihkan usus secara semula jadi serta memulihkan fungsi usus.

Labu : Sumber terbaik untuk kolagen buah-buahan dan mineral, memerangi virus dan bakteria. Ia membantu menguraikan sisa makanan terimpak dan membersihkan usus dengan sempurna.

  • Menguatkan usus dan menyihatkan perut
Oligosakarida : Membantu mengurangkan risiko kanser perut dan kolon dengan meningkatkan bakteria baik dalam usus. Ini membantu untuk mengurangkan sembelit, memudahkan penghadaman, meningkatkan sistem perkumuhan, mengurangkan ketidakselesaan dan kembung perut. 

  • Kesihatan mata
L-theanine : Memperbaiki pembelajaran dan tumpuan, melegakan tekanan serta meningkatkan kualiti tidur.

Daun Lotus : Mengandungi anti-oksidan yang membantu mengawal kolesterol.

Lutein (ekstrak Marigold) : Melindungi penglihatan mata dengan meningkatkan "xanthophyl" di bahagian retina, melegakan mata letih, meningkatkan kesihatan mata dan mengurankan risiko buta di kalangan orang tua. 

  • Penambahan Nutrien
- Spirulina adalah idea untuk melembutkan dan menyembuhkan kulit.
- Barli Rumput sebagai sumber yang sangat baik daripada klorofil, asid amino, vitamin A dan vitamin B untuk penghasilan tenaga.

Direction : 1 bottle a day before bedtime. Consume immediately after open.

Ia didatangkan dalam botol comel dan kecil. Terdapat 10 botol dalam setiap kotak. Berbeza daripada kedua-dua produk lain, anda hanya perlu mengikuti empat langkah mudah and you are ready to go. Goncang, gunakan opener untuk tebuk lubang, masukkan straw, sedia untuk diminum.

Langkah berjaga-jaga: 
  • Sesuai untuk umur 16 dan ke atas 
  • Mengandung dan wanita menyusu, pesakit dengan masalah cirit-birit dan penyakit-penyakit lain, pesakit yang mengambil sebarang ubat harus mengelak daripada mengambil produk ini atau mendapatkan nasihat sebelum mengambil produk ini.

My Opinion : 
Mieya suka dengan cara pembungkusannya yang bersih dan selamat. Kecil, ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Rasanya baik, lebih better berbanding Life Food tempoh hari.


Penghadaman yang baik penting bagi Mieya kerana Mieya biasanya makan lewat sedikit berbanding kebiasaan. Maklum sahaja lah, lokasi gerai makan dengan office memakan masa hampir 15 minit. Jadi, Clenz benar-benar menyelesaikan masalah Mieya.

Oleh sebab skop kerja Mieya memerlukan Mieya untuk sentiasa menghadap komputer sepanjang hari, ia telah menyebabkan mata Mieya menjadi letih dan lesu. Dan malangnya, Mieya benar-benar tak boleh meninggalkan kaca mata nerd Mieya disebabkan masalah penglihatan. So, I'm really looking for a beauty supplement like this one. I can say  it does help me to give full protection for my eyes especially.

Berita baik untuk korang, Fairy Beauty is currently running a promo to get FREE 4 bottles with purchase of 2 boxes!


Exclusive RM20 rebate for Mieya Atiera's readers : FAIRYNEW

*With minimum purchase of RM99, valid till 31 July 2014

More info go to :
Subscribe to HiShop for exclusive updates : http://www.hishop.my/subscribe 
**Disclaimer - This product(s) were send to me for product review purposes.

CPUV Ke 16 & 17 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)

Terkilan rasanya sebab dah lama tak meluangkan masa berkualiti di blog ini dengan perkongsian ilmu dan pendapat yang bermanfaat sesama manusia di alam maya. Azam untuk kembali konsisten dalam blogging tempoh hari, nampaknya semakin tak berjaya untuk dikecapi.

Walau bagaimana pun, alhamdulillah. Syukur kerana blog Mieya masih lagi mendapat kepercayaan dari para advertiser dan Nuffnang untuk memaparkan kempen iklan mereka di sini. Maybe lepas ni, Mieya akan cuba draft kan sebanyak mana entri yang boleh bagi memastikan blog ini sentiasa hidup.



CPUV Campaign Nuffnang kali ini adalah daripada S&P Food - Coconut Milk Powder dan Kastam Malaysia. Sekaligus menjadikan 4 CPUV yang sedang running di blog Mieya. Hope dapat bertahan lebih lama lagi.

Kalau korang nak tahu, S&P Food - Coconut Milk Powder ni sebenarnya merupakan santan serbuk yang boleh dijadikan sebagai bahan pengganti jika santan kelapa ori tak cukup stok. So far, Mieya sekeluarga belum pernah lagi menggunakan santan ekspres sebegini. Tapi, why not suatu hari nanti Mieya juga boleh cuba gunakannya jika santan kelapa ori kehabisan stok nanti kan?

Pihak Kastam Malaysia kini sedang giat menjalankan kempen Ops Outlet untuk memerangi kegiatan penyeludupan, pengedaran dan penjualan rokok haram di negara kita. Mana-mana perokok atau penjual yang didapati menghisap dan menjual rokok seludup ini boleh dipenjara atau didenda. So, kita selaku masyarakat prihatin haruslah membantu pihak berkuasa dalam membanteras rokok seludup ini daripada terus berleluasa. 

Akhir kata, terima kasih Nuffnang sebab sudi bagi CPUV kempen yang penuh dengan informasi untuk Mieya kongsikan bersama rakan pembaca. Harap boleh terima lebih banyak iklan dari awak lagi (^,^)