Review Boya Mask Gluta Q10

Assalamualaikum semua..

Weee.. lama dah nak buat review pasal produk Boya Mask ni. Akhirnya, berjaya juga menaip. Itupun bila teringat
dah lama tak berkongsi khabar dekat blog dahku.

Tahu tak, beberapa bulan yang lepas merupakan saat-saat paling down Mieya.. dengan kulit muka kusam, blackhead dan jerawat bertepek-tepek di pipi, hidung dan dahi. Jerawat besar okey! Sampai kawan sekerja (foreigner worker) siap ada yang bertanya kenapa dengan muka Mieya? Kenapa tak selicin macam dulu?

So, Mieya start guna Boya Mask ni hujung bulan Mac lepas. Rasanya ramai yang dah tahu pasal produk 
"Sleeping Maskni. Untuk pengetahuan, mask ni bukannya jenis peel-off mask yang biasa kita pakai tu, tapi mask ni kita apply pada waktu malam sebelum tidur.

Caranya, picit mask tu ke tapak tangan..then gosok je la macam korang sapu lotion gitu. Boleh juga disapu ke muka asalkan jangan terkena mata sudah. Tak perlu bilas. Lepas kering, boleh lah terus tidur. Esok pagi, just cuci muka macam biasa. 

Jangan risau mask ni tak melekit pon. Kepekatan Q10 Glutathione menjadikan kulit putih kemerah-merahan (pinkish). Ia juga berupaya mengurangkan kedutan, bintik-bintik hitam, jerawat dan masalah kulit yang lain.

Mieya just pakai dekat muka, buku lali dengan tangan je. Kulit muka rasa fresh and its smell nice. Bangun pagi esok, bersihkan muka sikit. Kulit rasa soft je, halus-mulus, anjal. Cerah? Semestinya tak.. Sebabnya Mieya just 
pakai kadang-kadang je, itupun kalau ingat lah. Lagipun, mana ada produk yang boleh cerah dalam sekelip mata kan?

Jerawat masih lagi ada, tapi tak ada lah teruk seperti dulu. Jerawat kecik-kecik macam tu. Kulit muka Mieya
jenis berminyak, adalah nampak kurang sikit.
hasil vitamin C Pahang Pharma + Boya Mask

Terus-terang, Mieya kurang suka apply krim di muka. Rasa rimas plus malas (padahal dulu, hari-hari mesti tepek krim sebelum keluar) Sekarang muka togel, bedak takde.. Sun block, krim pencerah lagi la.. Jadi tak hairan lah, kulit sunburn dan berbelang-belang gitu.

Bila guna boya mask, rasa macam complete hidup. Jimat, tak perlu fikir nak tepek bermacam-macam skincare di muka, dan mudah kerja.

Harga Boya Mask cuma serendah RM30 je, kandungan 140ml. Boleh tahan 2-3 bulan kalau pandai jimat. hehehe

Nak tahu try lah dulu. Mana tahu kot-kot sesuai dengan kulit korang juga..

Sekian.. Daaa...


Kebaikan Minum Air Masak / Air Suam

Assalamualaikum wbt :)

Ramai sangat yang mengeluh pasal catuan air di seluruh kawasan Lembah Klang kan? Sama juga lah Mieya. Alhamdulillah, biarpun kawasan perumahan Mieya tak terlibat dengan kes air dicatu ni. Tapi, tetap jugak terasa kesukarannya terutamanya di tempat kerja T.T

Okay, alang-alang dah bercerita pasal air ni.. adalah wajib untuk korang baca entri ini. 


We need watersss
Tahu tak berapa kuantiti air yang tubuh badan kita perlukan setiap hari? Info dekat google sering kata, manusia memerlukan at least 2-3 liter tapi sebenarnya, setiap manusia memerlukan kandungan air yang berbeza depends on our weight.

Jom Mieya kongsikan bagaimanakah cara pengiraannya untuk ketahui kuantiti air yang badan kita perlukan.

Formulanya :


2/3 berat badan manusia dalam unit Pounds (lb) = Jumlah air yang perlu diminum, dalam unit Ounce (oz)

Andaikan berat badan anda 55kg

1) Tukarkan unit kg kepada pounds (55kg = 121.25 lb)
2) Darabkan dengan 2/3 (121.25 x 2/3 = 80.83 oz)
3) Tukarkan unit Oz ke L (80.83 oz = 2.3 L)

So, buat mereka yang mempunyai berat 55kg, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2.3L air sehari ya !


Bagaimana nak tahu Pengambilan Air Mencukupi?
1) Jarang rasa dahaga
2) Hasilkan 1.5L urine sehari
3) Warna urine jernih, colourless

Ternyata memang banyak kebaikan sekiranya minum air putih ini.  Antaranya : 

1. Menguruskan badan
Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini semestinya mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan lancar.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.


TAHUKAH ANDA?

Air masak sangat penting untuk tubuh badan kita, tambah-tambah jika kita ambil supplement. If uols ambik supplement berbakul-bakul pun, tak mnum air masak mana nak menjadi?? So, uols kena pastikan minum at least 3LITER air SEHARI. Shhh! Jangan mengeluh tau. Kata nak cantik kan? Hehehe So, kena lah rajin2. Baru lah supplement tu cepat berkesan.

50 Amalan Seharian Terbaik Dalam Hidup

Assalamualaikum wbt :)

Actually tadi, saja je godek-godek dekat laman sesawang google pasal amalan terbaik dalam kehidupan seharian. Dan rugi rasanya jikalau ilmu yang ada Mieya tidak kongsikan bersama kalian, rakan pembaca.

Kalaulah kita dapat buat sedikit pun daripada amalan-amalan tersebut 
sudah cukup baik untuk kita apalagi kalau dapat buat semuanya kan..? 
Memang berbahagialah di dunia dan akhirat InsyaAllah.

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi


11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan 30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.


Wordless Wednesday #38


P/S : Biarlah orang nak cakap apa sekalipun pasal diri kita. Selagi tidak menjatuhkan air muka sendiri, kita telan saja lah. Mulut orang, macam mana nak tutup. Ye dak?

Sabar je lah selagi boleh bertahan. Kang kalau tak sabar, habis keluar perkataan yang mampu merobek hati.=p



Sampai Bila Nak Berblog?

Assalamualaikum wbt dan hi korang :)

Nak dijadikan cerita, semalam.. Sedang asyik berborak-borak dengan member lama semalam.. Tetiba sahaja Mieya diajukan soalan cepumas sebegini.

A : Kau masih berblog lagi ke?

Mieya : Ha'ah (sambil angguk-anggukkan kepala) Tapi tak ada lah sekerap dulu. Komitmen dah bertambah, masa yang ada pon agak terhad. Jadi, proses nak mengerah kepala otak untuk berfikir agak perlahan sedikit.

A : Gila lah kau ! Still lagi maintain, mengadap blog. Kawan-kawan yang lain semua dah tak layan blog-blog nie dah. Apalah yang best sangat dengan blog ni sampai kau boleh jadi ketagih/fanatic seperti ini?

Nahhh muka togel kat tempat kerja. Tak ada tepek apa-apa dekat muka.
Kerja turun naik tangga, berjemur setiap hari. Simple is the best option!

Mieya : (senyum) Alhamdulillah. Dah minat aku suka menulis dan berkongsi cerita. Tapi kau sendiri tahu kan, aku nie jenis orang yang susah nak meluahkan rasa? I mean, kawan pon tak ramai. So, aku banyak pendamkan segala apa yang aku rasa selama ini dalam hati.

Jadi, aku perlukan alternatif lain untuk membuang segala macam rasa yang aku pendam. Dan aku rasa, menulis blog banyak membantu aku.

Setiap orang ada matlamat tersendiri kenapa mereka tulis blog... Apa pun matlamat tu terpulang pada individu itu sendiri! Mieya pernah cerita dalam entri ini sebab apa Mieya berblog!

A : Sampai bila kau nak berblogging? Takkan sampai ke tua?

Mieya : Insyaallah. Selagi aku mampu, selagi aku ada idea, ada cerita nak dikongsikan bersama.. Selagi ada kemudahan akses internet dan selagi blogspot masih percuma, Selagi itu aku akan berblog.

P/S : Kawan-kawan pula, sampai bila nak tulis blog?

(Maaf atas penggunaan kata ganti nama "aku" pada yang lebih tua.)

MISTINE EGG WHITE MASK


MASIH TERCARI-CARI MASKER SESUAI UNTUK PERAWATAN TAMBAHAN BAGI KULIT BERMINYAK, BERJERAWAT ATAU KUSAM?

MAHU CARA MUDAH MERASAI TAMPALAN MASKER IBARAT PEMAKAIAN PUTIH TELUR TRADISIONAL?

JOM CUBA EGG WHITE MASK INI..
TIADA HANYIR MALAH BERBAU WANGI DAN BERKESAN..


KELEBIHAN EGG MASK :

- Menanggalkan sel-sel kulit mati dengan berkesan
- Dapat menganjalkan serta melicinkan kulit
- Membantu menghilangkan blackhead & whitehead
- Memudarkan parut-parut halus
- Mengecilkan pori-pori kulit muka
- Mengecutkan jerawat
- Mengatasi kesan sunburn pada wajah
- Menyejukkan dan menenangkan kulit yang stress
- Mengurangkan masalah kulit berminyak
- Juga membantu mencerahkan kulit
- Sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh diguna lelaki/wanita


CARA PEMAKAIAN EGG MASK :

1. Cuci/basuh muka dengan sabun/cleanser sedia ada dan keringkan
2. Sapu mask pada seluruh muka kecuali bibir & mata secukupnya
3. Tunggu 15-20 minit sehingga ia benar2 kering (mengadap kipas angin disarankan)
4. Tarik mask perlahan2 dari bawah ke atas
5. Rasai wajah yang lembut, halus dan lebih bersih!
6. Guna 2-3 kali seminggu untuk hasil optimum
** Tips: Simpan mask dalam peti sejuk beberapa minit sebelum guna buat pemakaian anda terasa lebih cool dan segar!


KANDUNGAN EGG MASK :
** Albumen (putih telur), Hydrolyzed Elastin, Collagen


Harga Sebotol : RM18 (Sehingga 30/04)
10 BOTOL : RM120 

FREE POSTAGE SEMENANJUNG

BERMINAT MENCUBA?
JOM ORDER SEKARANG..

SMS/WHATSAPP : 017 398 0067

Perkembangan Bisnes | CPUV Ke 8 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt dan Hai semua :)

Dah lama rasanya tak berblog secara santai di sini. Selalunya just taip entri siap-siap dan schedule kan masa yang sesuai tak pun update secara curi-curi dekat ofis. hihihi Sangat-sangat tak heaven, tak boleh nak feeling lebih-lebih sangat, kena pandai-pandai bajet masa.


Nak-nak lagi sejak berkecimpung dalam bidang bisnes kecil-kecilan ni. Sentiasa kena ada perancangan  yang teliti baik dari :

  • masa untuk promosi
  • penetapan harga barang
  • bab layanan kepada customer 
tak lupa juga dengan tumpuan / fokus pada tugas antara kerja sepenuh masa dan juga kerja part time. Insyaallah, Mieya boleh manage semua tu dengan baik. Mudah-mudahan ye.

Sedikit selingan berkaitan iklan Nuffnang..


Alhamdulillah.. Masih lagi diberi kepercayaan oleh pihak INTI untuk menjalankan kempen bagi pihak mereka di blog Mieya Atiera.

Inti 2014 Cycle 2 Degree merupakan pilihan yang tepat bagi mereka yang masih tercari-cari hala tuju, di mana nak sambung belajar ke peringkat Diploma dalam beberapa bidang menarik yang ditawarkan oleh INTI International College.

Kalau nak tahu info selanjutnya, klik sini atau paling mudah, cari iklan INTI di sekitar blog ini.

Thank you.

Review Clinicell Oral Skincare | Testimoni Bergambar

Assalamualaikum wbt :)

Tak lama dulu, Mieya ada war-warkan di blog Mieya mengenai Cabaran 15 hari BerClinicell di mana ia bukan hanya mampu mencantikkan kulit, menyihatkan badan malah mampu mencerahkan wajah.


Clinicell merupakan sebuah formulasi termaju dengan menggunakan ekstrak sumber semula jadi yang berkualiti dan "salah satu molekul Anti Aging yang terhebat". Mengandungi Hydrolyzed Kolagen, AstaREAL P2AF Astaxanthin, Ceri Acerolla, 13 Vitamin dan 11 mineral yang diperlukan oleh badan. Menyegarkan, mengembalikan keanjalan dan memutihkan di samping memberikan kelembapan kulit.




Hasil kajian yang dibuat, menunjukkan :



  • 6000 kali lebih kuat dari Vitamin C¹
  • 800 kali lebih kuat dari CoQ10¹
  • 550 kali lebih kuat dari Vitamin E²
  • 75 kali lebih kuat dari Alpha lipoic acid¹
  • 40 kali lebih kuat dari Beta Carotene³
  • Disahkan Halal Oleh Jakim
  • Kilang yang berstatus GMP
  • Bahan aktif semulajadi yang berkualiti tinggi dan di import
  • Harga yang murah jika dibandingkan dengan produk yang diimport kerana kualiti yang setara
  • 100% selamat dan tiada kesan sampingan
  • Kesan Anti Penuaan dan Pemutihan kulit ke seluruh anggota badan kerana pengambilan secara oral (makan/minum)
  • Kadar keberkesanan yang tinggi
  • Kadar penyerapan dalam badan yang tinggi
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Cara penggunaan yang mudah, hanya larutkan 1 sachet dalam air, kemudian diminum pada waktu malam sebelum tidur
  • Perisa oren yang sedap dan tidak terasa seperti ubat


  • Pengalaman & Testimoni Mieya

    Rasanya memang memenuhi cita rasa Mieya. Rasa masam manis macam campuran Orange bersama Peach sikit. Memang sedap!


    Tona kulit Mieya hitam manis ek. Jadi, jangan lah nak expect akan nampak kesan yang betul-betul boombastic gitu. Sebabnya, saranan Clinicell supaya terus konsisten at least ambil sehingga sebulan untuk kesan yang optimum. Tapi, Mieya cuma ambil 15 hari sahaja.

    Untuk makluman, Mieya mempunyai dua tugas. Satu, sebagai pengganti sementara emak dalam menguruskan rumah. So, rutin setiap hari ialah bangun awal pagi untuk siapkan sarapan pagi, sapu halaman rumah serta kutip baju kotor ke mesin basuh.

    Dua, sebagai kerani di salah sebuah syarikat pengedar tayar. Okey, sila lah jangan anggap kerja kerani ni sebagai kerja paling mudah, duduk bawah air-cond dan mengadap komputer sahaja. Hari-hari, Mieya akan uruskan stok keluar masuk, arrange 4 transport for delivery, calling transporter, check stock (checker), naik turun tangga untuk ke stor dan ofis. Sangat-sangat memerlukan tenaga yang banyak.


    Harap maaf, kalau gambar kurang jelas sebab kesan pencahayaan gambar bagi kedua-dua gambar di atas adalah berbeza.
    Oleh yang demikian, jika sebelum ini kulit Mieya seakan kusam, jerawat bermaharajalela serta tubuh badan seperti tidak bermaya tetapi, setelah bersama Clinicell.. Alhamdulillah, ia membantu menangani masalah tersebut. 

    Jerawat dah semakin kurang. Walaupun masih ada saki-bakinya yang tinggal. Muka juga sudah kurang berminyak. Nampak lah perubahannya di mana kulit tampak lebih segar dan sihat.

    Untuk info selanjutnya, boleh lah kunjungi :

    FB CLINICELL Oral Skincare 

    Website CLINICELL Oral Skincare

    Berita baik untuk pembaca Mieya Atiera!
    Get RM20 off when you purchase RM99 and above at HiShop
    Discount code : CLINICELL
    *valid until 30 April 2014

    Website : www.hishop.my
    Facebook : https://www.facebook.com/hishopmy
    Twitter :  http://www.twitter.com/hishop.my
    Subscribe to HiShop for exclusive updates : http://www.hishop.my/subscribe


    CPUV Ke 7 Dari Nuffnang 2014

    Assalamualaikum wbt :)

    Alhamdulillah, rezeki di awal bulan April ini daripada Librese Long Term. Rasanya, mesti ramai di kalangan blogger lain yang dapat CPUV yang sama jugak kan?


    Syukurlah Nuffnang dan Libresse, bermurah hati juga untuk menghadiahkan CPUV untuk blog Mieya Atiera ni :)