Sampai Bila Nak Berblog?

Assalamualaikum wbt dan hi korang :)

Nak dijadikan cerita, semalam.. Sedang asyik berborak-borak dengan member lama semalam.. Tetiba sahaja Mieya diajukan soalan cepumas sebegini.

A : Kau masih berblog lagi ke?

Mieya : Ha'ah (sambil angguk-anggukkan kepala) Tapi tak ada lah sekerap dulu. Komitmen dah bertambah, masa yang ada pon agak terhad. Jadi, proses nak mengerah kepala otak untuk berfikir agak perlahan sedikit.

A : Gila lah kau ! Still lagi maintain, mengadap blog. Kawan-kawan yang lain semua dah tak layan blog-blog nie dah. Apalah yang best sangat dengan blog ni sampai kau boleh jadi ketagih/fanatic seperti ini?

Nahhh muka togel kat tempat kerja. Tak ada tepek apa-apa dekat muka.
Kerja turun naik tangga, berjemur setiap hari. Simple is the best option!

Mieya : (senyum) Alhamdulillah. Dah minat aku suka menulis dan berkongsi cerita. Tapi kau sendiri tahu kan, aku nie jenis orang yang susah nak meluahkan rasa? I mean, kawan pon tak ramai. So, aku banyak pendamkan segala apa yang aku rasa selama ini dalam hati.

Jadi, aku perlukan alternatif lain untuk membuang segala macam rasa yang aku pendam. Dan aku rasa, menulis blog banyak membantu aku.

Setiap orang ada matlamat tersendiri kenapa mereka tulis blog... Apa pun matlamat tu terpulang pada individu itu sendiri! Mieya pernah cerita dalam entri ini sebab apa Mieya berblog!

A : Sampai bila kau nak berblogging? Takkan sampai ke tua?

Mieya : Insyaallah. Selagi aku mampu, selagi aku ada idea, ada cerita nak dikongsikan bersama.. Selagi ada kemudahan akses internet dan selagi blogspot masih percuma, Selagi itu aku akan berblog.

P/S : Kawan-kawan pula, sampai bila nak tulis blog?

(Maaf atas penggunaan kata ganti nama "aku" pada yang lebih tua.)

3 comments:

Lyaa Suriany said...

kite pn tak tau smpai bla akan berblog. even ada angin psg surut. kjp rajin kjp mls. tp nak tinggal blogging tu buat masa skrg x trpkr lg.
sbb kite tau. one fine day nnti, anak anak ke boleh baca blog ni. byk ksh suka duka . so slgi boleh berblogging, memang akan blogging. cayok dear.

Syaza said...

p/s. Selongkar your blog kejap malam ni, bosan sikit.

1) Umur kita samaaaa :D
2) Yayyyy kita geng pelat R :P (tension tahu tak bila abang and adik and kawan asyik usik pasal 'Nazura' in my name -.-)

Hikhik. OK sebenarnya sekarang Nazu (Syaza, aku, kita, anything la) baru balik Malaysia from US, on my 3-months summer holiday. Ingatkan nak buat GA or contest, tapi macam taknak buat sorang diri ._. Nak partner tak? Hikhik :D If yes, msg me on Facebook (www.fb.com/syazanazura) or email (syazanazura [at] yahoo [dot] co [dot] uk) :)

Syaza said...

Oh, terlupa pulak. Jawapan for your question in the entry:

Saya / Nazu nak blog sampai jari putus takleh blog lagi. Wiwiwiwiwi.