3 idiots

Assalamualaikum wbt :)

Sudahkah korang menikmati filem hindustan ini? Kelmarin dan semalam merupakan kali kelima Mieya mengulang mata menonton filem ini. best okey, siap hafal jalan ceritanya lagi ^,^ hehe.

Walaupun cerita ini dah lama. dah lapuk, dah lemau untuk dibahaskan. tapi, pedulikan itu semua. Mieya tak kira, hari nie Mieya nak jugak review sikit-sikit mengenai filem nie.

Filem nie mengisahkan tiga pelajar kejuruteraan, iaitu Raju, Farhan dan Rancho yang berkongsi sebuah bilik di kediaman ICE. Rancho percaya bahawa kejayaan dalam pelajaran tidak akan tercapai semata-mata dengan menghafal bahan-bahan dan definisi-definisi yang diberikan oleh buku-buku teks atau profesor, tetapi dengan memahami dan menggunakan konsep-konsep. Malangnya, pendapat Rancho disangkal oleh dekan kolejnya, iaitu Virus.

Sementara itu, Rancho jatuh cinta dengan anak perempuan Virus, iaitu Pia (Kareena Kapoor). Virus label Rancho dan kawan-kawannya sebagai "bodoh" dan cuba untuk memecahkan persahabatan Rancho dengan Farhan dan Raju. Tapi tak berhasil.


ehh, sebenarnya ada lagi cerita selanjutnya. Tapi, malas pulak nak taip panjang berjela-jela. Korang tengoklah sendiri sama ada dekat google ataupun dekat Youtube. Siyes, korang takkan menyesal punya. sebagai halwa mata menunggu detik ketibaan tahun baru kan?


Sepanjang Mieya menonton filem ini, Mieya mula berfikir banyak benda (drama queen dah mula dah)


  • Mieya nak kawan baik, yang mana sentiasa berada di sisi Mieya tak kira sama ada di waktu senang mahupun di waktu sesak. Yang sentiasa menahan telinga untuk mendengar bebelan Mieya yang kurang bermanfaat. dan yang sudi meminjamkan bahu untuk Mieya mencurahkan hati dan perasaan.

Setakat nie, Mieya dah ada dua tiga orang kawan baik, yang mana sekejap timbul dan sekejap tenggelam. Entah di mana entah dia menghilang. hmmm, sebetulnya Mieya dah lama tak berjumpa dengan mereka. Maklum lah masing-masing sibuk dengan urusan duniawi dalam mencari duit untuk berjoli sakan. hikhik~

  • Kalau nak cari pasangan, carilah seseorang yang boleh menerima kelebihan dan kekurangan diri kita seadanya. tak nak yang macam dalam cerita nie, dapat pakwe yang bersikap materialistik. Hilang barang berharga dah macam hilang anak. Agaknya kalau hilang isteri, macam mana pulak ye? Apakah dia akan kisah?

  • belajar dengan memahami serta menggunakan konsep-konsep tertentu. dan bukannya sekadar mengerah keringat otak untuk menghafal itu dan ini semata-mata kerana menghadapi peperiksaan. Blogging pon lebih kurang macam tu jugak lah.

  • belajar berdasarkan minat sendiri. Jangan paksa diri sendiri untuk mempelajari sesuatu mengikut kehendak orang lain sekiranya diri sendiri tak boleh nak catch up. Seelok-eloknya, sebelum membuat sesuatu keputusan. Berbincanglah dengan keluarga, tanya pendapat mereka dan berfikir sehabis mungkin mengenai keputusan yang telah dibuat.

Okey, mengikut pandangan Mieya sebagai juri jalanan filem ini, Mieya bagi semua bintang yang ada di dalam laci Hello Kitty. haaa.. banyak tuu. sesuai dengan cerita ini, membuatkan Mieya sekeluarga tak kering gusi dan dalam pada masa yang sama memperoleh banyak pengajaran yang dapat kita teladani dalam kehidupan seharian.

Sekian, laporan filem yang mengakhiri musim cuti sekolah pada tahun ini daripada Mieya Atiera pada frekuensi siaran 666. Semoga kita berjumpa lagi di laporan filem pada tahun yang akan datang. 

wat lek wat peace wat kool :)

Cara Mendidik Kanak-kanak Menabung

Assalamualaikum wbt kalian :)

Semua orang sedia maklum bahawasanya, kanak-kanak dan tabiat menabung merupakan satu perkara yang sukar untuk digabungkan. Tambahan pula, pada zaman moden dan canggih seperti sekarang nie. dengan gelang yang berwarna-warni, dengan rantai yang bermacam rupa, serta wallet yang murah-murah.

dah nama pon budak kecil separa tak matang. Biar bermacam cara yang cuba dipraktikkan semata-mata untuk menawan hati mereka agar menabung. seperti memberi ceramah agama ditambah dengan bonus kesedaran pon, mereka sukar menerimanya.

Jadi, dengan adanya kemunculan wang kertas dan wang syiling yang baru dan bermacam rupa, mungkin perkara sebegini boleh jadi kenyataan kot. Tak percaya? mehh, kita tengok rupa dan bentuk wang tersebut.



Cuba perhatikan betul-betul. betapa cantiknya keluaran wang yang baru nie kan. Mesti bebudak sekarang akan merasa sayang untuk gunakannya. Mana taknya, wang kertas pon dah macam wang saidina. 
Kalau dalam permainan saidina tu, dah boleh beli macam-macam dah. beli tanah, lapangan terbang, bayar cukai, beli rumah, beli hotel.

Maka, sebagai langkah awal, ibu bapa di setiap rumah perlu digalakkan untuk membeli seberapa banyak tabung. Bagi menerap budaya menabung dalam diri anak-anak sekalian.

Di usia muda sebegini lah, budaya ini harus diterapkan dalam diri mereka. Jangan mengajar mereka cara senang untuk peroleh wang. Biar mereka tahu bahawa pentingnya berusaha untuk mendapatkan wang.


Pastikan tabung yang dibeli cukup comel dan menawan beserta sedikit ugutan, sekiranya duit tabung tak penuh lagi maka tiada habuan untuk mereka.

Membuat perjanjian dengan ayat-ayat manis. Sekiranya anak-anak ini berjaya memenuhkan tabung dengan wang, maka barangan kecintaan akan dibelikan sebagai hadiah.

mudah bukan? kalau ikutkan sangat kata hati, nak tak nak je. memang payah lah nak berhasil. Terpulang kepada individu itu sendiri sama ada nak teruskan amalan mulia sebegini dalam diri generasi muda sekarang atau tidak.

Salam bertemu lagi kawan-kawan :)

Cara Mandi Wajib yang betul

Assalamualaikum wbt kalian :)

Hari ini, Mieya akan berkongsi dengan korang mengenai Cara-cara mandi hadas dengan betul. Sebelum tu izinkan Mieya untuk mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ustaz Nor Amin yang bertungkus-lumus menulis artikel ini. Semoga usaha murninya ini diberkati oleh-NYA. Insya Allah.

Sebab perlu Mandi Hadas Besar / Mandi Wajib

  1. Bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
  2. Keluar mani walaupun sedikit.
  3. Mati melainkan mati syahid.
  4. Keluar haid bagi perempuan.
  5. Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  6. Wiladah atau melahirkan anak.
RUKUN MANDI HADAS BESAR / MANDI WAJIB
  • Niat
  • Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
  • Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki (termasuk dubur).
Jenis Niat Mandi Hadas Besar / Mandi Wajib
1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.
Bahasa Arab
Keluar mani atau keluar haid dan nifas
نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْحَيْضِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْجَنَابَةِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ النِفَاسِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.
Sunat Ketika Mandi Wajib
mengadap kiblat
membaca basmalah
membasuh dua tapak tangan
mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
membasuh sebanyak tiga kali
Cara-cara Mandi Wajib
  • Sebelum mandi hadas besar, anda perlulah bersihkan badan daripada segala kekotoran.
  • Setelah selesai mandi biasa, hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke anggota badan.
  • Disunatkan untuk berwuduk. Jangan risau sekiranya anda terlupa berwuduk kerana mandi hadas besar anda tetap sah.
  • Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
  • Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
  • Sunat memulakan mandian di sebelah kanan dahulu dan seterusnya di sebelah kiri.
  • Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  • Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu di rambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.

Tipikal manusia, dengki-mendengki

Assalamualaikum wbt kalian :)

Petang-petang, sambil cicah lempeng dengan kuah kari ikan, siap minum milo panas taruk ais 5 ketul. sambil menaip, sambil dengar radio. baru ada feel nak layan mood blogging. hikhik saja je nak tukar mood petang, selalunya minum teh ais je.

okey berbalik kepada tajuk pada hari nie, dengki. Dalam dunia ada bermacam-macam jenis perangai manusia. Dealing dengan manusia sememangnya lebih complicated berbanding dengan komputer. sebab dalam diri manusia melibatkan permainan emosi.

Korang perasan tak, kekadang ada manusia nie boleh dengki-mendengki tanpa sebab. Misalnya, dengki kerana dia tidak memiliki atau tak punya apa yang orang lain ada.
Dengki sampai jadi hasad. Dengki sampai mendoakan yang bukan-bukan bertujuan  untuk menjatuhkan orang lain. Dengki dengan kejayaan orang lain.

Lantas sebagai jalan pintas, amalan santau-menyantau menjadi kegemaran.
Hukum agama langsung diketepikan. Tuhan yang sepatutnya disembah, tetapi dia syirikkan. dengan meminta pertolongan bomoh dan alam ghaib.


Contoh terdekat yang boleh kita jadikan iktibar ialah dalam drama slot akasia Tentang Dhia tu. Kisah di mana ibu mertua Dhia yang berhati busuk, meminta bantuan daripada seorang bomoh, iaitu Pak Boon untuk mengenakan Dhia dan keluarganya.


tu dalam drama kat tv. Tapi kalau dalam kehidupan harian pulak. Santau antara jalan mudahnya. Bila si peniaga menegur pelanggan yang kurang adabnya, si pelanggan yang tidak dapat berfikir secara rasional, terus mengambil keputusan untuk menyantau si peniaga. dan akhirnya si peniaga meninggal dunia.


Kisah yang Mieya kongsikan ini bukan rekaan semata-mata, tapi adalah kisah benar yang terjadi pada keluarga Mieya. Mintak-mintak lah kita semua dijauhkan daripada semua ini. Amin~


salam bertemu lagi kawan-kawan :)

URL blog Mieya Atiera diciplak

Assalamualaikum wbt kalian.

Maaf kerana Mieya terpaksa menyepikan diri buat seketika. Maaf kerana dah lama
tak update belog ini sampai korang semua naik juling nak baca post yang panjang kemain. Mieya terpaksa okey.


Apalah nasib yang menimpa diri Mieya nie. Adakah diri ini yang telah ditakdirkan
untuk angkat kaki dari dunia blogging dengan membawa hati yang penuh duka lara.

Huaaaaaaaaarghh ! Terasa seperti mahu saja Mieya rembeskan semua kemarahan dan kesedihan itu. Nak nangis sambil menghentak-hentak kaki, biar bergegar satu dunia.



Perempuan. Aku dah anggap kau macam adik aku sendiri.
Kau baik-baik dengan aku, aku pon berbuat baik dengan kau.
Tapi siapa sangka, dalam diam kau tikam aku dari belakang.

Walau aku pernah menasihati kau.
Bukan sekali, bukan dua kali. Tapi, dah berkali-kali dah.
Tapi kau tetap berdegil, terlalu taksub mengejar populariti.
Sehingga kau sanggup mengkhianati hubungan erat kita nie.

Aku takde masa nak salahkan sesiapa.
Nak salahkan kau, dia, mereka, dan sesiapa sahaja.
Tapi, cukuplah sekali.
Garam yang dicampakkan ke laut pon boleh mendatangkan air masin,
inikan pula manusia?



Hmm, apalah nasib daku ini? Baru je nak menongkah arus yang deras dalam dunia blogging dengan api semangat yang membara. tup tup, api semangat itu terpadam begitu sahaja ibarat bara api yang disimbah dengan air.


Dah lah url sama dengan Mieya. Cuma mungkin url dia jauh lebih "comel" sikit kot.
Terasa macam dihiris-hiris hati nie. Pedihnya bagai tertusuk sembilu yang tajam berbisa itu.


Perempuan. Sejujurnya aku kurang faham.
Kenapa kau perlu meniru-niru aku yang tidak popular ini
Sedangkan ada ramai lagi blogger yang hebak-hebak, hot sentap belaka di luar sana.
Kenapa mesti blog cikai aku nie yang kau nak tiru?


Terasa macam nak saja Mieya bagi link url blog dia di sini, supaya semua orang
berpusu-pusu menegur beliau dengan baik. Tapi, memandangkan beliau masih lagi budak.
Umur pon hampir baya-baya dengan adik Mieya, si demokkk tuu. Terasa macam kesian pulak.


Mieya kuatkan hati nie, mencuba untuk menghantar pesanan peribadi kepada budak tuu. Dengan niat yang baik supaya beliau menukar link url belog dia secepat yang mungkin.
Tapi hampa, tak dilayan.


Ini betul-betul tak adil. Tak adil. ohh, perlu buat ape nie? perlu ke Mieya lari-lari anak
lepas tu lompat-lompat kegirangan? atau perlukah Mieya ugut dia, "kalau kau tak tukar link url belog ko, aku merajuk ! " mungkin dia tak ambik kisah. hmm. apa perlu buat nie?

Cuma Mieya nak kongsi kan sedikit pesanan khidmat masyarakat yang Mieya petik dari belog Sis Yuyu kepada semua. Mungkin ada di kalangan kalian yang terlupa atau terbuat-buat lupa.

Tak payah nak tiru bagai. tok sah menjadi orang lain. Susah nak diingati oleh orang ramai nanti. Cari identiti sendiri. Biar orang kenal kita kerana diri kita sendiri bukannya sesedap rasa menciplak hasil pemikiran orang lain. Sedangkan blogger seperti Mieya yang sedang mencari identiti diri pon merasa susah ya amat. Inikan pulak mereka yang baru mengenal apa itu dunia blogging yang sebenar-benarnya.