SSU fasa 1, 2011

Assalamualaikum wbt kalian :) Korang semua sihat tak? Kalau tak sihat, meh sini hi5 sikit dengan Mieya.. Actually, Mieya mengalami selsema atau bahasa saintifiknya lebih dikenali sebagai wabak influenza U.. haa, mesti korang tertanya-tanya bukan, kenapa nama yang diberi ialah U?  Begini ceritanya, influenza U merujuk kepada simptom penyakit yang muncul selepas sahaja Mieya pulang daripada U..  maka, dengan ini terjawablah persoalan dan kemusykilan korang tentang wabak yang Mieya sendiri ciptakan ini.. kih kih kih :D okay,tutup cerita..

Hari ini, seperti yang Mieya janjikan semalam bahawasanya Mieya akan bercerita mengenai pengalaman Mieya sewaktu di UNISEL kan? Okay, here we will go.. (tuan punya belog sedang berusaha untuk mengingati semula jalan cerita sepanjang program ini berlangsung khas untuk tatapan kawan-kawan sekalian.. hope sangat korang bersabar ye:)


22 Apr 2011
yaa,  Mieya telah berjaya bangun seawal jam 5.30 pagi kerana terlalu excited menunggu saat-saat yang ditunggu-tunggu.. eh, kejap kejap, something wrong with this sentence.. Tapi takpe lah, buat-buat faham je la ye.. -_-"!  Pagi-pagi tu, sekali lagi mieya menggunakan khidmat abang Mieya untuk menghantar "adik kesayangan" dia ke sekolah..

Setibanya Mieya di sekolah, rata-rata pelajar di sekolah tidak kira dari arah kiri , kanan, depan dan belakang pandang-pandang, jeling-jeling Mieya.. Maybe sebab Mieya membawa dua buah beg yang besar macam orang nak lari daripada rumah lagaknya.. HAHA, so what?? Then, tepat jam 8.10 pagi kami pon bergerak ke UNISEL dan selamat tiba pada jam 10 pagi.. Di sana, kami dikejutkan dengan kemunculan ex-student SMK Taman Medan iaitu abang Praba@daniel.. wahhh, semakin berseri-seri muka beliau sekarang nie.. Setelah selesai sesi pendaftaran, kami pon duduk menunggu giliran untuk mengambil bantal dan kunci rumah..
p/s : gambar ini telah ditangkap secara  CANDID.. 
Selama 10 buah sekolah bagi setiap daerah di Selangor telah dipilih untuk mengikuti program Sekolah Sahabat UNISEL nie.. and sekolah Mieya merupakan satu-satunya sekolah daerah petaling yang telah dipilih untuk mengikuti program ini..  Selepas itu, kami pon bergerak ke cafe untuk mengisi kekosongan perut and paaappp ! Mieya terkejut plusplus kaget kerana ruangan cafe dipenuhi dengan bebudak sekolah yang lain.. wahhh, malu malu malu :)

Kami telah diberi masa selama lebih kurang 45 minit untuk bersiap-siap ke masjid.. Memang gila kentang lah, berbekalkan masa yang sedikit aku serta roomate aku (mira and bell) mengambil keputusan untuk bersiap macam dalam cerita Seniman Bujang Lapok tu.. (cuba ingat balik, macam mana dorang bersiap nak pergi kerja..hehe) Hari ini, kami akan berada di masjid seharian kerana aturcara pada hari ini hanyalah untuk mendengar ceramah je.. Takpe takpe, majlis ilmu tu..


Then,  pada jam 9.00 malam kami bergerak pula ke Dewan Biru untuk aktiviti ice breaking.. Kami telah diberi tugasan untuk mencipta tagline sekolah sendiri dalam masa 10 minit.. Pada peringkat awal untuk memikirkan gaya persembahan tuw memang rumit sebabnya semua orang nak bercakap dalam satu masa.. but, memandangkan masa terus berjalan, kami sepakat untuk membuat tagline berunsur komedi sedikit.. and dalam masa 5 minit, kami sudah pon berada dalam mood bersedia walhal bebudak sekolah lain masih lagi terkocoh-kacah memikirikan tagline sekolah dorang..

Suasana di dalam dewan sangat-sangat bingit dengan persembahan hangat daripada setiap sekolah.. and apabila tiba sahaja giliran sekolah Mieya,  kami memulakan langkah dengan gaya pergerakan tangan seperti usop wilcha yang mengundang kontroversi dan sensasi dari semua pihak di dalam dewan tersebut..
wajah-wajah pelajar yang tiba awal di dewan :)
Tepat jam 11.15 malam, kami dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.. Perghhh, memang penat lah lagi-lagi rumah kediaman kami terletak di tingkat 4, memang semput lah Mieya menaiki anak tangga.. Sampai sahaja di rumah, Mieya pon terus meluru masuk ke dalam bilik and guess what? Mieya ternampak lipas-lipas merayap di sekitar beg pakaian Mieya.. and secara drastiknya, mieya  teros melompat atas katil lalu menjerit sekuat-kuat hati kerana ketakutan dan disebabkan tiada seorang pon yang menyahut atau menghadirkan diri untuk melihat keadaan Mieya.. Lastly, Mieya pon menangis sendirian.. (memang tak boleh blah kan nak menangis pasal lipas?

tapi, nak buat macam mana kalau Mieya sendiri alergic sangat dengan incik L nie..)  Tak lama kemudian, kawan-kawan dari rumah sebelah pon datang.. Thanks korang ! Setelah memastikan rumah kediaman Mieya,mira and bell bebas daripada lipas, Mieya dan roomate Mieya terus mengeluarkan beg pakaian lalu berpindah ke bilik Bell.. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami menyendal pintu bilik dengan sehelai kain..

wahhh, nak ceritakan aktiviti selama satu hari pon dah panjang berjela-jela sebegini,  inikan pula nak cerita aktiviti selama tiga hari? ohhh, tak sanggup mak "-_-"  lagi-lagi dengan keadaan badan yang tak berapa nak sihat.. So, dengan ini Mieya akan menyambung entry seterusnya di lain waktu.. Nantikan je la ye entry yang seterusnya? Salam bertemu lagi ~

2 comments:

Youq Al-Yahaya said...

keep it as a sweet memory, miya~

Unknown said...

ohhh, yeahh ! suda smestinya abg fasi:)