haaa. GEDIK?? Semua orang tahu apa maksud gedik kan?? dan aku yakin setiap orang ada persepsi tersendiri tentang maksud gedik kan? Bagi aku, tak salah kalau nak menggedik asalkan kena pada tempatnya. Just tak mahu lah over sangat kan?? Nanti orang menyampah pulak. Bagi korang pulak, apa maksud gedik yaa? So, aku pun mula lah sibuk-sibuk try search kat google apa maksud gedik yang sebenarnya! eh, ada ke? rasanya kat google takde pulak maksud gedik. Yang ada hanyalah pandangan sesetengah orang tentang gedik ni sahaja. Maybe perkataan gedik ni direka kot! yela, cuba check kat dalam kamus dewan, memang confirm takde bukan??
Ada sesetengah orang kata, gedik ialah.
" Perempuan yang tak tahu malu serta murah harga dirinya."
Eh sesuka hati kau je nak kutuk-kutuk budak perempuan kan. kurang asam! haha.
Ada jugak yang cakap, gedik ni macam
" Perempuan yang buat-buat manja terlebih! "
" Perempuan yang gatal! pantang tengok lelaki mesti nak mengada-ngada."
Korang rasa itu maksud gedik ke? Aku sendiri pun tak tau macam mana nak terangkan apa maksud gedik tu sebab aku bukannya gedik pun kan. haha! tapi yang pasti gedik ni mungkin yang suka dibuat-buat lah. Bukan natural punya kan. tapi bagi aku, kalau dah perempuan kadangkala mesti lah gedik. Tapi tak payah lah nak berlebih-lebih sangat kan?? Bagi korang, gedik itu menarik tak? Gedik ni memang lah kadang-kadang merimaskan.. Tapi kita sebagai perempuan seharusnya menjaga tatasusila kita. Kalau nak menggedik sekalipun, kena lah tengok tempat yang sesuai jugak kan. Sebab nak jadi perempuan ni susah sebenarnya! Ada je benda yang orang tak suka bila kita buat something. Bagi aku, perkara yang penting ialah jadi diri sendiri! :)
Okay stop it Mieya! Sekarang jom cerita pasal kegedikan aku. Well aku memang gedik pon. Nak kutuk aku?? kutuk lah ada aku kisah?? haha. alamak macam kurang ajar je pulak bunyinya. Tapi aku rasa aku ni gedik bertempat lah jugak. Nak tahu tak apa yang aku gedik-gedikkan??
# Kalau aku nak gelak aku, gelak je. Apa aku nak heran. Kadang-kadang tuw sampai orang-orang dok pandang selek je kat aku. Tapi macam yang aku kata tadi kan. Ada aku kisah?? haha. mesti korang pelikkan, kenapa aku gelak pon orang pandang selek bukan?? Apa sedap sangat ke aku gelak?? Aku rasa memang taklah sebab aku gelak bukan jenis wanita melayu terakhir tapi versi pontianak mengilai..huhu T_T
# Gedik yang seterusnya ialah gaya aku berjalan. copp. Sebenarnya, gaya aku jalan takde lah macam model ponn, sebab aku ni tak tinggi macam korang. So aku rasa takde lah aku jalan macam model, but kalau macam lipas kudung tu ada lah. Betul tak ieka? Sila anggukkan kepala anda please? Thank you sayang. But kalau aku tinggi insya'allah aku akan jalan macam model yang paling lorat sekali. huhu.. nak tahu cara aku berjalan tak?? Tengok lah Amber Chia. memang tak berlagak lah kalau aku jalan macam dia.haah.
Actually, aku jalan takde lah lorat sangat tapi cukuplah setakat aku jalan jenis yang tak pandang orang dan kalau ada orang yang jalan bertentangan. i'm sorry aku sama sekali takkan perasan. Bukannya aku sombong or berlagak. dah memang perangai aku macam nie nak buat macam mana kan..? tapi hati aku baik tau (hahaha puji diri sendiri nampak).
# Gedik seterusnya adalah berkaitan dengan nama. Korang boleh bayangkan. emak and abah aku bagi aku nama "NOR AMIRAH" tapi boleh pulak bertukar jadi MIEYA ATIERA. Haha,, apa kes tuw?? Memang gedik tahap gonjeng kan aku ? nak buat macam mana, dah nama tuw yang paling aku suka dan aku rasa sesuai untuk aku.hehe
Wahh.. kacau jari aku dah menangis minta aku berhenti menaip. Penat woo, dari pagi tadi menaip lepas tu padam and taip lagi. So the conclusion is apa eyh?? Gedik ke tidak aku ini?? hah kau fikir-fikir lah sendiri ye.. haha Tapi terpulang lah kat korang nak kata aku apa, ada aku kesah? hee~
3 comments:
bagi i kan . gedik nih manja yg ter-LEBEY . perkataan manja uh jadii gedik kalo kte manja dengan kaum ADAm . adat laa uh pompuan yg manja . sma ada diorg bule kawal atau tk je .
:) Saye gedik tak? tak kan.. tak kan.. hik.. hik... Tulisan pun boleh melambangkan gedik kan..
yep, mieya setuju sgt2:)
Post a Comment