Firstly, sebelum melangkah jauh ke coretan aku kali nie, aku minta korang supaya kurangkan kontroversi dan tingkatkan merepek, okey? GREAT!
Kebiasaannya.. manusia menilai seseorang itu apabila mereka kelihatan menarik dari segi penampilan diri. but aku rasa haruslah pada sifat pembersih juga. Bukan cuma pada wajah yang cantik/kacak, but tubuh macam tak pernah sabun. Berbau !
First of all, aku minta korang check balik diri masing-masing wahai saudara dan saudari sekalian, adakah kita nie cukup bersih orangnya? Aku cuma nak hightlightkan je because seseorang itu kelihatan cantik/kacak bila dia kelihatan BERSIH .. okay, i repeat once again, BERSIH !
Ya. memang tidak dapat aku nafikan. wajah seseorang itu tak lah secantik/sekacak mana. Hidung kawan kita lagi mancung lah. Tapi tetap kita kata dia cantik/kacak sebabnye dia bersih.. muka takde cela beb !! jeles aku.. kaki tangan dia semuanya elok walaupun dia seorang berkulit GELAP sekaliponn.. saja nak hightlightkan because manusia sekarang suka dengan putih-putih je kan.. asalkan muka putih je mereka sudah lulus lah untuk jadi laki/bini.. tak kisahlah yang lain macam mana tapi muka putih merekah pink-pink macam dah kena oven pun kira cun ke walaupun berjalan-jalan pergi bersiar-siar pakai selipar jamban?
antara kategori bersih yang dapat aku selitkan :
gigi putih
ngaa ~ weyh,aku suruh ngangalah.. kuningnya gigi kau ouh ! kalau bercakap dengan orang malu lah ! jatuh keyakinan kau lah ! jadinya .. setelkanlah cepat-cepat ya.. Lepas nie boleh senyum seluas-luasnya.
kulit muka tubuh jaga
apa yang penting disini ialah sayangi kulit anda dengan minum air suam banyak-banyak.. jangan jadi macam perangai kau yang malas minum air.. urgh ! malas pulak tu nak sapu lotion.. urghh !! kulit kita memerlukan lembapan dan sentiasa bersih.. jika kita berpeluh seharian, sudah tentu terasa badan memang tak selesa lah kan, janganlah malas ! duduk di bilik air berjam-jam ponn ape yang kau orang buat? bersihkan lah habis-habis !!!
benci kepada daki
mestilah.. semua orang macam tu.. bila dah besar, mula lah nak bising.. ish ! kenapalah dulu aku suka main kat luar kotor-kotor.. habis hitam-hitam kaki.. hah ! tahu berus sabut ?? guna pakai lah .. tapi sila rajin untuk pilih berus sabut yang lembut bukan yang keras okey? nanti masalah baru timbul pulak, iaitu parut luka. Cara yang lebih moden dan berkesan, pergi spa lah.. hehe.. tapi bila kita semakin besar, hormon dah berubah.. insyaAllah kulit akan bertambah mulus.
kemaskan pemakaian luaran
aku minta supaya kau orang jangan pakai baju pink dengan seluar hijau. tapi jika untuk apa-apa event.. terpulanglah.. ceh ! sibuk je.. suka hati aku lah ! iye.. but aku cuma nak selamatkan kau dari digelakkan jer.. tudung hijau tetiber baju biru.. lepas tu, kain cikang , baju kedut seribu , siti nurhaliza pergi jual kuih pun dress smart-smart tau..
bersesuaian
aku minta sekali lagi jangan pakai baju silat dengan kain baju kurung.. itu namanya tak sesuai.. lagi-lagi kita nie perempuan.. nak slumber badak sumbu pun berpada-padalah sayang oi .. cukup untuk kelihatan smart dan kemas .. tak perlu berambai-rambai sampai ada kulit gula-gula di sebalik juntaian rambut !
okay lah .. Aku nak tanya nie, korang rasa Aishwarya Rai tu kulitnya putih ke??? Dia india kan.. tapi kulit dia bersih dan kita kata dia cantik kan???
So, sila cari cermin dan cerminlah diri anda sedalam-dalamnya !
0 comments:
Post a Comment