ssu fasa 1, 2011 Part II

Assalamualaikum wbt kalian.. 
Firstly, maaf maaf dan maaf mieya ucapkan kerana lewat mengepos entry sambungan bagi SSU Fasa 1 2011.. Bukannya bermaksud Mieya malas nak mengupdate ke apa.. bukan, bukab, bukan !!!  cuma, tahap kesihatan Mieya yang agak tidak memuaskan ini memaksa Mieya menangguhkan hasrat suci murni ini..  Okay, sambungan cerita kali ini adalah untuk hari yang kedua dan ketiga.. Diharapkan korang sudi lah membacanya ye? Terima kasih :P

23 Apr 2011
Mieya dikejutkan oleh roomate Mieya seawal jam 4.00 pagi untuk bersiap-siap ke Dewan Biru.. Kami telah diminta untuk memakai t-shirt UNISEL sepanjang hari ini.. Setelah bersarapan pagi, kami telah dibawa ke Fakulti pendidikan untuk mengikuti kelas Bahasa Inggeris..

Setiap pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan and Mieya dengan perasaan bangganya mengumumkan bahawasanya, Mieya berjaya mendapat kumpulan yang sama dengan tiga orang classmates Mieya yang lain.. ohhh yeah ! Disini, Mieya turut  mempamerkan kehebatan berbahasa inggeris di hadapan bebudak sekolah lain.. (haha, berlagak sekejap !) Then, kami bergerak ke kawasan lapang untuk sesi fotografi beramai-ramai..
yeah, UNISEL EXCELLENT !
Pada waktu kelas Matematik pulak, Mieya terdiam tanpa kata.. Lagi-lagi, aktiviti treasure hunt pasal matematik memang lah Mieya kurang minat.. Ketika orang lain sibuk memikirkan jawapan, Mieya pulak sibuk mengasingkan diri di tepi dinding.. Sedang Mieya leka termenung sendirian, tiba-tiba 'kelik' cahaya flash dari kamera pon memancar.. Alahai,,, boleh pulak dorang tangkap gambar curi-curi? ahh, malu malu malu..
Then, kami bergerak ke masjid untuk menunaikan ibadah kewajipan sebelum kembali meneruskan aktiviti riadah sukan..
P/s : Mieya yang menyandang beg berwarna pink tu :)
Kami dibenarkan pulang ke rumah kediaman bagi mengemas bilik yang kelihatan "agak kemas" dan baju-baju yang "tersusun rapi".. (HAHA, ayat yang tak boleh dipercayai..) Malam nie, kami diberi izin untuk memakai t-shirt.. ohhh yeah ! Next, kami bergerak ke dewan biru untuk makan malam.. Waktu nie kan, bebudak lelaki kena dera  *ehh, takde lah.. dorang kena paksa menyanyi je lah..

Walaupon suara tak berapa nak sedap but masih boleh menghiburkan kami-kami yang kepenatan nie lah..huhu  Then, kami bergerak ke masjid untuk menunaikan solat serta mendengar sedikit tazkirah.. Tepat jam 9.00 malam, kami bergerak mengikut kumpulan ke Dewan Utama untuk program Spiritual.. and I got the seat at the last line.. ohhh gosh ! Memang nak bagi Mieya tidur lah nie kan? hehe,, takde lah sampai macam tu pon but masih ada terleap sekejap.. huhu  Selepas minum malam, kami bergerak pulang ke masjid untuk merehatkan badan sementara menunggu Qiamullail pada awal pagi esok..
p/s: khusyuknya Mieya mendengra ceramah ye :D
24 Apr 2011
Hari ini, di saat teman-teman yang lain sedang lena dibuai mimpi, mieya pulak bangun tersedar daripada mimpi yang indah tepat jam 3.41 pagi, iaitu 29 minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan.. Next, Mieya bersiap-siap untuk ke ruangan wuduk untuk majlis qiamullail.. Tepat jam 4 pagi, barulah Mieya berusaha mengejutkan kawan-kawan Mieya yang lain.. Wahh, memang kejam jugak Mieya nie kan? tapi takpe, kira untung apa Mieya nak kejutkan korang..
sempat lagi bergambar dalam masjid ya :P
Selepas qiamullail, kami dibenarkan pulang ke rumah kediaman untuk bermandi-manda.. Then, Mieya dan roomate Mieya pon mengemaskan rumah yang agak tunggang-langgang supaya kelihatan lebih terurus sedikit.. Next, kami bergerak ke dewan biru untuk menikmati sarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Dewan Utama.. Hari ini, kami akan mempelajari subjek sains but apa yang dapat Mieya jelaskan ialah, Mieya tidak mempelajari apa-apa pon mengenai sains sewaktu sesi ceramah.. Kalau sejarah ketamadunan Islam tu ada lah..


Selepas rehat, kami diminta untuk bergerak dalam kumpulan untuk melawat pameran sains yang disediakan.. and unfortunately, kumpulan Mieya telah bergabung dengan kumpulan ieka.. Siapa yang tak kenal dengan Cik ieka seorang nie kan memang kesian lah.. Sebabnya kan, dia nie banyak cakap macam murai.. Kalau sekali dah dapat cakap, memang susah nak suruh dia berhenti lah... HAHA ( diharapkan tuan punya nama tidak mengambil kisah dengan pernyataan yang Mieya kemukakan ini ye? Inilah FAKTA, bukan AUTA ye sayang? )
 p/s : yang depan sekali tu lah Cik ieka kita :)
Selepas itu, kami diberi ceramah motivasi oleh Incik Prof. and kelihatan bebudak yang lain terlelap seorang demi seorang.. Walaupon Mieya turut berkeinginan untuk berbuat sedemikian rupa, akan tetapi niat tersebut terpaksa dipadam jauh atas alasan untuk menghormati majlis ilmu tersebut.. then, tibalah waktu yang semua orang tak nanti-nantikan, iaitu Majlis penutupan program fasa 1 SSU11.. Kami telah diminta untuk membuat persembahan buat kali yang terakhir bersama-sama dengan abang-abang dan kakak-kakak fasi sekalian.. Sebelum berpisah, kami bertukar-tukar emel facebook serta sempat mengambil gambar bersama-sama dengan fasi sebagai kenang-kenangan..
love this one :)
Okay lah, setakat di sini sahaja penulisan Mieya untuk kali ini.. Mieya nak sambung aktiviti meng"Add" dan meng"Appruv" kawan-kawan di UNISEL hari tu.. Salam bertemu lagi ~
P/S : tak sabar pulak nak tunggu SSU Fasa 2 :D

5 comments:

fareiyka said...

aarrgghhhh !!! senyap2, koe kutuk aqu ea ?? agak2 ur. . aq ni memeriahkan majlis jer. . lau tade aq, x meriah taw. . hahah

Unknown said...

hoho,, mstila snyap2.. klau aq bgtau dpn2, confirm ko x izinkan la..

fareiyka said...

hoho.. tawu tape.. hehe

Youq Al-Yahaya said...

orait mieya~

hopefully this program will give a big impact to you yow

all da best for your SPM!

Unknown said...

thanks abg youq :)