A Day Before My Brother's Wedding Day

Assalamualaikum wbt dan selamat berhujung minggu kalian :)

Hari ini, bersamaan dengan 31 Ogos 2012 dan insyaallah selepas solat jumaat nanti. Mieya sekeluarga akan berangkat ke Melaka bagi meraikan hari berbahagia abang Mieya yang kedua.

Yaaa.. Akhirnya, bau nasi minyak dah semakin "kuat" kat rumah nie. Weeee....

Jadi, sebagai adik dan juga sebagai adik perempuan sulung, semestinya Mieya lah yang dipertanggungjawabkan untuk memyiapkan segala macam hantaran perkahwinannya. Sekaligus, Mieya telah melantik si demok, merangkap satu-satunya adik Mieya untuk bersama-sama membantu bagi menjayakan tugasan ini.

Setelah dikira-kira, julah kesemua barang hantarannya adalah sebanyak 13 dulang tidak termasuk barang kemas. Tapi, yang nak Mieya kongsikan pada kalian hanya separuh sahaja daripada barang hantarannya.


wangi-wangian


telekung ala-ala topi

Samsung Galaxy Tab dan beg tangan

Dua utas Jam Tangan

Simple je kan? Maklum saja lah, Mieya si budak baru belajar. So, takde pengalaman langsung dalam menata hias barang hantaran nie semua. Sekadar buat apa yang termampu dan yang terfikir di kepala hotak sahaja.

Insyaallah, gambar-gambar yang lain akan menyusul di entri yang akan datang. Nantikan tau :)

P/S : Doakan perjalanan pergi dan balik Mieya sekeluarga ye kalian. Terima kasih :)

Tips Kawal Marah

Assalamualaikum wbt 

Marah merupakan emosi yang tidak asing lagi yang berlaku kepada setiap manusia sekalipun mereka normal dan sihat. Tetapi apabila perasaan marah ini tidak dapat dikawal dan menguasai dii sendiri, emosi ini akan menyebabkan terjadinya pergaduhan, pertelingkahan dan perceraian, malahan juga akan menyebabkan stress dan gangguan mental dalam kehidupan seseorang. 

Rasa marah ni boleh disebabkan membawa kesan kepada dalaman dan luaran. Biasanya ia melibatkan perubahan fisiologikal dan biologikal seseorang. Misalnya ketika marah, tekanan darah dan denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga, adrenalin dan noradrenaline. 

Jadi jika korang ingin hidup dengan lebih seronok dan sihat, korang seharusnya mengawal kemarahan masing-masing. Bagaimanakah caranya :


  • Tarik nafas dalam-dalam. Kira sampai sepuluh dan kemudian lepaskan.
  • Perbanyakkan membaca 
  • Komunikasi yang baik. Jadilah pendengar yang baik.
  • Berikan ruang kepada diri sendiri. Luangkan masa dengan aktiviti yang korang suka.
  • Cari alternatif lain seperti dengar lagu.
  • Marah secara sihat. Marahlah dengan cara yang sepatutnya dan terkawal tanpa menggunakan kekerasan atau kata-kata kesat.

Dan yang paling penting, jaga air muka. Muka yang ketat usah ditunjuk. Ceria-ceria selalu.

P/S : Ada gaya macam cikgu kaunseling tak. agaga~


Wordless Wednesday #25 | Macam-macam Ragam



Apa tu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.


Selesai Sudah Satu Masalah

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)

Ingat lagi dengan entri Mieya yang INI??? Di mana Mieya ada bagitahu yang Mieya kini masih lagi gigih dalam menggubah hantaran. Biarpun tinggal lagi dua barang hantaran sahaja yang belum digubah, iaitu sireh junjung dan buah-buahan.

Pada minggu lepas, Mieya bersama adik tersayang telah siap menggubah hantaran mas kahwin. Dan malangnya semalam, hasil gubahan kami berdua tidak menepati piawaian yang telah ditetapkan sendiri oleh beliau.

Cis, di saat-saat akhir sebegini baru nak komplain itu ini. Kenapa tidak pada minggu lepas saja??

Hmm.. tapi, takpe. Berbekalkan kekuatan semangat yang ada, Mieya turutkan juga kehendak beliau. Bermula dengan mengalihkan barangan hiasan ketepi sehingga lah siap elok terletak di tempatnya.

And alhamdulillah, hasil percubaan yang kedua telah diterima baik oleh abang Mieya. Fuhhhh, nasib baik !
hasil gubahan yang pertama

hasil gubahan yang kedua

P/s : Takde lah meriah sangat macam yang selalu orang lain buat. Tapi takpe la, janji menjadi.


Sibuk Raya Sibuk Persiapan Lain juga

Assalamualaikum wbt dan selamat berhujung minggu semua :)

Hari ini, genap seminggu kita semua, (seluruh umat Islam di dunia) merayakan Hari Raya Aidilfitri. Dan apa yang dapat Mieya perhatikan ialah dunia blogger masih dilanda mood raya. Dan yang paling jelas boleh dilihat ialah bloglist di bahagian sidebar blog nie.

Masih ramai lagi blogger yang tak menghupdate sebarang entri lagi. Mungkin minggu depan mood blogging mereka akan kembali normal seperti biasa agaknya. Atau mungkin ada yang merancang untuk bercuti panjang selama sebulan terus?

Wah, kemain lagi korang kan beraya sakan sampai tak sempat nak mengupdate blog walau cuma sebaris dua ayat. Cuti raya lah kata kan, jadi tak semena-mena blog pon ikut cuti jugak lah ye?

Sememangnya bila raya nie, mood nak berblogging jatuh merundum. Antara penyebab utamanya ialah kekangan masa dan juga kekeringan idea. Fikiran dah melayang pergi dengan mood raya, dengan majlis perkahwinan abang Mieya pada Sabtu depan lagi.

Semestinya makin sibuk lah Mieya nanti dengan berbagai-bagai tugasan, aktiviti dan perancangan seperti yang telah disetkan dalam kepala hotak. Antaranya :

  • Mengemas rumah, menyapu, mengemop, mencuci tandas (Perkara WAJIB)
  • Memasang langsir serta menukar cadar dan sarung bantal
  • Membungkus buah tangan untuk diberi kepada para tetamu
  • Menggubah hantaran berupa buah-buahan dan sireh junjung
  • Memberikan tacap terakhir kepada semua gubahan hantaran

Dan banyak lagi lah. Risau tak terbaca pulak korang semua kalau Mieya list kan semuanya
di entri nie. hikhik :D

So, Insyaallah. Sesibuk mana pun Mieya nanti, maybe Mieya akan curi-curi masa juga untuk menghupdate blog kesayangan Mieya nie okey?

Nantikan je lah ye. Peace yo!

Assalamualaikum wbt :)


Nuffnang bagi Duit Raya

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia buat blogger sekalian :)

Alhamdulillah, setelah lebih dua minggu Nuffnang tampil dengan nafas terbaru yang mana tampak lebih cool daripada kebiasaannya. Selaras dengan para penggunanya yang tanpa jemu menanti kehadiran buah tangan baru dari pihak mereka.

Ehem-ehem, Mieya lah tu antara salah seorang daripada pengguna setianya. hikhik :D

And alhamdulillah, setelah hampir tiga minggu lebih. Akhirnya pihak Nuffnang bermurah hati untuk menghadiahi sebijik Volkswagen. bhaha tak usah lah percaya sangat okey? tipu je tu ^,^

Actually, Mieya dapat duit raya dari Nuffnang bersempena dengan iklan Buffered Earning yang ditaja oleh VW Das Auto 2.0 nie. Ala.. Macam gambar kat bawah nie haaa..

So, kalau korang terserempak atau terlanggar ke hape, sambil-sambil tu klik lah sekali okey :)


Thank you Nuffnang untuk BE baru nie. Akhirnya, penantian Mieya selama ini berakhir jua dengan kehadiran BE baru sebagai peneman sementara.

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)


Raya Tak Berapa Nak Raya Sangat

Assalamualaikum wbt dan salam Syawal ke-5 buat semua :)

Fuuhhh..! fuuhhh..!

Ini bukannya tiup semangat angin dan juga api hati supaya Mieya terus bersemangat untuk menghupdate blog di hari mendatang. oh tidak sama sekali. Ini tiup habuk dan segala macam sawang yang melekat tebal di belog Mieya nie akibat 5 hari tak update blog.

Nak update blog dari sehari ke sehari ditunggu-tunggu, ditunda-tunda, ditahan-tahan macam menahan kentut di tangga. Bukannya apa, idea yang keluar kekadang sekadar mengacah-acah sahaja.

Tiap kali duduk menghadap laptop, sign in blog segala. Hati terkutik, bibir tersenyum
berseri-seri sebab dah tahu dah nak cerita pasal apa. Tapi lepas je tekan pada New Post, terus idea menghilang bagai disedut hampagas.

Sungguh tak membantu betul. Tengok, takde idea pun dah sampai empat perenggan dah mukadimah cerita kali nie. Padahal isinya satu pon tak cerita lagi. -.-"

Bila tibanya hari raya macam biasa, semua orang bertungkus lumus melawa sakan. Baik melawa rumah dengan memasang langsir baru, menggubah bunga baru, mengemas rumah mahupun melawa untuk diri sendiri.  Bagi para remaja berjiwa muda macam kita kita nie, semestinya tangkap gambar sambil berposing sana sini dan kemudiannya upload di twitter, facebook dan juga blog.
ahaha.. gasak aje gambar dua tahun lepas ^^

Tapi tidak bagi Mieya. Tahun ini, Mieya sekeluarga beraya di rumah dan tidak di kampung seperti kebiasaannya. Antara sebab musababnya ialah kami bakal meraikan hari perkahwinan abang Mieya yang kedua. Insyaallah, pada minggu depan.

Maka, semestinya lah takde banyak cerita yang dapat Mieya kongsikan bersama kalian, kan? Takpe, akan Mieya usahakan juga cerita-ceritanya itu nanti. Mengenai gubahan barang hantaran yang sering Mieya perkatakan sepanjang bulan ramadhan lalu. Alhamdulillah, tinggal lagi tiga barang sahaja lagi yang belum siap ditata hias.

Maklum sahaja lah, barangan seperti buah-buahan, sirih junjung dan kuih-muih. Mana boleh dibuat sekarang, nanti tak pasal-pasal layu, busuk dan tak elok pula nanti. Sia-sia sahaja penat lelah Mieya nak buat semula yang baru.

Hmm, okey lah. Sekian sahaja entri kali nie. Nanti Mieya update lagi entri terbaru beserta gambar-gambar hantaran yang telah Mieya dan si demok hias buat tatapan mata korang. Nantikan ye~

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya AidilFitri. Maaf Zahir dan Batin.


Selamat Hari Raya Semua

Assalamualaikum wbt :)


Satu hari di hari raya. Dua hari pun hari raya. Tiga hari pun hari raya. Okey lah, hari-hari sepanjang 30 hari nanti pun hari raya juga. hehe Selamat Hari Raya !

Padahal lebih kurang dari 24 jam sahaja lagi. Lek luu bro. Okey, puasa biar penuh dulu. Lagipun, hari nie adalah hari terakhir kita semua muslimin muslimat menjalani ibadah puasa sebelum meraikan hari kemenangan kita semua.

Dengan adanya hari raya yang bakal menjelma tiba tak lama lagi, Mieya berharap. Semoga hari nie semalam, hari ini dan sepanjang hayat kita diberkati ALLAH.

Silalah jangan segan silu bagi kad raya dan wajib (idgham maal ghunnah) sediakan duit raya kepada Mieya. sudi je Mieya menerima nya. hikhik. gelak penuh sopan.

Okey, berkemungkinan raya tahun ini Mieya tak balik kampung. or maybe yes, balik pada satu Syawal nanti. Entah, tak tahu lah lagi. Bergantung kepada bajet kewangan kami sekeluarga memandangkan dua minggu lagi kami bakal meraikan hari perkahwinan my second brother.

And semestinya, banyak wang perbelanjaan yang bakal dikeluarkan bagi tujuan yang baik ini. Hmm, mengenai gubahan hantaran kahwin pula, Alhamdulillah. Hampir kesemuanya sudah disiapkan kecuali hantaran seperti sireh junjung, buah-buahan, wang hantaran dan juga snek makanan.

Insyaallah, sekiranya tiada aral yang mengada-ngada nak melentang di depan Mieya dan sekiranya ada kelapangan masa. Mieya akan update gambar-gambar gubahan hantaran yang telah Mieya dan adik siapkan sepanjang di bulan Ogos nie. Nantikan entri selanjutnya daripada Mieya ye semua.

Salam Bertemu lagi di lain entri dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin :)


Perkongsian Jumaat #9 | Perlukah Bercakap Tentang Orang Lain?

Assalamualaikum wbt dan salam jumaat buat semua :)

Sambil rasa bersalah kat segerombolan buku-buku lama di zaman persekolahan dulu yang baru dikemas siang tadi. Dan mungkin jika tiada aral yang melintang esok, akan dahku jual kesemuanya kat tempat recycle.

Mieya Atiera merupakan antara spesies manusia yang suka sangat bermalas-malasan untuk mengemas rumah setelah hampir dua minggu lebih berpeleseran di dapur dengan kuih raya tanpa henti bersama emak dan adiknya yang tersayang.

Rasanya, tak perlu lah Mieya lengah-lengahkan entri kali nie dengan ayat pendahuluan yang panjang kemain. Sebabnya, tajuk entri kali nie sudah menjelaskan mengenai apa yang bakal Mieya kongsikan bersama kalian.

Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat,
"Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?"

Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!"



Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan itu benar?"

Jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, 
tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)."
(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).

Firman Allah swt:
"Dan janganlah kamu mengumpat sesama kamu, adakah seseorang di kalangan kamu suka makan daging mayat saudaranya; tentulah kamu bencinya." 12 : al-Hujjurat .

Sama-sama kita fikirkan..

Berhati-hati di jalan raya. Selamat Menyambut Aidilfitri buat semua.


Alhamdulillah, Rezeki Hujung Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt semua :)

Betul kata orang kan, bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang bersepah dengan rezeki. Cuma, semuanya hanya bergantung kepada diri kita sahaja sama ada berusaha untuk mencarinya atau melepaskan sahaja peluang yang datang setahun sekali nie.

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Bila berada di hujung-hujung bulan ramadhan nie, rezeki Mieya sekeluarga nak cakap melimpah ruah seperti ladang gandum tu. Takde lah. tapi murah sangat rezeki keluarga Mieya. 

Rezeki ada di mana-mana dan boleh didapati bila-bila masa sahaja. Cuma kita perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Ingat lagi dengan entri Mieya yang INI di mana Mieya ada mengatakan yang Mieya kini sedang sibuk menyiapkan tempahan kuih goyang. Dan alhamdulillah, sepanjang minggu lepas inilah hasilnya...
Nie, cuma 3 per 4 sahaja daripada tempahan orang.
Errr.. Actually ada lagi. Cuma belum sempat nak snap gambar, dah ada orang datang ke rumah untuk  membeli kuih goyang. And at last, terpaksa buat lagi atas permintaan orang. Syukur bila jadi macam nie. Lagipun, bukan senang nak rasa bila rezeki selalu datang.

Untuk makluman, ini merupakan tahun kedua Mieya sekeluarga berjual secara kecil-kecilan di rumah. Kebanyakan pembeli terdiri daripada jiran-jiran setempat mahupun saudara mara terdekat. Selalunya, tiap-tiap tahun buat untuk makan sendiri-sendiri je. huhu


First Time Dapat Kad Raya Daripada Blogger

Assalamualaikum wbt dan salam 25 Ramadhan 1433H korang :)

Wahhh ! Pejam celik pejam celik, lebih kurang 5 hari sahaja lagi untuk kita semua menjalankan ibadah puasa. Ini bermakna, tak lama lagi kita bakal merayakan hari kemenangan. Insyaallah.


Dah nampak gambar kat atas tu..? Rasanya gambar beserta tajuk entri kali nie dah cukup jelas untuk menerangkan  kepada korang mengenai apa yang bakal dibicarakan oleh Mieya kali nie.

Yup. Seperti semua yang sedia maklum, baru-baru nie Mieya ada join Contest : Sapo Nak Kad Rayo? yang dianjurkan oleh Atok Suhaimi. Dan alhamdulillah, penyertaan di saat-saat akhir telah memberikan tuah kepada Mieya dalam memenangi hadiah utama, iaitu kad raya dan juga header.


Besar gedabak punya kad raya. hihi Btw, terima kasih atok sebab sudi bagi kad raya nie. *kriukk kriukk* (effect bunyi cengkerik) And now, Mieya sedang menunggu header untuk dijadikan sebagai penyeri teratak pink Mieya nie sempena Syawal yang bakal menjelma nanti.

Salam ketemu lagi kawan-kawan sekalian :)


Mood Raya Makin Terasa

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat pembaca yang Mieya kasihi sekalian :)

dua, tiga, empat, lima, enam hari nie Mieya agak sibuk. Sehingga kan jiwa raga bertambah konpius tatkala ingin meletakkan sepenuh perhatian kepada blog tersayang. Setelah puas mencuba dan terus mencuba, untuk memerah kepala hotak dalam menyumbangkan seciput idea. Tapi, sayangnya ia tetap tak berhasil.

Selalu aje, tiap kali nak update pasal sesuatu topik. And then, setelah siap mengarang 4-5 baris ayat, terus terhupdate pasal topik yang lain.

Misalnya, semalam nak update pasal persiapan raya. Tapi bila tengok kat ruangan komen, ada tag contest/giveaway yang tidak ditunaikan lagi. Maka, dengan sepantas kilat, terus aje update pasal contest dan niat yang asal terbantut.

Hmmm, biasa letew kan? Alang-alang dah terlepas cakap mengenai persiapan raya, so biarlah entri yang dipenuhi dengan gambar kali ini membongkarkan segala cerita.

Biskut Permata Hati

Biskut Senyum (resepi sendiri)

Biskut Maizena

Biskut Sarang Semut
Actually, ada lagi biskut raya yang lain. Cuma, terlupa nak tangkap gambar aje macam biskut Cornflake Madu, Biskut Dahlia dan  Biskut Makmur. Tidak dilupa, kuih goyang dan juga rempeyek. Rasanya, tahun nie punya kuih raya takde lah banyak seperti di tahun-tahun lepas.

Kalau tahun lepas, bilangan kuih raya yang dihidangkan adalah sebanyak 20 jenis. Tapi tahun nie, silap-silap tak sampai 15 jenis pon. Siyes, mood raya tahun nie lambat terasa bahangnya. Entah mengapa, tapi itulah kenyataannya.

P/S : Rasanya, biskut raya tahun nie mempunyai perbezaan yang ketara berbanding di tahun lepas punya. Banyak pembaharuan beraneka jenis biskut, berbanding di tahun-tahun lepas, hampir semuanya sepesen. Apa kes?


Ibu Belasah Anak Rosakkan Kuih Raya

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)


Sedang Mieya bersantai, duduk sambil bergoyang kaki sambil tangan membelek-belek surat khabar. Mieya terbaca satu artikel nie.

KUALA LUMPUR: Berang kuih rempeyek yang baru dibuat untuk hidangan Aidilfitri dirosakkan, seorang ibu membelasah anak sulungnya berusia enam tahun hingga lebam di badan serta berdarah hidung dan mulut.



Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, mangsa bersama adik perempuannya berusia empat tahun berada di rumah bersama ibu mereka manakala bapa mereka keluar bekerja sebagai pemandu bas.

Sumber polis berkata, sejurus pulang ke rumah bapa mangsa mendukung anak lelakinya itu sebelum terkejut apabila mendapati kanak-kanak itu menangis kesakitan. - Sumber HM


Haih, ini spesies ibu berhati apa pulak nie, sampai sanggup membelasah anak sendiri. Hanya kerana berang kuih rempeyek yang dibuat untuk dijadikan hidangan di Aidilfitri dirosakkan, beliau bertindak di luar kawalan emosi dan kewarasan akal. Lantas, memukul anaknya yang masih mentah dan tidak berakal (tak dapat menentukan yang mana baik dan yang mana salah)

Menurut sumber, ini bukannya kali pertama si anak teruk dibelasah oleh si ibu, tapi kali kedua. Hmmm, tak tahu lah macam mana nak cakap. Kuih rosak boleh bikin yang baru. Tapi kalau dibuatnya terjadi apa-apa pada si anak, Haa... macam mana pulak?


Jawapan Kepada Teka-Teki Kelmarin

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kalian :)

Ohh. Baru perasan, dah dua hari tak update belog. Padahal dah tanam azam dan tetapkan matlamat pada awal tahun hari itu nak jadi blogger tegar. Update belog sekali sehari walaupun tak boleh nak update 3-4 entri sehari macam Ben Ashaari tu.

Tapi, tuntas. Menjelang lebih kurang 9 hari sahaja lagi sebelum tibanya hari kemenangan buat seluruh umat Islam (Hari Raya AidilFitri) terus terkejar-kejar nak buat biskut raya, kemas rumah, rempeyek dan tidak dilupa kuih goyang sang emak yang semakin mendapat tempat di hati jiran-jiran. Alhamdulillah.

Dan seperti yang dijangka, kesibukan ini menyebabkan jiwa Mieya terus buat-buat lupa yang Mieya nie ada tanggungjawab dengan belog. 

Oh yaa, sebelum terlupa. Berkenaan dengan entri pada hari Rabu yang lepas, iaitu First Time Makan Buah Nie. Nampak gayanya, hanya seorang sahaja yang dapat meneka nama buah tersebut dengan tepat. Dan beliau ialah Herma Julianny

Rata-ratanya, ramai di kalangan kalian yang pernah makan buah tersebut tapi tak tahu ataupun terlupa nama buah tu kan? Jadi, biar Mieya jelaskan serba sedikit yang Mieya tahu mengenai buah ini. Okey?


Baiklah kawan-kawan, buah yang terdapat dalam rajah di atas ialah buah tampoi atau nama saintifiknya  Baccaurea macrocarpa. Selain itu, buah tampoi juga dikenali sebagai buah larah di Hilir Perak. Banyak ditanam di Sungai LuiHulu Langat dan di JoholNegeri Sembilan serta di Johor

Buahnya besar, dengan kulitnya yang tebal berwarna jingga dan isi yang berwarna putih. Rasanya manis-manis masam seolah-olah buah limau tangerin.

P/s : Haha.. siap bagitahu lagi macam mana rasanya kan? Mahu tak terliur korang yang membacanya? Sebab tu, Mieya update entri nie waktu malam. lalalalaa~


Wordless Wednesday #24 | First Time Makan Buah Ini

Assalamualaikum wbt kalian :)


Syukur alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk berpuasa pada hari yang ke-19 dalam bulan Ramadhan 1433H nie. Masih juga diberi kelapangan masa untuk mengupdate blog biarpun cuma beberapa baris ayat sahaja.

Errr.. Actually, Mieya nak korang semua teka, apakah nama buah yang terdapat di dalam gambar di atas selain buah rambutan tu?

Sebab-musababnya, Mieya baru sahaja pertama kali merasa spesies buah nie. Rasanya masam manis sikit. Tak kelat pon. Abah Mieya cakap, selalunya buah nie banyak didapati di kawasan kampung.

So, Mieya nak tahu jugak kalau-kalau korang pernah makan buah nie ke tak? Share lah sikit pengalaman korang tu. hihi :)

P/s : ini bukan entri wordless dah. -_-"


Tips Trafik Blog Mencanak pada Musim Perayaan

Assalamualaikum wbt dan selamat tengah hari semua :)


Amboi. amboi amboi. Kemain lagi korang ehh? Bila nampak je keyword pasal trafik dekat post title tu, terus berpusu-pusu terjah masuk ke blog Mieya nie. Kalau bab tinggalkan komen, punyalah payah bebenor.


Okey, tanpa membuang masa dengan membebel sorang-sorang, lebih baik Mieya teruskan sahaja entri kali nie. Untuk makluman semua, sibuk yang Mieya maksudkan disini adalah lebih menjurus kepada cuti sempena musim perayaan.


Maklum saje lah, musim perayaan semakin kunjung tiba. Sudah tentu, semua orang sibuk dengan persiapan dengan sambutan hari raya masing-masing. Nak buat kuih raya, nak buat lemang, nak rebus nasi impit, nak masak rendang, nak masak serunding, kuah kacang lagi. pokoknya, macam-macam lagi kena buat.


Tapi, dalam pada masa yang sama, korang juga perlu sentiasa memastikan belog korang mendapat kunjungan seperti hari kebiasaannya. dah kalau hari-hari korang menghadap skrin putih nie, bila masa pulak korang nak siapkan persiapan raya tu semua?

Jadi, hari nie Mieya nak berkongsi tips-tips nak maintainkan trafik nie dengan korang semua. Manalah tahu kot kot boleh tolong korang ke kan?
Faktor Trafik Rendah
Banyak faktor kenapa terjadinya penurunan trafik pada hari raya tahun ini. Antaranya:
  • sibuk nak cari resepi kuih raya, lepas tu nak buat lagi
  • Sibuk menguruskan persiapan hari raya
  • Masih dalam mood” raya
  • Giliran korang (kongsikan dalam komen di bawah)

Faktor penyumbang Trafik

Kata Kunci Raya

Inilah masa untuk anda mula berjinak-jinak dengan SEO. Luangkan sedikit masa, selidik kata kunci terhangat sepanjang bulan Ramadan dan bulan Syawal, kemudian tulislah entri berkaitan kata kunci tersebut. Antara kata kunci terhangat untuk hari raya ialah:
  • Ucapan hari raya
  • Pantun raya
  • Kad raya
  • Mercun, pasang pelita
  • Bunga api
  • Lagu raya
  • Duit raya
  • Resipi kuih raya, resepi kuah kacang dan lain-lain.
Kata kunci tersebut sesuai untuk menjana trafik dari enjin carian. Kegunaannya ialah sebagai pengganti semasa ketiadaan trafik tetap (pembaca setia) blog anda. Tetapi, tidak semua blog mampu menggunakan kata kunci yang Mieya nyatakan di atas, bergantung kepada niche blog masing-masing.

Fokus Pembaca Blog Lebih Meluas

Antara faktor kurangnya trafik hari raya ini ialah kerana kita hanya fokus kepada satu golongon sahaja iaitu Melayu (dan Muslim). Bila tiba hari raya, golongon tersebut mula sibuk dengan tugasan masing-masing jadi mereka tidak ada masa untuk membaca blog atau online.
Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, cuba pelbagaikan pembaca blog anda. Dengan itu, jika satu golongon sibuk dengan raya, maka masih ada “back-up” trafik dari golongon lain (kaum Cina/India).

Bagaimana Anda Kekalkan Trafik Harian Blog Walaupun Sedang Bercuti?

Senang sahaja jika korang tahu caranya, jom ketahui berita selanjutnya DISINI. Terima kasih :)

Salam Nuzul Al-Quran 1433H

Assalamualaikum wbt dan salam Nuzul Al-Quran diucapkan kepada semua :)

Sedikit maklumat mengenai Nuzul Al-Quran yang Mieya perlu kongsikan bersama kalian. Nuzul al-Quran merupakan satu peristiwa di mana al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia secara sekali gus dan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Sumber dipetik dari  : Wikipedia

Sedar tak sedar, kita kini telah berada di pertengahan bulan Ramadhan. Dan semestinya, hampir semua kaum wanita sedang sibuk membuat kuih raya kan? Tak ketinggalan juga adalah Mieya bersama sang emak.

Masih lagi sibuk nak cari resepi biskut raya, masih lagi sibuk menguli tepung, masih lagi sibuk membakar biskut raya di dalam oven. Kebiasaannya, saban tahun biskut raya dah pon siap dibuat sebelum 15 Ramadhan lagi. Tapi kali nie tak.

Mieya sendiri pon tak tahu, setan mana yang terlepas dari sangkar lalu menghasut Mieya sekeluarga untuk bermalas-malasan, berlenggang-lenggang kangkung. *ewahhh* Lantas terus tak terusik langsung bahan-bahan untuk membuat kuih raya.

Maka, seharusnya menjelang lebih kurang dua minggu inilah merupakan antara saat-saat terpenting dan harus dimanfaatkan dengan betul. Mana nak siapkan barang hantaran abang Mieya, nak buat kuih raya dan juga aktiviti mengemas rumah.

Takpe, take my time. Sikit-sikit lama-lama siap jugak nanti. Biar lambat, asalkan sedap serta menepati cita rasa sendiri. lalala~ Memandai aje Mieya mencetak rompak peribahasa Melayu kita nie. heheh


Perbezaan Churpchurp : Per Deal dengan Per Click

Assalamualaikum wbt dan selamat menjalani ibadah puasa semua :)

Okey, bagi newbie yang belum tahu apa itu Churpchurp boleh KLIK SINI CEPAT !!
Bagi yang belum daftar pula, korang boleh daftar mengikut TUTORIAL INI. Di situ Mieya ada tunjukkan cara-caranya step by step.

Rasanya, ramai di kalangan churpers yang masih belum tahu apakah perbezaan antara Churpchurp Per Unique Click, dan Per Deal. Ya, Mieya tahu ramai yang masih keliru dengan benda nie.

Jadi, diharapkan perkongsian ilmu kali nie sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam membuat pilihan yang tepat dalam menjana pendapatan. Tapi kalau korang rasa Mieya salah beri maklumat please, tolong perbetulkan ya! Mieya hanya terangkan apa yang Mieya faham selama berkhidmat dengan Churpchurp nie.

PER UNIQUE CLICK


Okey, iklan Per Unique Click nie ialah iklan di mana korang akan dapat standart RM0.20 - RM0.40 bagi setiap iklan yang telah di click (sampai habis loading iklan). So, kalau kalau sepuluh orang yang klik, secara tak langsung korang dah dapat RM2.00.

Yang penting, jangan klik iklan sendiri sudah lah. Nanti tak pasal-pasa dapat surat cinta dari Churpchurp pasal aktiviti fraud klik yang tak bertamadun korang tu.


PER DEAL
Iklan nie pula iklan di mana korang akan dapat reward bagi setiap pembelian. Biar Mieya mention sekali lagi okey? BAGI SETIAP PEMBELIAN! So, if ada orang klik iklan nie dengan tujuan untuk mencuci mata tanpa berniat nak membeli, bermakna korang tak akan dapat walau sesen pun.

Okay now dah clear kan? Senang je kan melabur sambil online nie, tak perlukan modal bagai. Korang hanya perlu daftar Churpchurp dan share iklan je. Apa lagi?? meh daftar..KLIK SINI

If ada problem or masih lagi tak faham boleh tinggalkan komen di mana-mana entri sahaja. Insyaallah, selagi Mieya boleh bantu, Mieya akan bantu korang. Jangan risau Mieya tak makan orang punya lah. Lagi-lagi di bulan puasa nie. hikhik.


Petua Untuk Hindarkan Sifat Pelupa

Assalamualaikum wbt dan salam jumaat diucapkan kepada semua pembaca ^^

Manusia, biasanya memang takkan lari daripada menjadi seorang yang pelupa. Konon-kononnya, esok petang nak keluar berjalan-jalan dengan kawan-kawan. Tengok-tengok, tak nampak pon batang hidung dia dari tadi

Konon-kononnya, nak pergi kedai sebab nak borong jajan satu bakul. Tapi, bila dah rambang mata tengok itu ini terus lupa nak beli apa tadi. Haisyy~

Jadi, macam manakah cara untuk mengatasi masalah ini? *tenang-tenang* Antara petua untuk mengelakkan diri terus-terusan menjadi seorang yang pelupa ialah :

  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan makan organ dalaman seperti hati, limpa dll
  • Jangan minum semasa makan
  • Jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
  • Banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dll
  • Banyakkan makan kismis, kurma dan madu
  • Banyakkan makan kekacang
  • Pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
  • Jangan makan sehingga terlalu kenyang

Tapi, macam mana pulak kalau terlupa jawapan atau menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan peperiksaan? Padahal kita dah baca dah point tu, siap hafal bagai. at last terlupa salah satu point. So, macam mana pulak?

Apa kata, kalau korang amalkan dengan membaca :
Doa Terlupa Jawapan
Maksudnya : "Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang dariku.

Doa Ketika Menghadapi Kesukaran
Maksudnya : "Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.



Sibuk sana Sibuk sini

Assalamualaikum wbt korang :)

Hmmm, baru je perasan nak merilek-rileks kan diri seketika sebelum kembali ke kancah kesibukan dalam membuat persiapan hari raya nanti. Nak update blog kesayangan Mieya nie je. Tapi sayangnya, tak boleh.

Nak belek blog untuk menghupdate entri pon terkedek-kedek idea merangkak keluar dari kotak kepala. Sungguh tak membantu langsung. Akhirnya, terpaksa jugak Mieya gunakan masa bersantai bersama keluarga di ruang tamu untuk menghupdate blog.

Jangan kata, nak berblogwalking ke blog orang lain, nak tinggalkan komen pon masih lagi terkejar-kejar masa. Dan antara yang paling ketara sekali ialah bilangan unique visitor yang semakin berkurang macam naik turun anak tangga.

Tapi, nak buat macam mana kan? Kena lah pandai-pandai bahagikan masa untuk lakukan aktiviti itu dan ini. Dalam minggu ini, Mieya bersama sang adik sibuk menyiapkan gubahan hantaran kahwin for my brother.


Maklumlah, kami berdua sendiri yang telah menawarkan diri untuk menggubahnya mengikut cita rasa masing-masing. Nak hantar ke kedai? Bila difikir-fikirkan balik, membazir wang adalah. Ya lah, Cuba bayangkan

kalau gubahan untuk satu barang = RM40+
Kalau 12 barang = RM40+ x 12 = RM500

Wahhh, RM500 bukannya jumlah yang sedikit. Dan itu belum ditambah dengan jumlah perbelanjaan barang hantaran lagi. Haaa... So, korang boleh nampak kan, itu antara salah satu cara untuk menjimatkan perbelanjaan kahwin. 

Senang je, gubah sahaja hantaran kahwin ikut kreativiti sendiri. Selagi ada rupa seperti hantaran kahwin, itu sudah memadai daripada takde rupa langsung kan? hikhik


Wordless Wednesday #23 | Bukti Cik Anon Sayang Mieya

errrr...??? Haha macam-macam -,-"


Apa tu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.