Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Amalan Zikir Harian dan Kelebihan Berzikir

Assalamualaikum wbt :)


Berzikir ialah satu amalan yang disyariatkan dan sangat dituntut dalam Islam. Ia boleh dilakukan 
dengan hati atau lidah atau yang sebaik-baiknya adalah dengan kedua-duanya. Zikir merupakan tugas harian setiap Muslim kerana ia mendatangkan kekuatan dan ketenangan jiwa.

Sebagaimana yang disebut di dalam surah An-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud,
Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah ketika kamu berdiri atau duduk , dan ketika kamu berbaring.”

Zikir juga merupakan bukti keterikatan seorang hamba kepada Penciptanya. Seorang muslim perlu sentiasa membasahkan lidahnya dengan zikir-zikir yang ma’tsur (diambil daripada Al-Quran dan sunnah) seperti zikir selepas solat, zikir pada waktu pagi dan petang serta zikir-zikir yang dibaca berkaitan dengan peristiwa atau sebab yang tertentu.

Allah SWT sangat menyukai orang yang lidahnya sentiasa basah dengan zikir-zikir memuji Allah. Ganjaran pahala juga telah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang berzikir. Hal tersebut dijelaskan dengan turunnya surah Al-Ahzab ayat 35, maksudnya:

 “Golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.

Kehidupan kita di dunia ini hanyalah sebuah perjalanan ke suatu destinasi yang tetap akan kita semua kunjungi dan di sanalah nanti kita kan temui sebuah kehidupan yang abadi selama-lamanya. Jadi apakah bekalan kita sudah mencukupi untuk ke sana? Atau sudah bersediakah kita untuk menghadapinya. Sekurang-kurangnya beramallah kita dengan zikir ini sebagai menampung amal kita.

Jangan bercakap melebihi ZIKRULLAH, sesungguhnya dengan banyak bercakap dan ketawa akan mengeraskan hati, dan apabila hati keras ia akan menjadi semakin jauh dari ALLAH SWT

Berikut adalah amalan zikir harian yang boleh kita lakukan sebagai amalan setiap hari:





Dari Rasulullah s.a.w, "Sesiapa yang mengucapkan 'Subahanallah hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga." ( H.R Muslim)


Kelebihan Berzikir
Antara kelebihan berzikir yang dinyatakan di dalam hadis-hadis yang sahih adalah:

Pertama – majlis zikir merupakan taman syurga di dunia. Daripada Anas bin Malik r.a, beliau meriwayatkan: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Jika kamu melalui taman-taman syurga, maka singgahlah dengan senang. Para sahabat bertanya: Apakah taman-taman syurga itu? Baginda menjawab: halaah-halaqah (kelompok) zikir.” – Hadis hasan riwayat al-Tirmizi.

Kedua - Zikir merupakan benteng daripada gangguan syaitan.

Ketiga – Zikir penghapus dosa dan menyelamatkan daripada azab Allah.

Keempat – Zikir diumpamakan sebagai orang yang hidup.

Kelima – Zikir beroleh pahala.

Keenam - Zikir adalah tanaman syurga.

Ketujuh – Zikir adalah amalan yang paling baik dan paling tinggi darjatnya.


50 Amalan Seharian Terbaik Dalam Hidup

Assalamualaikum wbt :)

Actually tadi, saja je godek-godek dekat laman sesawang google pasal amalan terbaik dalam kehidupan seharian. Dan rugi rasanya jikalau ilmu yang ada Mieya tidak kongsikan bersama kalian, rakan pembaca.

Kalaulah kita dapat buat sedikit pun daripada amalan-amalan tersebut 
sudah cukup baik untuk kita apalagi kalau dapat buat semuanya kan..? 
Memang berbahagialah di dunia dan akhirat InsyaAllah.

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi


11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan 30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.


Kun Fayakun & Terjemahannya

Assalamualaikum wbt.

Kun Fayakun adalah serangkap ayat Al-Quranyang penuh sarat makna yang berselirat walau kalamNYA sedikit tercatat. Jika diamati secara mendalam, kita boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. 

Apa itu "Kun Fayakun"?

Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. 

Berikut adalah ayat-ayat 'KUN FAYA KUN' dalam Al Quran:-



Hari ini, kalau tanpa Izin daripada Allah SWT.. Mieya dan abang hampir-hampir sahaja terlibat dalam satu kemalangan ngeri. Sebuah motosikal ditunggangi oleh seorang wanita, telah memintas sebuah kereta satria. Kebetulan, Mieya dan abang menunggang motor di belakang kereta tersebut.

Dan secara tiba-tiba, si penunggang motosikal tersebut membrek secara mengejut. (Padahal depan dia kosong, tak ada apa-apa kenderaan) Si pemandu kereta pon ikut sama menekan emergency brek. Manakala abang Mieya pon turut bertindak sedemikian rupa. Kalau diikutkan... kurang lagi seinci kami berdua hampir-hampir nak melambung di atas kereta tersebut.

Namun, syukur alhamdulillah. Allah masih lagi meyayangi dan melindungi kami berdua. Tiada apa-apa yang berlaku, tiada sebarang kehilangan darah atau nyawa. Cuma Mieya kini agak sedikit trauma, masih lagi terasa bagaimana denyutan jantung yang seakan-akan nak memecah keluar.

Serius, terus terimbau kembali kemalangan yang pernah Mieya alami sewaktu di zaman kanak-kanak dahulu ! Parut di badan masih lagi kekal, apatah lagi parut di hati. Sampai bila-bila akan kekal dalam ingatan Mieya.


Jika Allah  berkehendak bila-bila saja dan dimana-mana saja, tiada tempat berlindung dan tiada tempat bersembunyi dari-Nya.

Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi Allah Taala... 

Siapalah kita untuk mempertikaikan kekuasaan dan kehendak Allah!!! 



7 Amalan Malam Jumaat

Assalamualaikum wbt :)

Entri kali ini sekadar untuk perkongsian kita semua sesama umat Islam. Rasanya mungkin dah ramai di kalangan kalian yang dat tahu. Tapi takpe. Tak salah jika kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain kan?


Pada malam Jumaat ini banyak amalan-amalan yang boleh kita lakukan. Di antara amalan-amalan malam Jumaat tersebut adalah :

1) Membaca Surah Al-Kahfi
Bahawa sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat itu, Allah mengampuni dosanya dari Jumaat ke Jumaat. Ianya diberi cahaya kesucian oleh Allah antara Jumaat ke Jumaat.

2) Membaca Surah Yassin
Amalan yang kedua yang harus kita amalkan ialah membaca surah Yaasin.
Dari Abu Hurairah ra. Sesungguhnya Rasulullah ﷺ telah bersabda ; “Barangsiapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.”

Mengenai keutamaan surah Yaasin, Nabi Muhammad  telah menyebut dalam hadisnya: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, adapun hati al_Quran adalah Yaasin. Siapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.”(HR Tarmizi)

3) Berselawat
Selain itu, kita harus memperbanyakkan zikir, doa dan selawat. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyebut tentang selawat kepada Nabi. Diantaranya ialah; Firman Allah SWT :

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat –Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya(Nabi).” (Al-Ahzab:56)

Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra sesungguhnya ia mendengar Rasulullah bersabda: “Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat(memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (HR Muslim)

Dari Abdullah bin Mas’ud ra bahawasanya Rasulullah  bersabda: “Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat, ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku.” (HR Tarmizi)

4) Jimak
Amalan yang lain adalah seperti berjimak iaitu bersetubuhan. Berjimak dengan isteri diberi pahala oleh Allah SWT sekiranya dilakukan dengan adab yang diajar oleh Islam.
Imam Syafie berpendapat, ada tiga malam dalam seminggu hukumnya sunat menjimak isteri. Malam-malam tersebut ialah malam Jumaat, malam Khamis dan malam Isnin. Ini kerana Nabi Muhammad SWT mendekati isteri-isteri baginda pada malam-malam tersebut.
Antara adab-adab berjimak ialah mengucapkan salam, lakukan dengan hati yang gembira, berpakaian bersih dan wangi, nikmati kepuasan bersama-sama, berwudhuk sebelum berjimak, menggunakan selimut, membaca doa sebelum dan selepas berjimak, bersifat lemah lembut, mensyukuri nikmat, dan membersih kemaluan setelah berjimak.

5) Qiyamulail
Amalan yang seterusnya ialah Qiyamulail (solat malam) iaitu bangun pada waktu malam hari untuk mengerjakan ibadah kepada Allah SWT serta bermunajat kepadaNya untuk memohon keampunan dengan mengerjakan ibadah solat sunat.
Selain itu keutamaan solat Qiyamullail dapat menghindarkan diri daripada gangguan syaitan seterusnya mendapat nikmat kerana dapat berhubungan langsung dengan Allah SWT.

6) Perbanyakkanlah zikir, bertasbih, bertahmid dan bertakbir

7) Memperbanyakkan permohonan dan doa kepada Allah SWT.


Perkongsian Jumaat #13 | Petua Tenang Hati


Insyaallah, hati sentiasa tenang.


Tiga "Ta" yang Boleh Menjatuhkan Umat

Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat buat semua :)

Sedang blogwalking dari satu blog ke satu blog ni. Mieya terbaca satu artikel di blog rakan blogger ni. Artikel tersebut bertajuk, Tiga “Ta” yang Boleh Menghancurkan Umat.

Tahukah anda, apakah maksud di sebalik tiga "Ta" yang boleh menjatuhkan umat manusia, khususnya umat Islam?

Tiga "Ta" tersebut merupakan singkatan suku kata daripada tiga faktor utama yang mana boleh menghancurkan saudara Islam kita sendiri. Tiga Ta yang dimaksudkan ialah :




Takhta
Korang boleh tafsirkan maksud takhta itu dari pelbagai sudut. Lazimnya jawatan atau status teragung dikalangan persatuan atau masyarakat. Di negara kita juga tidak lari dari konsep takhta ini kan? Kalau diberi peluang ramai yang gaduh tarik rambut kot nak jadi pemimpin atau dapatkan jawatan tertinggi. Nasib peluang itu bukan sembarangan. Sekarang ni gelaran Dato’ juga boleh dibeli dengan wang ringgit ape..

Wanita
Oh wanita merupakan umpan kepada lelaki. Wanita dapat menghancurkan kekalutan dunia? Wanita juga membinasakan seseorang lelaki itu. Faktor yang dapat melemahkan lelaki sudah tentulah wanita. Kerana wanita dapat menggugat kehebatan benteng seorang lelaki lebih-lebih lagi si pemimpin. Sekuat mana iman dan darjat pun adanya wanita, pasti goyang derr...

Harta
Masyarakat akhir zaman lebih mengutamakan harta dunia berbanding amalan berharga yang dapat dibawa ke akhirat. Berlumba-lumba sedangkan nikmat itu hanya sementara. Tidak kira saudara atau sahabat karib, kalau terdesak pasti mereka menjadi korban. Dunia sekarang tipu-menipu duit orang lagi cepat kaya, ye tak...
Sumber artikel : dearxila


Amal Jariah, Amal Yang Tidak Terputus Pahalanya

Assalamualaikum wbt kepada kawan-kawan blogger yang disayangi sekalian 

Sedang Mieya berblogwalking mencari seciput idea untuk dikongsikan bersama di entri kali ini. Suddenly, I got an interesting little knowledge to share with you guys. I thought, it might be beneficial for us as muslim, right?

Mungkin ada di kalangan kalian yang pernah terbaca ataupun dah tahu pasal benda ini. Well, it doesn't matter. Kalau yang dah tahu, anggap sahaja lah ia sebagai reminder. Manakala yang tak tahu, anggaplah ia sebagai ilmu.



Dari Abu Hurairah RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda :
''Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendo’akannya '' (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).


Contoh konkrit; sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah meninggal dunia :

1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat. 

2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.
Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain hasanaat. 

3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat. 


4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.
Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat.

5. Tempatkan pendingin air di tempat awam.
Place a water cooler in a public place.


6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.
Share constructive reading material with someone.


7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.
Participate in the building of a mosque.

8. Edarkan CD Quran atau Do'a.
Share a du'a or Quran CD.

9. Bantulah pendidikan seorang anak.
Help in educating a child.


10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat.
Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment. 

Sebenarnya ada banyak lagi cara lain. This is just some part of it :) 

Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan daripada ilmu yang disampaikan ini. 

Special thanks and credit to :  Ibu Wafiq



Pesan Rasulullah Sebelum Tidur

Assalamualaikum wbt :)



SEBELUM tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :
“Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :
1.     Khatam Al-Quran
2.     Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
3.     Membuatkan para muslim meredhai kamu
4.     Melaksanakan ibadat haji dan umrah.

Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”

Rasulullah tersenyum sambil bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kepadamu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)” - MAFHUM DARI HADIS


P/s : Ketahuilah kalian siapa sahaja dari umat Rasulullah S.A.W yang berupaya untuk sentiasa mengikuti dan mentaati Rasulullah S.A.W dengan ikhlas serta menjadikannya sebagai contoh dalam kehidupan sehari-hari, maka sungguh ia akan mendapatkan sekian banyak keutamaan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.


Diet Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum wbt 

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan ikut sesuka hati kita saja. Ada juga pantang larangnya berdasarkan hukum-hukum Islam.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau kita semua ikut diet Rasulullah ini, kita takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.




Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.

(Hadis riwayat Bukhari)




Tentang Tiga Perkara

Assalamualaikum wbt :)

Entri pendek je untuk edisi kali nie. Maklum saja lah, entri auto-publish. Diharapkan, perkongsian ilmu untuk kali nie memberi manfaat yang berguna buat semua :)



 TIGA PERKARA YANG TIDAK AKAN PERNAH KEMBALI

1. Waktu
2. Perkataan
3. Kesempatan


ADA TIGA PERKARA YANG BOLEH MENGHANCURKAN KEHIDUPAN KITA

1. Kemarahan
2. Kesombongan
3. Dendam, Iri Hati, Dengki.

ADA TIGA PERKARA YANG TIDAK BOLEH HILANG DARI KEHIDUPAN KITA

1. Cinta Kasih
2. Keluarga
3. Sahabat




Hukum Membunuh Cicak

Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat semua :)

Cicak merupakan sejenis reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Umumnya, cicak dalam Bahasa Arab dikenali sebagai wazgah, manakala dalam istilah Inggeris ialah lizard.


Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano. Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam. Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya mengeliat-geliat sementara cicak melarikan diri.

Hukum makannya: Tentulah haram.
Hukum bunuhnya: Sunat dan Sunnah.

Dalilnya: 

1. Ummu Syarik telah berbincang dengan Nabi berkenaan dengan membunuh cicak ni. Nabi menyuruhnya membunuh cicak. (Bukhari dan Muslim)

2. Nabi s.a.w bersabda:
(أقتلوا الوزغة ولو في جوف الكعبة)
Maksudnya: Bunuhlah cicak walaupun dalam ka'abah.(HR Tobrani)

Sebab perlu dibunuh:

1. Nabi menyuruh supaya membunuh cicak dan memanggilnya sebagai Fuwaisqa (binatang kecil yang jahat). Baginda bersabda menyatakan sebabnya:

(كان ينفخ النار على إبراهيم)
Maksudnya: Cicak telah meniup api bagi api tu besar kepad Nabi Ibrahim. (HR Bukhario dan Muslim).

2. Pahala yang banyak bagi yang membunuh cicak. Nabi s.a.w brsabda:

(أن من قتلها في الأولى فله مئة حسنة وفي الثانية دون ذلك وفي الثالثة دون ذلك)
Maksudnya: Sesungguhnya sesiapa yang membunuhnya dengan sekali pukulan maka dia mendapat seratus pahala, sesiapa yang membunuhnya pada pukulan yang kedua dia mendapat kurang cikit (70 pahala) dan sesiapa membunuhnya dengan 3 pukulan maka dia mendapat kurang pahala dari yang lepas.

Imam 'Izzudin bin Abd Salam telah menyatakan sebab kepada banyaknya pahala pada pukulan pertama adalah kerana ia adalah ihsan ketika membunuh binatang; kerana ia mengurangkan kesakitan binatang

Nabi bersabda:
(إذا قتلتم فأحسنوا القتلة)
Maksudnya: Bila kamu membunuh hendaklah bersikap ihsan ketika membunuh.(Muslim)




Perkongsian Jumaat #9 | Perlukah Bercakap Tentang Orang Lain?

Assalamualaikum wbt dan salam jumaat buat semua :)

Sambil rasa bersalah kat segerombolan buku-buku lama di zaman persekolahan dulu yang baru dikemas siang tadi. Dan mungkin jika tiada aral yang melintang esok, akan dahku jual kesemuanya kat tempat recycle.

Mieya Atiera merupakan antara spesies manusia yang suka sangat bermalas-malasan untuk mengemas rumah setelah hampir dua minggu lebih berpeleseran di dapur dengan kuih raya tanpa henti bersama emak dan adiknya yang tersayang.

Rasanya, tak perlu lah Mieya lengah-lengahkan entri kali nie dengan ayat pendahuluan yang panjang kemain. Sebabnya, tajuk entri kali nie sudah menjelaskan mengenai apa yang bakal Mieya kongsikan bersama kalian.

Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat,
"Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?"

Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!"



Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan itu benar?"

Jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, 
tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)."
(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).

Firman Allah swt:
"Dan janganlah kamu mengumpat sesama kamu, adakah seseorang di kalangan kamu suka makan daging mayat saudaranya; tentulah kamu bencinya." 12 : al-Hujjurat .

Sama-sama kita fikirkan..

Berhati-hati di jalan raya. Selamat Menyambut Aidilfitri buat semua.


Garis Panduan Mendengar Lagu

Assalamualaikum wbt dan selamat menjalani ibadah puasa semua :)

Setelah sepagian menyibukkan diri dengan aktiviti mengemas rumah, menyidai pakaian di ampaian dan tak lupa menjenguk pokok cili kesayangan sekejap. Dan pada tengah hari yang mana nafsu mula bergelodak seperti ombak di laut.

Mieya rasa amat terpanggil untuk berkongsikan dengan kalian semua mengenai persoalan seperti yang tertera di tajuk entri kali nie.

Berkaitan dengan lagu dan muzik sebagai halwa telinga, penyedap hati di kala duka. Di mana terdapat dua khilaf (perbezaan pendapat) dalam masalah ini.

Satu kelompok mengharamkan secara habis-habisan semua jenis nyanyian dan lagu yang mengandungi unsur-unsur yang tidak baik, bertentangan dengan syariat Islam dan menganjur kepada berlakunya maksiat. Kelompok ini juga menyifatkan muzik sebagai "siulan syaitan", himpunan perkataan yang sia-sia serta boleh melalaikan diri dari melakukan ibadah.

Satu lagi kelompok  beranggapan bahawa lagu dan muzik adalah harus, terutamanya apabila ingin meraikan suasana gembira dan bahagia, misalnya di waktu pernikahan, hari-hari besar dan sebagainya.

Dan disini, Dr. Yusuf al-Qadrawi telah meletakkan hukum secara umumnya adalah harus, dan boleh bertukar kepada haram jika ia melanggar garis panduan nih yang bawah ni :
  • Lirik Lagu Tidak Bertentangan dengan Akidah dan Akhlak Islam - rasanya tak perlu lah disenaraikan disini, sebabnya korang semua boleh selak dan selidiki sendiri sesebuah lirik lagu tu. Contohnya, lirik lagu yang mempertikaikan kekuasaan Tuhan. 

  • Gaya Persembahan -  Gaya penyampaian hendaklah tidak mengundang kepada fitnah. Contohnya, berduet antara penyanyi lelaki dan perempuan, mempunyai penari latar lelaki bercampur perempuan yang bukan mahram, berpakaian menjolok mata (seksi) serta melampaui batasan Islam.

  • Tiada Unsur-Unsur Haram - Perkara yang perlu diambil perhatian di tempat menyanyi ialah tiada unsur-unsur haram. Contohnya di tempat yang menyajikan air setan (arak), perempuan yang seksey meksey, dadah serta pencampuran antara lelaki dengan perempuan.

  • Tidak melampaui batas - .Setiap persembahan yang disampaikan mestilah tidak berlebih-lebihan serta mendatangkan sebarang pembaziran. Muzik yang mengiringi sesebuah lagu mestilah tidak mendatangkan syahwat, nafsu, melalaikan dan mengkhayalkan pendengar.

Tapi di

Sebaiknya kita manfaatkan masa yang terluang dengan membaca Al-Quran, berzikir dan berselawat, melakukan qiammulail serta solat-solat sunat. 


Semoga entry ini ada benda yang bermanfaat yang dapat di kongsi ye. walaupun cuma sedikit. 
Credit to : Sis Yuyu Zulaikha


Sekian. Salam bertemu lagi :)