Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat rakan pembaca semua :)
Baru-baru ini... Mieya ada menerima email daripada rakan pembaca. Yang bertanya pasal cara
bagaimana nak generate income from blogging. Persoalannya, boleh ke buat duit melalui blog?
Mungkin ramai di kalangan blogger yang tak tahu bahawa sesebuah blog boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk menjana pendapatan sampingan.
Ia bukan setakat meletakkan iklan daripada syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, Exabytes dan Komli semata-mata.
Bahkan, ia sebenarnya boleh jadi satu tapak untuk korang promosi apa sahaja yang boleh menjana pendapatan.
Benar, blog sebenarnya berfungsi sebagai wadah pemikiran yang di kongsikan dengan para pembaca.
Ada yang meluahkan isi hati dan pendapat menerusi blog. Tak kurang juga ada yang menulis mengenai kehidupan seharian di blog. Tapi apa salahnya, sesekali selitkan sedikit sumber pendapatan sampingan di blog korang.
Cara Menjana Pendapatan Dengan Blogging
- Letak iklan daripada syarikat pengiklanan
Buktinya lihat blog yang ada di Malaysia. Boleh dikatakan hampir keseluruhan daripada blogger
meletakkan banner pengiklanan seperti Nuffnang, Churpchurp, 8Share (Klik untuk daftar PERCUMA) mahupun Advertlets.
Hal ini secara tak langsung mewujudkan tabungan online untuk diri kita sendiri. Cukup jumlah, cash out saja lah.
Senang kan? klik untuk membaca Panduan Asas Nuffnang
- Sewa Tapak iklan dalam blog
Cara ini semakin ramai yang guna. Namun harus diingat, korang perlu lah bersikap profesional,
mestilah adil dan saksama apabila menawarkan khidmat letak iklan ini kepada pihak yang beriklan.
- Promosi produk anda
Tak semestinya kalau korang buat blog niaga hanya semata-mata untuk mempromosikan produk bisnes korang je.
Korang boleh juga berkongsi cerita / pengalaman / testimoni mengenai perkara yang boleh menyelesaikan sesuatu masalah tersebut, terutamanya yang merujuk kepada produk jualan korang.
- Letak iklan affiliate produk yang berkaitan dengan blog
Kalau korang serius untuk buat duit melalui blog, korang semestinya tidak asing lagi dengan perkataan 'affiliate'.
Dengan affiliate korang tidak perlu susah-susah memikirkan stok barangan. Sebaliknya, korang hanya perlu menjadi orang tengah dalam menjual sesuatu produk. And then, setiap hasil jualan yang berjaya akan diberikan komisen seperti yang ditetapkan.
Sebagai langkah permulaan, korang boleh lah berdaftar dengan Ashadee.com. Disitu terdapat pelbagai produk
yang boleh korang niagakan secara online.
- Cerita, kongsi kepakaran anda
Misal kata, korang ada kepakaran untuk mendesign blog. Serlahkan dan kongsikan kepakaran korang tu di blog.
Dalam masa yang sama, korang tawarkan khidmat kepakaran korang tu secara umum. Mana tahu hasil kekreativitan korang tu dapat menarik minat orang untuk mendapatkannya.
CARI DUIT secara online dengan blog ini sebenarnya banyak cabang dan cara yang boleh korang gunakan
untuk menjana pendapatan. Jadi bila orang bertanya boleh ke buat duit dengan blog? Semestinya boleh.
Apa yang penting ialah kesabaran dan pelan jangka panjang. Usaha yang berterusan pasti akan membuahkan hasil.