Ada sesiapa yang menonton Buletin Utama edisi hari Sabtu, 22 September 2012 pada jam 8.00 malam tadi tak? Di mana isu mengenai Bahaya Penggunaan Contact Lens/Kanta Sesentuh murah telah diutarakan.
Pemakaian contact lens ini bukanlah satu isu yang baru kerana trend ini sudah lama diguna pakai oleh sesetengah golongan dari luar negara sana. Dan antara yang paling cepat menular ialah di negara Korea dan Jepun. Di mana, kebanyakan daripada artisnya gemar berekspresi dengan warna mata yang berbeza-beza.
Oleh sebab, wabak demam k-pop dah lama menular di negara kita dengan kumpulan muzik yang pelbagai genre muzik, drama cinta bersiri yang romantik, mahupun style yang bermacam-macam.
Sehingga membuatkan anak-anak muda sekarang nie dah ramai yang angau atau dalam erti kata ingin kelihatan seperti artis-artis k-pop pujaan mereka. Jadi, tidak mustahil jika mereka sanggup berhabisan wang untuk kelihatan lebih stylo, up-to-date.
Dan salah satu daripada list barangan wajib beli ialah contact lens. Mungkin sebab tertarik dengan warna dan coraknya yang cantik-cantik disamping ada yang dijual dengan harga yang murah.
Tapi tahukah kalian, bukan semua contact lens adalah baik untuk mata? Terdapat sesetengah daripadanya yang mendatangkan kesan mudarat kepada si pemakai seperti mata membengkak, penglihatan bertambah kabur (rabun) dan yang paling parah, boleh menyebabkan buta.
Okey, rasanya... Sebelum nie pon dah ada akhbar-akhbar yang menyiarkan berita mengenai implikasi negatif yang terdapat pada contact lens murah disamping boleh mendatangkan kesan tidak elok pada si pemakainya nie.
Lagipun, di dalam agama Islam juga ada menerangkan mengenai Hukum Memakai Kanta Lekap/Contact Lens. Di mana hukumnya adalah HARUS asalkan tidak mendatangkan mudarat.
P/s : Memakai kanta lekap ini memerlukan penjagaan dan kebersihan yang elok jika tidak dijaga mungkin memang banyak implikasi yang akan kita hadapi. Kebersihan itu yang utamanya dan jika memakai kanta lekap ini pastikan tidak melebihi 8 jam. Sediakanlah spray untuk kanta lekap jika melebihi 8 jam agar mata kita sentiasa segar dan tidak keletihan.