Showing posts with label Produk Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Produk Kecantikan. Show all posts

Modbox, The Most Affordable Beauty Box in Malaysia

Assalamualaikum wbt  :)

So today, Mieya nak share dengan korang semua mengenai Beauty Box pertama Mieya which I'm really sure most of the people who read blog are familiar with the beauty box that bloggers always talk about.

Konsep beauty box ini sebenarnya dah lama wujud. Di mana kita bayar pada sesuatu harguntuk sebuah kotak yang mengandungi pelbagai produk kecantikan. Tapi, apa yang penting sekali is the price is very affordableSama ada 
  • kita tahu produk yang bakal diterima (boleh pilih) atau pun 
  • tidak tahu barang kecantikan apakah yang bakal korang dapat. In short, kira macam surprise gitu.

And here I would like to introduce Modbox which offers the cheapest prices among the other beauty box. It is super cheap & affordable. Plus you don't need to subscribe it monthly. Buy if and only if you are interested with the products. Believe it or not? 

Dengan hanya RM9 korang boleh pilih 3 sample untuk di try
RM9 je! (excluding delivery postage)
Murah kannn???


My first impression of the box was that its eco-friendly and reusable. Besides, it was very beautifully packaged. Plus, everything came in perfect condition. Now, lets see what's inside the box !


1. Murad Resurgence Hydrating Toner
Toner yang boleh membantu kita mengembalikan semula kelembutan kulit kita to its former glory. Toner ini sangat cepat meresap pada kulit. Serius best! Cuma Mieya kurang berkenan sikit dengan baunya yang kuat. but thankfully selepas beberapa minit, baunya pon hilang.


2. Kneipp Samples 
  • Lavender Herbal Body Oil 
Kulit lebih lembut dan kekal lembap di mana ia kaya dengan essential fatty acids, Vitamin A & E. Ia menyerap dengan cepat dan bau lavender yang melegakan minda dan badan.
  • Almond Blossom Body Lotion
Ia melembapkan dan merawat kulit dengan bahan-bahan penghidratan semula jadi seperti badam manis, avokado dan minyak jojoba.
  • Eucalyptus Herbal Bath
A healing bath treatment especially bagi mereka yang mengalami selesema atau alahan, kerana ia mengandungi kayu putih yang merupakan pembasmi kuman semulajadi. Berendam dalam tab panas dengan ia selama 15-20 minit dan sinus anda akan lebih lega.


3. Lavera Basis Sensitiv Hand Cream
This vegan-friendly hand cream melindungi dan mengekalkan kelembapan tangan kita dalam persekitaran yang berhawa dingin. Krim ini sangat sesuai disapu di bahagian siku yang kering. I tried it and my elbows are softer. Cuma Mieya kurang berkenan dengan baunya, bau macam tumbuh-tumbuhan di hutan gitu.


The box come with few small cards with greeting and product description list that tied up together. So, I get to know the product easily by reading the card only *feeling macam baca note before masuk exam hahaha. Creative ! And the card written my name on it by handwriting. I like this idea ! 


For more info, please visit the below.
Facebook: Modbox 


Review Eliza Helena Whitening Salt Scrub

Assalamualaikum and hi guys !

Every girl dreams about fair and smooth skin. It is not an instant thing, but sure we can achieve it with routine skin care, consume supplements and also eat healthy food. 

Selalu kita perempuan perempuan ni lebih mementingkan penjagaan kulit muka je kan? Betul kan? Serious, same like me before. Tapi bila tengok kulit muka licin, tapi kulit badan tak selicin kulit muka, berbelang-belang pulak tu. Lengan nampak lembap tapi bila sampai tang siku, kering.. ada hitam-hitam pulak tu. Acaner tu? 

So, today Mieya nak berkongsi sikit satu produk thats really smoothes my skin. I think it's different from another scrub. Introduce, Eliza Helena Whitening Salt Scrub with Tamarind Extract, a scrub salt from Thailand.


Harga : RM18 (tak termasuk postage)

Teksture nya pekat, dengan garam halusnya. So tiap minggu, memang Mieya akan buat sesi memanjakan diri ala-ala rawatan spa gitu. tapi kat rumah je la. muehehe. Save cost okey. 

Seperti yang kita semua tahu, garam bagus untuk kulit dan aliran darah. Di mana fungsi garam yang paling universal ialah untuk tanggalkan sel mati, haluskan kulit, merawat kulit, melancarkan aliran darah dan macam-macam lagi lah.

Actually, skrub ni ada tiga jenis ekstrak. Tapi Mieya prefer lebih ekstrak asam jawa. Bestnya pasal produk ni, lepas je guna Salt Scrub ni, kulit rasa lembut, lembap dan licin je. Serious tak tipu. Lepas tu bau asam jawa tu macam manis gitu kat kulit kita. 


Directions:
1. Wet your skin
2. Scrub to your skin in circular motion gently please
3. Stay for 5-10 minutes
4. Rinse with water.


Skrub ini membantu dalam menghapus sel-sel kulit mati selain mengupas kulit menjadi bersih dan segar gitu. So, kulit akan jadi berseri, lembut dan sihat. Tak payah dah nak beli lulur and skrub asing-asing. Sebabnya, salt scrub ini ada kedua-duanya sekali. Just sapu di badan..gosok2 sikit..bilas dengan air..then kulit akan rasa lembut, lembab and wangi. Love it !

Apa yang Mieya tak suka? Ermmm, it has deep strong tamarind smell!Tapi jangan risau, lepas sapu di badan dan tempat yang hendak dilulur, badan bau wangi + sweet camtu.

And  please be careful while using this salt scrub for it is salt, and if you had any scars, it would be veryvery painful T___T 

Overall, Mieya suka sangat dengan produk ini. even my lil sis pon suka jugak. Sangat berkesan untuk membuang daki, kulit jadi lembap gitu.


Review Vitamin C 1000mg Pahang Pharma (Testimoni Bergambar)

Assalamualaikum wbt and hi everybody :)

Masih ingatkah lagi dengan coretan di entri ini, di mana Mieya ada bagitahu yang Mieya masih mencuba consume beberapa produk kecantikan dan juga supplement. And yes. Selepas 3 malam menaip, akhirnya siap juga entri ni. 

Sejak mula bekerja ni, Mieya mula menyedari betapa pentingnya menjaga kesihatan dan penampilan luaran dalaman. Lagi-lagi kita ni yang perempuan, beauty conscious merupakan elemen penting yang perlu dititikberatkan. Even ramai yang  proclaim adalah lebih baik untuk jadi diri sendiri *just the way you're. "kawan-kawan, 
saudara-mara, encik sayang saya terima diri saya seadanya." hahaha konon-konon lah kan -,-"

Tapi bila setiap kali Mieya bekerja dan berurusan dengan orang ramai. Mostly lelaki (umur dalam 29 ke 40-an), menggelar kita dengan panggilan "ahkak". Gila. Terus tersentap hati sekejap. "Tua sangat ke aku? Penampilan aku? Sedangkan I'm only Nineteen-years-old-girl."

Next, bila bekerja tak menentu tempat nie, sekejap duduk dekat pejabat (bawah air cond). Sekejap keluar berjemur bila transport datang hantar / collect barang. Kalau sehari ada 4-5 transport yang perlu diuruskan, bayangkan lah berapa lama masa Mieya berjemur?

And end up, kulit Mieya jadi tak sekata, bertambah gelap, dan berbelang-belang. Lepas tu, kepala mula 
berdenyut-denyut, pening, stress bila mengadap kerja yang banyak. Itu belum lagi ditambah dengan kes terima aduan dari dealer / transporter / salesman/ other staffs. Yang bekerja cuma 2 orang sahaja ! *pengsan

Sejak itu lah Mieya baru tersedar dari lamunan. Sampai bila harus diriku begini? Sampai bila nak endah tak endah dengan gaya penampilan diri? Sampai bila nak tampak lesu, tak bermaya setiap kali berhadapan dengan orang lain? Sampai bila blablabla... (Kalau tak dihentikan memang sampai ke sudah tak siap lah entri ni)

Dalam mencari-cari jalan penyelesaian mengenai permasalahan ini, Mieya terbaca mengenai Keperluan Supplement Terhadap Tubuh Badan.


Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. 
Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. 

Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin. 

Tanda-tanda Tubuh Kita Kekurangan Vitamin dan Zat Nutrient?
  • kuku mudah patah
  • pecah-pecah di bahagian hujung mulut
  • bibir pecah
  • kulit memerah dan berminyak
  • jerawat
  • rambut nipis
  • kelemumur
  • mata merah
  • mata terasa kering
Sumber : Mingguan Wanita | Mac 2010

Bermula dari itu lah, Mieya mula mencari supplement yang sesuai dan affordable untuk dibeli. And terjumpa dengan Vitamin C 1000mg Pahang Pharma. Melihat kan banyak testimoni dan komen para pengguna yang positif. 
Mieya pon mula tertarik dan jatuh hati. 

Maka pada 23 Julai 2013 secara rasminya Mieya mula consume Vitamin C 1000mg by Pahang Pharma ni. 
Alhamdulillah. Masuk bulan ini, sudah 4 bulan Mieya & emak tersayang mengamalkan vitamin ni. 
And what's impresse me is banyak masalah yang selama ini Mieya hadapi telah dapat diselesaikan. Antaranya :


  • membantu mengurangkan pening kepala @ migrain
Memang Mieya akui, selama sebulan Mieya mengamalkan Vitamin C nie, Mieya dah kurang rasa pening-pening. Lagi-lagi bila bekerja dengan condition yang berbeza nie.
  • Selera makan semakin okey
Sebelum Mieya mengamalkan Vitamin C nie, korang hulur je lah apa-apa makanan sekalipun dekat Mieya. Mesti akan tinggal baki sisa-sisa makanan yang tak dijamah. Sebabnya, Mieya macam takde selera sangat. Padahal perut masih lagi lapar nak makan lagi, tapi tekak dah tak boleh nak tampung. Kekadang rasa macam mual and nak termuntah pon ada.

  • badan rasa lebih ringan
Kenyataan ini turut diakui sendiri oleh emak Mieya. Hari pertama beliau mengambil vitamin c nie, pada keesokannya emak Mieya beritahu yang badannya bertambah ringan. Buat kerja, bergerak aktif ke sana sini pon takde rasa letih mahupun sengal-sengal badan. Bila badan cergas, nak bekerja pon bertambah semangat!
  • Membantu mengurangkan masalah gigi sensitif
Ya, Mieya merupakan seorang penghidap gigi sensitif sejak zaman bangku sekolah lagi. Minum atau berada dalam cuaca yang sejuk (hujan), gigi mula lah nak meragam je. Tak kira waktu, sama ada siang mahupun sebelum tidur. Begitu juga bila minum atau makan makanan yang panas. But, alhamdulillah. Kini, Mieya dah takde alami masalah gigi sensitif lagi.
  • kulit muka semakin kurang berminyak. Blackhead pon kurang jugak.
Haa... Bab nie yang paling membuatkan Mieya stress sekali, iaitu masalah kulit berminyak. Hal ini sekaligus menjadikan kulit muka Mieya kusam, dan kelihatan lesu, tak bermaya. But now, takde lah nak stress sangat. Sebab kadar minyak di muka sekadar untuk melembapkan kulit sahaja. 


Gambar kiri & kanan atas : di bawah cahaya lampu pendarflour
Gambar kanan bawah : di hadapan cermin (YEAR 2013)
  • Kulit badan bertambah sekata
Setakat ini, Mieya cuma perasan yang kulit badan Mieya sudah semakin sekata. Takde lah nampak ketara sangat belang-belangnya. Cuma part kaki je lah yang masih gelap lagi, berkemungkinan sebab pakai flatshoe tanpa memakai stokin.
  • Merawat jangkitan batuk, selsema serta meningkatkan imuniti
Macam Mieya, setiap pagi selepas bangun dari tidur. Mesti hidung berair macam selsema gitu. Tapi alhamdulillah, sekarang dah tak ada dah. 

Okey. itu sahaja antara kesan pengambilan Vitamin C Pahang Pharma yang Mieya boleh nampak dan rasainya sendiri. Mungkin tak sama kesannya dengan orang lain. Sebab tubuh badan kita semua berbeza, maka kadar penyerapan dan penerimaan dalam tubuh badan masing-masing pon berbeza jugak.

Jika anda sering merasa letih, lesu, penat… tak perlulah nak ambil ubat-ubat lain, cukuplah dengan melengkapkan keperluan tubuh anda dengan vitamin dan mineral yang diperlukannya. Tak perlu ambil ubat-ubatan pon sebenarnya jika korang mengamalkan gaya pemakanan dan hidup yang sihat.


Jadi, bagi sesiapa yang ingin mencuba Vitamin C Pahang Pharma ni, boleh contact Mieya dengan mengklik link di bawah:

Facebook Mieya

Di Facebook nanti kita boleh cakap lebih lanjut. :)