Tertinggal Beg Dompet

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Pejam celik.. Pejam celik dah pun hari Sabtu. Hari ini, Mieya tinggal berempat sahaja dengan abah dan dua orang abang di rumah. Manakala emak dan adik Mieya, sudah pon berada di rumah makcik (di Bukit Cherakah) yang mengadakan kenduri kahwin anaknya.

Minggu ini, Mieya cuma sempat menaip 2-3 entri sahaja. Blogwalking pon sekadar yang termampu sahaja. Bukannya memilih bulu atau apa, tapi faktor persekitaran yang menjadi penghalangnya.

Hari ini.. adalah hari yang paling men-down-kan Mieya. Sebabnya... errr, beg dompet Mieya tertinggal di ofis. Entah tak boleh digambarkan betapa careless nya Mieya hari ni.


Serius, Mieya dah macam orang sasau serta mati kutu disaat ini. Dah lah duit, kad pengenalan, kad bank semua sekali dalam tu. Mieya cuma perasan akan 'kehilangan' beg dompet Mieya bila ingin keluar untuk membeli makanan.

Dah lah jarak antara ofis dari rumah memakan masa 30 minit perjalanan. Jauh okey, dari Jalan Klang Lama ke Kampung Baru Subang! Jadi, nak tak nak terpaksa lah menunggu sehingga ke hari Isnin nanti untuk mengambil semula dompet Mieya. huhuhu

Ini pun, hati bercampur baur, rasa macam ada yang tak kena bila keluar tanpa kad pengenalan. Umpama macam warga asing / pesalah besar pulak. Dah lah sekarang nie, musim road-block.

Nervous nie weyh !

9 comments:

Aya Zuki - Master Shaklee | Consultant Quantum Metal said...

sabo jela cik miya..hihi .xpe lepas ni sebelum nak pergi mana2 pastikan check semua benda yg penting ;)

Miss N™ said...

alahai...mmg xsenang duduk la kan...
harap xde sesapelah perasan wallet mieya tu...

isnin nanti cepat2 tgk tau..lepas ni jgn tggalkan lagi..

Umialya said...

kalu akak pasti serba tak kena 'lambatnya menanti hari esok..'

Hazmin Hamudin said...

Takda la jauh mana pun. Kenapa tak pergi ambik je.

Vee said...

tawakkal . insha Allah , beg duit tu selamat serta segala benda kat dlm tu .

teratai said...

Semoga beg dompet mieya selamat dijumpai n tiada barang yg hilang!

seri.selaseh said...

Bnyk nye duit.. Nmpk cam bukan duit Mesia je.

Kawan pernah ajar sy dulu cara dia supaya x lupa barang. Dia ajar, memula kita listkan dlm 3 - 5 barang penting yg tak bleh lupa kalo gi memana..

Jadi sy listkan yg sy punya..
1 - Kunci rumah
2 - Kunci kenderaan
3 - Hphone
4 - Beg duit
5 - Staff ID (x wajib)

Jadi tiap2 kali nak kluar rumah atau dari memana, saya kena kira ada 4 - 5 brg ni kena ada.. kena la kira satu2. Kalo kira x cukup, maknanya ada aa something missing.

Cuma nak share idea :)

Cik Itah said...

hhuhuu sabar jela

ayut said...

dh jmpe lom mieya punye dompet ni??