Kerja makin hari makin banyak yang terpaksa dipikul dan terpaksa berhadapan pula dengan berbagai-bagai situasi setiap hari. Mahu tak mahu, kena juga cekalkan hati untuk menghadapinya dengan nawaitu bekerja ikhlas kerana Allah SWT. Sabar adalah kunci kepada segalanya.
Bila kepala hotak mula "cramp" dan "stuck" dengan pelbagai beban dan permasalahan. Maka, haruslah mencari bahan sampingan untuk kembali menceriakan mood dan hari yang mendatang. Jadi, tabiat membaca novel adalah yang paling sesuai sekali memandangkan hobi Mieya sejak azali lagi, ialah membaca.
Sinopsis Belakang Novel :
PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati."Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau ! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya nie." - Aleeya Azmeen
"Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang ! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap." - Zarief Danial
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Daniel terhadap Aleeya Azmeen. Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial."Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?" - Zarief Danial
"Dah, tapi dia milik orang." - Aleeya Azmeen
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?
Ulasan Mieya :
Suka sangat dengan jalan cerita dalam novel ni. Garapan ceritanya membuatkan Mieya seronok membaca dari satu muka surat hingga ke muka surat terakhir.
Sweet je si Encik Perfect 10! Sangat-sangat la caring dan loving gitu. Harus lah Aleeya terjatuh cinta kat Zarief kalau gini rupa perangainya!
Encik Perfect 10 pada pandangan Aleya adalah beriman, baik, romantik, sensitif, kelakar, pandai masak, hormati orang tua, pandai memujuk, pandai merajuk dan sabar.
Mieya Paling suka part lakonan mereka tatkala berhadapan dengan Puan Yasmin. Kelakar habis! Semua benda pasal Aleya (dari luar ke dalam) disoal oleh Puan Yasmin kepada Zarief. Hasil lakonan Zarief Danial dan Aleeya yang cukup sempurna telah membuatkan ibu Aleeya, Puan Yazmeen sendiri tidak mencurigainya.
P/S : Actually.. Mieya ada tiga buah novel yang sedang menanti untuk dibaca.
Tapi itulah...
Mood membaca dibadai ombak malas.
Pesen kerja sekarang nak rehat sepuas-puasnya. Tak kira sama ada fizikal mahupun mental.
Errr... Maybe Blogging....????
Boleh gitu?
Errr... Maybe Blogging....????
Boleh gitu?
Haishhh ~,~
13 comments:
Mesti best, kan ;) hee
macam best cite ni..
mcm best je cite ni.. hihi
dah abis bc nk pinjam boleh heheh
huhu. sha pon sma. beli bnyk2 pastu tak sempat nak baca. bg ibu baca. :D
mai dh penah baca dulu..mmg best n novel ni pn akan diadaptasi
kita baca novel cinta terus ngantuk,geram tahu !
sejak nur layan running man ni, mood membaca mmg terhempas terus....
mgkin buku ni, akan dibeli pada masa akan datang,...mungkin.
wah bez la sinopsis novel ni
tajuk pun memikat jiwa nak baca
isi tabung nuffnang sini-hotlink
ayut pon ada 2 novel lg mennt utk dibaca :)
waahhh! best ehh? kal0 camtu... nak kena beli ni.
ehh...kawan saya ada kata, n0vel ni nak buat drama. entahlah, drama ke filem tah~ (Y)
woah mcm bestjee :D
Crite nih pun diadaptasikan...lisa surihani heroin die kan
Post a Comment