Mudahnya bila nak menyapa orang sekeliling kita. Dengan hanya senyum, atau memberi salam atau ucap selamat atau mungkin bertanya khabar atau apa-apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita kepada orang lain.. Secara tak langsung, kita sudah menjalinkan tali persahabatan (ukhwah) dengan mereka di sekeliling kita. Bukan?
Hmm.. Lepas tu, mesti rasa macam ada yang tak kena kalau kita tak balas kembali senyuman, balas ucapan selamat dan salam atau apa-apa sahaja pertanyaan yang ditujukan khas kepada kita kan? Ya, thats me !
Walau tengah sibuk menyiapkan kerja-kerja yang berselerakan di atas meja, tension dengan tekanan dari pihak atasan, transporter, salesmen mahupun customer..
Mieya akan cuba mencari ruang dan masa untuk menjawab pertanyaan, dan seterusnya membantu menyelesaikan kekusutan yang melanda secara profesional. Hal-hal kecil seperti bengang, geram, sakit hati kita buang ke tepi dulu. Apa yang penting, segala tugasan yang diberikan haruslah dilaksanakan dengan cepat, tepat dan hebat. (Moto baru company tempat Mieya bekerja. hehe)
Begitu juga lah dengan blogging, bertegur sapa merupakan antara amalan wajib buat bagi setiap blogger. Ramai yang menjadikan blog sebagai ruang bingkisan hati di kala duka dan suka. Dan, usually kebanyakan daripada mereka akan memaparkannya sebagai untuk tatapan umum.
Cuma sekarang ini, Mieya kena lebih berusaha untuk memanfaatkan walau 5-10 minit yang terluang untuk singgah ke mana-mana blog, saling bertegur sapa dan kekadang kalau bernasib baik, dapat juga serap sedikit ilmu dan pengajaran untuk bekalan di masa depan. Sangat-sangat berguna.
17 comments:
Datang singgah bertegur sapa. Hehe
orang tegur, kita seeloknya bermanis muka...
betul tu mieya.. bertegur sapa merapatkan ukhwah..
bersama-sama kita menjalinkan ukuwah kan :)..salam singah
Betul tu..kena saling tegur menegur..kalau sempat kan Mieya..he he..
berblogging ni boleh juga jadi medan untuk tambah kawan baru hehe salam perkenalan ! :)
betul tu mira
bertegur sape mengeratkan ukhwah
dr xde wat ape kat ofis ni kan..masa lenggang tu..terjahlah 5 6 blog..w/pun k.el x bape sihat rini..ni ha nak balik keje..sempat terjah blog miera hehe
alhamdulillah..perkongsian yg baik
moga lepas ni kene saling menyapa
senyum pun dah cukup sbnrnya kalau malu sangat :)
wahh...dah berwajah baru dah sekarang....cik siti dah lama tak blogwalking...skrg baru nak berjinak jinak balik...sebab terlalu busy dgn life hospital...huhu... selamat berblogwalking menambahkan kenalan ^^
Setuju dengan sis
bagus amalan bertegur sapa ni...cumanya kalau diblog ni kita kena spend masa yg byk...almaklumlah, kawan blog kitakan ramai. :)
Yup stuju tu :)
Mcm MJ dalam blog klau xdapat nak jwb dalam setiap komen, MJ akan pastikan jawab dalam blog blogger yg bertanya :D
Tahniah Mieya :D
bertegur sapa adalah amalan yang mulia..
Suka motto baru tempat kerja mieya tu...kerja kita akan jadi lebih efisien lagi!
huhuhu..gud la mieya ni..ayut klu dh keje mmg luangkan masa utk fikir pasal blog jer..nk ke blog tak jgk smpat yer..tp weekend pasti crik jgk masa nk BW :)
Post a Comment