Mood membalas komen boleh hilang bila

Assalamualaikum wbt kalian :)

Baru je dua tiga hari yang lepas, Mieya menjoinkan diri dengan segmen dibawah anjuran Pakcik bengbeng. A'ah. Segmen pasal Bloglist April 2012 tu. Best sangat-sangat, tak rugi buat sesiapa yang join.

Disamping dapat mengenali blogger lain, kita juga dapat meningkatkan trafik dan jumlah komen daripada kebiasaannya. APA, tak percaya?? Meh tekan link nie sat. Tengok dan nilailah sendiri okey?

Tapi, yang membuatkan Mieya hilang mood untuk membalas komen-komen tersebut ialah apabila ada dikalangan blogger yang tidak menggunakan comment pop up window. Maka, hanya dengan berbekalkan link daripada encik beruk band yang macam haram jadah tahap kelajuaannya, tak dapatlah teman membalas komen tersebut.

Gambar kat atas merupakan antara komen yang Mieya tak dapat balas lagi. Sebab apa? Haaa.. Cuba tengok gambar di bawah nie pulak.


Untuk makluman semua, antara komen yang Mieya tak dapat balas tu. Semuanya berpunca daripada masalah seperti yang ditunjukkan di atas tu lah. 

Setiap kali nak membalas komen mereka, ada sahaja perkataan yang tak cukup. grrr, Geram? Mestilah geram Cik Senah dan Pak Ali oii. Disebabkan hal sekecik nie, habis hilang mood nak membalas komen. 

Jadi, kepada yang berkenaan, ini tutorial di zaman dahulu kala yang berjaya Mieya sediakan khas untuk korang semua. Diharapkan korang dapat bekerjasama dengan baik demi kesejahteraan hidup para blogger bersama. 

Sekian, terima kasih.