CPUV Ke 25 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt semua :)

Kelmarin, seharian Mieya langsung tak menunjukkan diri sama ada di blog sendiri mahupun di blog rakan-rakan sekalian. Bukannya Mieya berniat nak menyombongkan diri.

Semuanya gara-gara Mieya diserang sakit perut, cerry-berry, serta demam (panas dalam). Sekali datang lengkap dalam satu pakej, All in One. Dan apa yang paling mengharukan, semua ini berlaku pada waktu bekerja around 1-5 o'clock. (Waktu puncak bagi semua pekerja macam Mieya)

At last, terpaksa minta bantuan daripada rakan sekerja untuk menyambung kerja sebagai checker. And Mieya, menyepikan diri di pantry. Badan dah menggigil satu badan. Tambah-tambah lagi bila bekerja di bawah air cond. Perghhh Giler.

Balik rumah, telan panadol and then terus tidur -.-" Btw, alhamdulillah. Kesihatan mula beransur pulih. Cuma perut masih lagi sakit sedikit.


Buka sahaja dashboard Nuffnang di ofis pagi tadi, terpandang akan kehadiran CPUV Campaign terbaru. Syukur alhamdulillah. Rezeki di awal bulan.

CPUV Campaign kali ini, iaitu Q3 New Hotlink Plan. Semestinya pengguna setia Hotlink seperti Mieya takkan melepaskan peluang untuk menggunakan segala kemudahan yang diberikan seperti akses Twitter secara percuma, akses internet RM2 untuk kuota 100MB sehari, tukar lagu bagi caller ringtone setiap bulan. hehe.. ini memang aktiviti wajib buat lah.