Trauma : Ditindih Ketika Tidur

Assalamualaikum wbt semua :)

Dah lama rasanya Mieya tak membebel mengenai life Mieya sekarang nie. Bukannya takde masa atau apa.. Cuma ketandusan idea dan juga sedikit trauma.

Haa... TRAUMA??? Mesti ada yang tertanya-tanya bukan, apa benda yang telah menyebabkan Mieya menjadi trauma kebelakangan ini..? (ke Mieya seorang je yang syok sendiri nak cerita dengan korang nie?)

hmmm.. susah sebenarnya Mieya nak jelaskan di sini. Hanya yang pernah mengalaminya sendiri sahaja yang tahu bagaimana rasanya.

Actually, benda ini terjadi pada minggu lepas, iaitu hari keempat kita semua merayakan Hari Raya Aidilfitri. Di mana.. pada malam kejadian, Mieya tidur agak lewat sedikit daripada kebiasaan. Dekat pukul 1 pagi, baru masuk tidur.

Tak lama kemudian.. Mieya terasa 'lain macam'. Bulu roma dah mula meremang satu badan. Lepas tu, Mieya terdengar bunyi "something" naik atas katil Mieya. Berat. And then, Mieya terasa lengan kiri Mieya macam ditarik ke belakang sedikit.

(Mieya ketika itu baring dalam posisi mengiring ke sebelah kanan mengadap ke dinding.)

Mieya cuba menggerakkan anggota badan. Tak boleh gerak. Cuba bercakap, kalau boleh nak menjerit sekuat hati. Tapi semuanya tersekat, suara langsung tak terkeluar daripada anak tekak. Now, Mieya sedar yang Mieya kini telah ditindih oleh 'sesuatu'.

Apa yang Mieya boleh buat.. Hanya lah beristighfar serta bertakbir banyak kali di dalam hati. Beberapa minit emudian, alhamdulillah. Dengan izin Allah, akhirnya keadaan Mieya kembali kepada asal. Dengan perasaan takut, gelabah.. Mieya terus turun ke ruang tamu dan terus menyertai adik untuk tidur lambak disitu.

Keesokannya.. Mieya bercerita kepada semua ahli keluarga Mieya pasal apa yang berlaku pada Mieya hari tu. Tapi semuanya menganggap yang itu semua hanya mainan perasaan Mieya sahaja. Tapi Mieya 100%  menafikan sebabnya, Mieya yang merasai kesemua itu.

Dalam masa seminggu itu juga lah. Mieya berteman dengan emak dan abah untuk berulang-alik ke bilik sendiri. Tidur pon still tidur lambak kat ruang tamu. Mieya still diselubungi rasa takut.

Melihat kan keadaan Mieya.. Abah terus ke tempat kami sekeluarga berubat untuk bertanyakan hal tersebut. Dan ternyata.. Memang ada benda lain yang menumpang di rumah Mieya sekeluarga. Benda tu dihantar sendiri oleh jiran Mieya yang ternyata masih berdendam dengan kami sekeluarga.

Hmm.. tak tahu nak cakap apa dah.. Sebabnya dah beberapa tahun yang lepas hal tersebut berlaku. Ingatkan hubungan kami sekeluarga dengan mereka sudah pulih sepenuhnya. Tapi, ternyata tidak... Masih ada lagi dendam yang tersimpan di hatinya..

P/S : Mungkin ini semua ujian dan dugaan dari Allah SWT kepada kami sekeluarga. Takpe lah, kita redha je dan dalam masa yang sama mendoakan agar dibukakan hati mereka untuk kembali ke pangkal jalan. Amin.

Jangan lupa baca doa tidur dan juga Surah 3 Qul sebelum tidur ye semua! Semoga kita semua dilindungi Allah SWT.