Perkongsian Jumaat #12| Nasihat Ibn Qayyim

Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat semua :)

Sempena dengan hari Jumaat yang mulia ini. Eloklah jika kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain ye. Jadi kali ini, Mieya nak kongsikan tentang Nasihat Ibn Qayyim bersama para pembaca sekalian :)

Siapakah Ibn Qayyim?

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah ialah seorang tokoh ilmuan Islam yang terkenal. Buku-buku beliau pada hari ini telah banyak diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. Beliau ialah Sham al-Din Abu Abd Allah, Muhammad bin Abi Bakr bin Ayyub bin Sa’d bin Hariz al-Zar‘i al-Dimasyqi. Dikenali dengan panggilan Ibn Qayyim al-Jauziyyah. 

Gelaran al-Jauziyyah itu berkaitan dengan pusat pengajian yang dibangunkan oleh Yusuf bin ‘Abd a-Rahman al-Jauzi (meninggal 656H) yang mana bapa Ibn al-Qayyim menjadi pengurusnya. Dilahirkan pada 7hb Safar pada tahun 691H di sebuah kampung sekitar 55 mil (batu dalam kiraan dahulu) dari Bandar Damsyik.
Sumber : Dr. Maza

Ibn Qayyim pernah berkata :

1- Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak Allah SWT.

2- Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang
kecuali berjinak dengan dengan Allah SWT.

3- Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang
kecuali seronok mengenali Allah SWT.

4- Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai
kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

5- Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam
kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya
serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

6- Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung
kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

7- Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. .

8- Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia
masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.