Tips Cegah Jerawat

Assalamualaikum wbt buat pembaca sekalian :)

Jerawat dengan manusia memang tak dapat dipisahkan. Yang pasti, jerawat bukan sahaja memberi masalah kepada anak muda malah melibatkan golongan dewasa juga. 

Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka, dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.



Sudah semestinya lah, kita semua akan menjerit seperti orang gila bila bangun pagi, telek muka di cermin ada jerawat sebijik dua di muka. Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan juga keyakinan diri.

So now, Mieya nak berkongsi dengan kalian langkah-langkah mencegah jerawat dari tumbuh di muka. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.




  • Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Muka yang kotor merupakan tempat bakteria membiak. Pastikan muka dicuci dengan pencuci yang sesuai dengan kulit muka.
  • Jangan picit jerawat. Lapisan yang ada di bawah kulit akan rosak dan kuman-kuman/bakteria tadi adalah punca kenapa jerawat mula tumbuh di lain tempat.
  • Basuh sarung bantal seeloknya seminggu sekali. 
  • Jaga pemakanan anda. Amalkan pemakanan seimbang.
  • Cuci muka sebelum masuk tidur. Bebaskan diri daripada sebarang mekap dan biarkan kulit muka bernafas.
  • Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
  • Tidur biar secukup rasa. Eh, takde lah. Pastikan tidur korang cukup. Sebab, inilah antara cara untuk dapatkan kulit yang sihat dan berseri-seri pada keesokan harinya.
Kalau rasa malas, boleh juga cuba cara ni :)